Pergi kedai makan, tanya waiter menu apa
yang ada. Biasanya depa akan cakap Ada masakan panas. Kebiasaan saya akan oder
nasi goreng.
Sepanjang ramadan yang baru berlalu, hanya
sekali saya makan nasi goreng. Nasi goreng sebungkus RM 3 yang dibeli dekat bazar
depan Pantai Selamat.
Raya ni, baru satu rumah yang saya singgah
ketemu dengan nasi goreng. Tetapi saya dah tak berdaya nak menjamahnya
disebabkan terpengaruh dengan nasi ayam.
Masa saya sekolah rendah, saya hanya tahu
nasi goreng sahaja. Tak pernah tahu yang nasi goreng ada bermacam jenis. Kali
pertama saya makan nasi goreng Pattaya ketika tingkatan 4.
Biasanya hanya menjamah nasi lemak Rangger
depan sekolah. Suatu hari cuti, senior sebilik ajak saya makan nasi goreng
pattaya. Siap sebut lagi sekurangnya kena ada berapa duit untuk makan nasi
goreng tersebut.
Selepas zaman sekolah barulah saya terdedah
dengan kepelbagaian jenis nasi goreng. Mungkin agak lewat berbanding kalian
semua..huhu.
Kalau dihitung mungkin lebih dari 10 jenis
nasi goreng. Saya sebutkan beberapa contoh nagi goreng kampung, nasi goreng
ikan masing, nasi goreng seafood, nasi goreng paprik, nasi goreng daging merah,
nasi goreng cina, nasi goreng tomyam, nasi goreng bla..bla…. Banyak weh.
Makanya, walaupun setiap hari kita makan
nasi goreng. Tetapi pilihan kita masih boleh dipelbagaikan. Saya percaya kaedah
itulah yang dipilih oleh saudara Abrar. Pakar nasi goreng kerana setiap hari
menggoreng nasi.
Kerana manusia biasanya cepat bosan
melakukan rutin yang sama. Kalau terlalu lama akhirnya boleh jadi jumud dan
tidak berkembang.
Jom kita buka kedai makan.
#PermaiMenulis
No comments:
Post a Comment