Penyampaian
secara lisan hanya dapat didengari ketika itu sahaja. Melainkan jika dirakam. Zaman
silam kemudahan alat perakam sangat terbatas dan sebelum itu belum ada lagi.
Kaedah
yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu ialah melalui tulisan. Sehingga
kini tulisan masih memainkan peranan yang sangat penting dalam penyebaran
sesuatu maklumat.
Tulisan
dapat ditatap zaman berzaman. Walaupun penulisnya telah meninggal ratusan tahun yang lalu. Namun tulisannya
masih dapat ditatap.
Sampaikan
pembaca abad kini, boleh berkhayal masuk ke zaman silam hanya berdasarkan
tulisan yang dibaca.
Antaranya
Sulalatus Salatin karya Tun Sri Lanang
yang siap ditulis pada tahun 1614.
Begitu
juga tulisan Abdullah Munshi (1796-1854) yang dianggap bapa sastera melayu moden
seperti Hikayat Abdullah dan Bahwa Ini Hikayat Binatang.
Saya petik dari Posting Ustaz Zainal di FB beliau : https://www.facebook.com/zainal.hassan.3
“Info
sejarah Islam Pahang.
Sesi
Persekolahan Pasca Pondok di Pahang 1956.
……….catitan ini di ambil dari buku log
pengetua sek men agama al wosto.
Sessi
persekolahan pada masa itu tidak sebagaiman sistem persekolahan sekarang
sebaliknya mengikut kalender Islam. Sekolah mula dibuka setelah selesai
menunaikan puasa ramadhan dan hari raya; cuti menyambut ramadhan agak lama
sehingga hampir 2 bulan . Hari cuti umum adalah pada hari-hari kebesaran Islam
sahaja. Biasanya cuti disambut selama 2 hingga 3 hari dengan di isi kan
pelbagai aktiviti murid spt syarahan, musabaqah dan sukan.
Peperiksaan
diadakan pada pertengahan dan di akhir tahun.
Bagi murid
yang mendapat markah cemerlang mereka boleh melompat ke kelas yang lebih tinggi
dari pada keputusan yang mereka dpati dipertengahan tahun,ini menyebabkan murid
murid lama memberontak.Murid-murid mempunyai kebebasan untuk mengambil
peperiksaan atau tidak,jika mereka tidak mampu,mereka bolah melapurkan kepada
pihak sekolah mengenai perkara tersebut.
Sebelum
merdeka,sekolah tidak mempunyai uniform khas,selepas merdeka pihak sekolah
menetapkan bahawa pelajar lelaki mesti memakai seluar panjang hitam, baju putih
lengan panjang& bersongkok hitam. Langkah ini di sukai oleh Sultan Pahang
sehingga baginda mengarahkan semua pegawai kerajaan berpakaian seperti itu.
Setiap awal
percutian;jamuan akan diadakan sama ada besar atau kecil mengikut kemampuan
semasa,biasa wang jamuan dikutip dari murid-murid,orang kampung dan para
dermawan. Murid-murid dan orang kampung diwajibkan menderma.
Disamping
yuran sekolah sangat mengharapkan bantuan kerajaan, oleh di sebabkan pengetua
pada masa itu menyokong pembangkang, maka wang bantuan kerajaan pernah ditarik
balik menyebabkan sekolah kekurangan sumber sokongan.Pihak sekolah terpaksa
membuat kutipan derma ke seluruh negeri Pahang dengan menghantar wakil pelajar
di setiap kampong dan bandar. Para pelajar disuruh menunjukkan kebolehan
memberi ceramah agar masyarakat tertarik untuk menderma.
CATATAN
PENGETUA:
1.Sekolah
dibuka semula setelah cuti selama 48 hari kerana berpuasa pada 19 Mei 1956.
2.Sekolah
cuti dua hari kerana menyambut Asyura pada 15 & 16 Ogos 1956.
3.Peperiksaan
Setengah Tahun bermula 8 Oct 1956
4.Cuti
penggal pertama persekolahan dari 16 Oct hingga 2 Nov 1956. Hari tutup sekolah
dengan jamuan pulut sempena hari Maulud, 35 gantang beras dan 04 dozen sardin.
5.Sambutan
hari akhir tahun pada 22 Mac dengan menjemput Raja, jamuan 2 ekor kerbau
6.Peperiksaan
akhir tahun pada 28 Mac 1957
7. Sekolah
dibuka semul a pada awal mei 1957
8.Sekolah
cuti lapan hari kerana hari raya haji
9.
31.8.1957, sekolah bercuti selama 3 hari sempena Malaya merdeka, dua hari
sambutan di sekolah dengan mengibarkan Bendera persekutuan tanah Melayu,Bendera
Pahang ,Bendera Pas dan Bendera Sekolah..”
Nampak ‘simple’ sahaja tulisan pengetua di buku log pada tahun
50an dahulu. Namun kini menjadi catatan sejarah yang sangat bernilai.
Sekolah Menengah Agama Al-Wosto
Marilah
kita menulis. Tulis apa sahaja. Semoga
bermanfaat buat kita dan para pembaca. Zaman kita ruang dan peluang untuk
menulis lebih senang. Boleh menulis di Media Sosial seperti di blog
dan Facebook. Mana tahu tulisan kita yang biasa-biasa ini menjadi
bernilai ratusan tahun akan datang. Kan?.. huhu.
Channel
:
https://t.me/AzraiePermai
https://t.me/AzraiePermai
#PermaiMenulis
2 comments:
insya-Allah ustaz.. 👍👍
Post a Comment