Hari ini kebanyakan rutin kembali seperti
sediakala. Pelajar sekolah, guru, penjawat awam dan pekerja di semua lapangan
telah kembali ke bangku masing-masing. Setelah bercuti sempena hari raya.
Pengalaman saya ketika bersekolah. Sudah
pasti tidak bersemangat hendak kembali ke sekolah. Kalau boleh nak balik lewat
sehari dua lagi. Lepas tu beri alasan tiket bas habis. Haha.
Sektor yang bercuti paling lama ialah
sesetengah kedai makan. Ada yang sepanjang Ramadan tutup kedai, tambah lagi
seminggu lepas raya. Saya rasa ketika nak operasi semula kedai makan setelah
lama bercuti mesti agak liat dan malas.
Begitulah kita selaku hamba. Sepanjang
Ramadan kita dah warm up melakukan amalan lebih dari kebiasaan. Start Syawal kembali sejuk.
Jangan biarkan lama sangat sejuk. Takut beku macam ais. Ambil masa pula nak
cair dan panaskan semula.
#PermaiMenulis
#kitahamba
No comments:
Post a Comment