Monday, July 10, 2017

Sedap sangat ke Despacito

Sekarang tengah top lagu  Despacito. Corong radio, kedai-kedai, Mall selalu kedengaran lagu ini dimainkan. Agaknya pergi kedai kopi nak oder espesso sampai tersasul sebut  ke Despacito dah.
Kalau tengok maksud lirik, fuh..boleh hilang kopiah tok aji.
Saya rasa kebanyakan yang suka dengar tak faham pun apa maksudnya. Tapi berasa rentak dan iramanya sedap di  telinga. Jika lagu yang kita tak faham maksudnya pun boleh rasa sedap dan berulang kali nak dengar.
Apatah lagi dengan Al-Quran. Walaupun kita tak faham maksudnya, tetapi dengan aura al-Quran yang merupakan mukjizat, wahyu dan kalam Allah sepatutnya lagi la tak puas nak dengar.
Cuba kita dengar bacaan Qari-qari tersohor seperti Almarhum Syeikh Mustafa Ismail, Almarhum Syeikh Abdul Basit bin Abdul Samat, Almarhum Sheikh Mahmud Khalil al-Husari, Almarhum Sheikh Muhammad Siddeq Minsyawi, Sheikh Dr Ahmad Ahmad Nuaina. Dato’ Ahmad Faizol dan ramai lagi.
Kita juga beroleh pahala dan hati jadi lebih tenteram. Jom kita dengar bacaan al-Quran.

Lawat : http://syababgr.blogspot.my/2016/06/yh-dato-ahmad-faizol-perasmi-imam.html

#PermaiMenulis



 Syeikh Dr. Ahmad Nuaina 
Almarhum Syeikh Mustafa Ismail 

 Almarhum Sheikh Mahmud Khalil al-Husari

  Almarhum Sheikh Muhammad Siddeq Minsyawi

 Almarhum Syeikh Abdul Basit bin Abdul Samat

Monday, July 03, 2017

Sedapnya Nasi Goreng



Pergi kedai makan, tanya waiter menu apa yang ada. Biasanya depa akan cakap Ada masakan panas. Kebiasaan saya akan oder nasi goreng.
Sepanjang ramadan yang baru berlalu, hanya sekali saya makan nasi goreng. Nasi goreng sebungkus RM 3 yang dibeli dekat bazar depan Pantai Selamat.
Raya ni, baru satu rumah yang saya singgah ketemu dengan nasi goreng. Tetapi saya dah tak berdaya nak menjamahnya disebabkan terpengaruh dengan nasi ayam.
Masa saya sekolah rendah, saya hanya tahu nasi goreng sahaja. Tak pernah tahu yang nasi goreng ada bermacam jenis. Kali pertama saya makan nasi goreng Pattaya ketika tingkatan 4.
Biasanya hanya menjamah nasi lemak Rangger depan sekolah. Suatu hari cuti, senior sebilik ajak saya makan nasi goreng pattaya. Siap sebut lagi sekurangnya kena ada berapa duit untuk makan nasi goreng tersebut.
Selepas zaman sekolah barulah saya terdedah dengan kepelbagaian jenis nasi goreng. Mungkin agak lewat berbanding kalian semua..huhu.
Kalau dihitung mungkin lebih dari 10 jenis nasi goreng. Saya sebutkan beberapa contoh nagi goreng kampung, nasi goreng ikan masing, nasi goreng seafood, nasi goreng paprik, nasi goreng daging merah, nasi goreng cina, nasi goreng tomyam, nasi goreng bla..bla…. Banyak weh.
Makanya, walaupun setiap hari kita makan nasi goreng. Tetapi pilihan kita masih boleh dipelbagaikan. Saya percaya kaedah itulah yang dipilih oleh saudara Abrar. Pakar nasi goreng kerana setiap hari menggoreng nasi.

Kerana manusia biasanya cepat bosan melakukan rutin yang sama. Kalau terlalu lama akhirnya boleh jadi jumud dan tidak berkembang.

Jom kita buka kedai makan.

#PermaiMenulis


Bila cuti lama

Hari ini kebanyakan rutin kembali seperti sediakala. Pelajar sekolah, guru, penjawat awam dan pekerja di semua lapangan telah kembali ke bangku masing-masing. Setelah bercuti sempena hari raya.
Pengalaman saya ketika bersekolah. Sudah pasti tidak bersemangat hendak kembali ke sekolah. Kalau boleh nak balik lewat sehari dua lagi. Lepas tu beri alasan tiket bas habis. Haha.
Sektor yang bercuti paling lama ialah sesetengah kedai makan. Ada yang sepanjang Ramadan tutup kedai, tambah lagi seminggu lepas raya. Saya rasa ketika nak operasi semula kedai makan setelah lama bercuti mesti agak liat dan malas.
Begitulah kita selaku hamba. Sepanjang Ramadan kita dah warm up melakukan amalan lebih  dari kebiasaan. Start Syawal kembali sejuk. Jangan biarkan lama sangat sejuk. Takut beku macam ais. Ambil masa pula nak cair dan panaskan semula.

#PermaiMenulis
#kitahamba

Saturday, July 01, 2017

Nasi Lemak makanan kesukaan

Nasik Lemak antara kegemaran saya. Rupanya dah lebih sebulan tak berjumpa dengan nasik lemak.
Pergi beraya jumpa pulak nasik lemak. Buat-buat tak pandang laksa fokus ke nasik lemak je. Haha.

Ketika darjah satu. Hampir setiap hari saya makan nasik lemak bungkus daun pisang di kantin. Menariknya nasik lemak tersebut percuma. Tak perlu bayar di kantin. Ambil sahaja. Semua pelajar di sekolah tersebut dapat percuma. Jangan tanya sebab apa. Sebab masa tu saya darjah satu. Terlalu kecil untuk memahami rentak pentadbiran. Huhu.

