Pernah tak Kita mahu
tulis sesuatu, tetapi kemudiannya bertangguh dan akhirnya terus tak buat.
Ketika di alam persekolahan, baik di peringkat rendah dan
menengah kita semua diajar untuk menulis. Khususnya dalam mata pelajaran bahasa
melayu penulisan.
Pelbagai jenis karangan telah kita pelajari. Hatta syair, puisi
dan pantun pun kita didedahkan.
Untuk belajar pelajaran tersebut, tidak memadai dengan hanya berteori dan diajar format-format sahaja. Tetapi kita disuruh mengarang. Sama ada sebagai tugasan yang perlu disiapkan di rumah sebagai kerja rumah (home
work) atau perlu disiapkan ketika dalam waktu bahasa melayu penulisan.
Kita juga dibiasakan menulis 2-3 karangan dalam masa yang
terhad. Khususnya ketika dalam peperiksaan.
Sudah tentu kita berjaya menyiapkan karangan tersebut. Jarang
orang hantar kertas kajang yang kosong sahaja. Kebanyakan beberapa helai kertas
kajang. Sampai kena angkat tangan meminta kertas tambahan.
Fuhh, menulis pasal ni, terimbau masa ikat benang dekat kertas
kajang.
Alam Universiti lagi
terdedah dengan menulis. Essei dan tesis yang sentiasa menghiasi hidup
para siswa-siswi. Nak pula level sarjana dan doktor falsafah. Kadang-kadang
bila kita bertanya kepada mereka, Dah habis belajar ? Ada yang menjawab “
tengah menulis”, “tinggal nak menulis” .
Nampak tak ?
Kadangkala menulis sesuatu tulisan akan memakan masa yang lama.
Bagi saya, bukan soal lama atau sekejap.
Bukanlah bermaksud yang cepat siap hebat dan yang lambat siap
tidak hebat.
Paling penting kesungguhan dan komitmen sang penulis.
Contohnya karya Ulama silam.
Kitab hadis yang terkenal
Al-Jami’ Al-Sahih susunan Imam Bukhari memakan masa 16 tahun untuk disiapkan.
Kitab Al-Jami' Al-Sahih edisi zaman kini
Kitab Fathul Bari susunan
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani yang
mensyarahkan Sahih Bukhari pula mengambil masa 25 tahun untuk disiapkan.
Kitab Fathul Bari
Lebih menarik, ada karya
yang tidak sempat disiapkan oleh penyusunnya. Seperti penyusunnya meninggal
dunia. Lalu disambung oleh penyusun yang lain sehingga siap karya tersebut.
Antaranya seperti Tafsir
Al-Jalalain. Jalalain yang bermaksud dua Jalal. Ini kerana penyusun yang
pertama Imam Jalaluddin al-Mahalli hanya sempat menyusun tafsir dari Surah
Al-Kahfi sehingga An-Nas serta surah al-Fatihah sebelum beliau meninggal dunia.
Kemudian projek
penfasiran ini disambung oleh anak muridnya iaitu Imam Jalaluddin As-Suyuthi
dari surah al-Baqarah sehingga surah al-Isra’.
Tafsir Al-Jalalain
Kitab Majmu’ Syarah
Muhazzab merupakan kitab feqah Mazhab
Syafie yang mulanya disusun oleh Imam Nawawi dari jilid satu sehingga sembilan.
Setelah beliau meninggal dunia, penulisan kitab disambung dan diselesaikan oleh
Imam Taqiuddin Al-Subki sehingga ke jilid 12.
Kitab Majmu'
Ada juga mereka yang
menghabisi masa dengan menulis ketika
berada di dalam penjara. Antaranya seperti Al-Syahid Sayyid Qutb yang menulis
Tafsir Fi Zilal Quran dan beberapa karya yang lain.
Tafsir Fi Zilal Quran
Begitu juga Prof. Dr
Hamka yang menyelesaikan Tafsir Al-Azhar ketika beliau ditahan dalam
penjara.
Saya yang lemah ini cuba juga untuk menulis
secara biasa-biasa dan amatur. Ibaratnya masih bertatih. Beberapa siri tulisan masih
lagi tidak selesai seperti Nota Hijrah dan #MekahMadinahDiHati. Saya sengaja
edisi dan judulkan tulisan tersebut supaya saya merasa terikat dan mempunyai
komitmen untuk menulis. Semoga ianya menjadi medan latihan dan proses belajar
untuk saya dan ada manfaatnya buat pembaca.
Akhirnya, izinkan saya iklankan buat penggemar Kek. Sangat sedap dimakan sambil membaca dan menulis.
"Kek Moist Choc "
🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima
🔛 FREE COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan Rm 1 -Rm 3 sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓
Ambil phone dan wasap ke no :
Channel : https://t.me/AzraiePermai
#PermaiMenulis
#motivasi
#MoistCake
No comments:
Post a Comment