Air  saya bawa bekal. Duit belanja memang tak berusik. Kadang-kadang sahaja saya beli keropok di kantin. Atau aiskrim batang di rumah cikgu.
Kalau tak beli apa-apa, duit belanja saya serahkan pada guru kelas untuk disimpankan. Cikgu akan catatkan di buku notanya. Nanti beliau akan masukkan di pejabat pos atau Bank Simpanan Nasional. Atau pun van pejabat pos datang ke sekolah. Pelajar lain dalam kelas saya pun sama macam saya. Duit belanja saya ketika itu hanya dua puluh sen setiap hari.

Masuk darjah dua, saya bertukar sekolah. Tiada lagi nasik lemak percuma. Kena beli di kantin dengan harga tiga puluh sen sepinggan. Saya jarang beli, sebab bawa bekal dari rumah. Duit belanja saya ketika itu naik sikit, tiga puluh sen setiap hari. Cukup-cukup buat beli nasik lemak.

Darjah enam, saya bertukar sekolah. Nasik lemak di kantin lima puluh sen untuk yang biasa. Kalau letak sebiji telur rebus harganya jadi tujuh puluh sen sepinggan. Selalunya saya bawa bekal dari rumah. Jadi tak setiap hari saya membeli nasik lemak di kantin. Seingatnya. Saya tak pernah beli nasik lemak yang tujuh puluh sen tuh. Sebabnya duit belanja saya hanya 50 sen sehari.
Tingkatan 1, nasik lemak kantin RM 1 sepinggan. Cukup-cukup dengan duit belanja saya RM 1 sehari. Tak setiap hari juga belinya, sebab tak setiap hari saya berkunjung ke kantin.

Cerita nasik lemak bukan setakat di kantin sekolah. Semasa saya duduk di asrama sewaktu  tingkatan 4 dan 5. Malam-malam beli nasik lemak dekat kedai makan seberang sekolah. Kami berderet menunggu dekat pintu pagar. Waiter akan ambil oder dekat pintu pagar dan menghantar pesanan kami. RM 1.20 untuk sebungkus nasik lemak. Itulah juadah yang mampu buat saya. Tak lepas lagi nak beli nasik goreng pataya. Kenal pun tak lagi. Haha.

Ketika belajar di Mesir, kadang-kadang saya masak juga nasik lemak versi saya. Tak perlu pun tengok buku resepi atau toturial mana-mana. Redah je buat. Yang penting ada nasi, ada sambal, ada telur dan timun.

Kini, saya tidak lagi memasak nasik lemak. Hanya mencari dan mencuba di kedai-kedai makan.
Sempena mood raya ni. Ada yang nak menjamu saya makan nasik lemak ?

#PermaiMenulis
#Nasilemak



Friday, June 23, 2017

Khatib Jemputan Masjid

Khatib jumaat siang tadi merupakan khatib jemputan. Irfan bin Aidil merupakan pelajar tingkatan 6 SMA Padang Tengku.

Dua minggu lepas, Khatib jumaat juga merupakan khatib jemputan. Umair bin Dato’ Faizul, pelajar Maahad As Syatibi Kedah.

Masjid kami biasa je menjemput khatib lain selain dari pegawai masjid sedia ada.
Antara yang pernah membaca khutbah di Masjid Daerah Lipis seperti  YH Dato’ Abu Jamal bin Nordin, mantan Pegawai Daerah Lipis. YH Dato’ Mohamad Noor bin Abd Rani, mantan  Pegawai Daerah Lipis, Kini sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. YH Dato’ Ahmad  bin Daud, mantan Pegawai Daerah Lipis, Kini telah bersara. Ustaz dari BAKA, Ustaz dari  KAGAT dan ramai lagi.

Pihak masjid sentiasa membuka peluang dan ruang terutama kepada generasi pelapis untuk belajar naik ke atas mimbar untuk menyampaikan khutbah. Kerana bukan semua yang bergelar para Ustaz berani tampil naik ke  atas mimbar. Itu pun bukannya berkhutbah, hanya naik membaca teks khutbah yang telah disediakan.
Jika tidak dilatih dari rebung, bila dah dewasa semakin sukar. Mulalah beri alasan  ‘saya tak biasa’ , ‘ saya tak bersedia’.

Saya sangat menyokong program yang dilaksanakan di  SMA Padang Tengku, yang melatih para pelajarnya menyampaikan khutbah jumaat (real bukan olok-olok) di Masjid Padang Tengku.

Di kesempatan ini, saya mencadangkan supaya masjid-masjid lain juga melatih dan memberi peluang generasi muda tampil naik berkhutbah.

Realiti yang berlaku di kebanyakan masjid kampung tradisi, ialah hampir tiada generasi muda yang mengisi  kekosongan di masjid. Kebanyakan masjid yang hanya ada seorang tok imam, itu pun dah uzur. Hanya ada seorang bilal.

Bila sesi temuduga pegawai masjid, biasanya yang hadir sudah berusia dan katanya terpaksa hadir sebab dah tiada orang lain yang sanggup. Kebanyakan mereka yang hadir temuduga bukannya lepasan pelajar agama yang bergelar Ustaz. Sehingga ada di kalangan mereka yang menyelar golongan agamawan yang sebahagiannya  selesa berkhidmat di sekolah atau pun berceramah ke merata tempat, tetapi masjid dan surau di tempat sendiri dibiarkan.
Moh kita renung bersama.
 Irfan bin Aidil

Umair bin Dato' Faizul

#PermaiMenulis
#catatanimamkecil