Wednesday, January 24, 2018

Tafaqquh Fiddin bersama Mufti Wilayah Persekutuan di Daerah Lipis


Alhamdulillah bersyukur tidak terhingga kerana  pada hari ini telah berlangsung program Tafaqquh Fiddin bersama Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan  di Masjid Daerah Lipis. Kali terakhir Sahibul Samahah bertandang ke masjid kami adalah pada 30 November 2015 yang lalu. Walaupun dalam kepadatan jadual beliau, namun kesudian bertandang ke Masjid Daerah Lipis amat kami kenang dan hargai.  

Program tafaqquh semakin  mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk di daerah ini. Kehadiran yang menjangkau lebih daripada 600 orang terdiri dari wakil-wakil Jabatan, guru takmir, guru KAFA, Guru  Pendidikan Islam (GPI KPM), NGO Women Institute (WI), Puspanita, para jemaah dan lain-lain.

Program bermula dengan bacaan kitab  Al-Kafi  Syarah Hadis 40 Imam Nawawi. Kitab keluaran Pustaka Cahaya Kasturi disusun sendiri oleh Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli. Dr Zulkifli memulakan dengan mengenalkan biodata imam Nawawi. Kemudian memberi pendedahan kaedah metodologi penyusunan kitab. Alhamdulillah bacaan kitab al-Kafi berjaya dikhatamkan pada program tafaqquh ini.
Seterusnya al-Fadhil Datuk Dr Zulkifli menerangkan secara sepintas lalu kitab Matla' Badrain yang baru disusun  semula oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Kitab sebanyak 3 jilid diterbitkan oleh  Karya Bestari, dari kumpulan KarangKraf. 
Kitab asal Matla' Badrain yang ditulis dalam tulisan jawi lama yang telah berusia lebih dari 130 tahun dipersembahkan dalam bentuk yang menarik sesuai dengan perkembangan semasa tanpa mengubah kandungan asal. Saya mencadangkan supaya kita memiliki sendiri kitab ini yang mesra kepada semua golongan terutama orang muda.
Sebelum berpindah kepada slot soal jawab, Sahibul Samahah Dr Zulkifli mengiklankan program My Aqsa yang akan berlangsung di Putra Jaya. Beliau berharap supaya orang ramai dapat menyertai program tersebut atas solidariti dan cakna kita terhadap saudara yang berada di Palestin dan kepentingan al-Aqsa terhadap umat Islam.
Selepas menjawab soalan yang dikemukakan oleh para pendengar. Sidang hadirin mengambil kesempatan bergambar kenangan dan mengambil tanda tangan al-Fadhil Dr Zulkifli.
Setelah solat Zohor, Sahibul Samahah bersama rombongannya meneruskan jaulah ilmu ke Daerah Raub. Semoga beliau sentiasa dalam keberkatan dan dikurniakan kesihatan.

Selepas subuh, Chef dibawa khas dari Kuantan yang merupakan ayah mertua kepada Imam Faizal mula operasi memasak untuk program Tafaqquh.

 Sesi pendaftaran





Sedang berlangsung





 Para jemaah mengambil tanda tangan Dr Zulkifli 


Kitab Al-Kafi dan Matla' Badrain

Bersama Irfan (imam pelapis), Imam Faizal, Datuk Dr Zulkifli dan saya. 

 Bersama para pelajar kelas muslimah Masjid

 Bilal Johne, Dr Zulkifli dan saya






#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil
#tafaqquhfiddin
#drzulkiflialbakri


 


Tuesday, January 16, 2018

Mana nak simpan gambar ?

Zaman kini kebanyakan dokumen dan maklumat disimpan dalam sistem digital seperti pen drive, external hard disc. Ada juga yang memilih untuk menyimpan dalam sistem online (bahasa saya) seperti google drive, icloud dan lain-lain.

Biasanya hampir semua di kalangan kita ada menyimpan koleksi gambar sebagai kenangan. Gambar dalam bentuk ‘hardcopy’ disimpan dalam album. Kaedah ini  masih ada sehingga sekarang walaupun semakin kurang popular.

Ketika zaman kamera menggunakan filem, tak semua yang memiliki kamera sendiri. Teringat pengalaman bila ada program atau sesi bergambar di sekolah, urusetia atau yang mempunyai kamera akan mempamerkan gambar-gambar yang telah siap dicuci. Sesiapa yang berminat akan memilih gambar yang diingini dengan menulis kod-kod gambar pada senarai nama yang disediakan. Setelah urusan dan proses cuci gambar selesai, kita akan menerima gambar masing-masing. Gambar tersebut akan disimpan dalam buku album.

Selepas itu zaman kamera digital pula.
Kini rata-rata di kalangan masyarakat mempunyai kamera sendiri tanpa perlu membeli kamera yang khas. Cukup menangkap gambar dengan hand phone. Hasil dan kualiti pun semakin baik. Gambar-gambar yang telah ditangkap kebiasaannya disimpan dalam bentuk softcopy sama ada dalam storage handphone, memori kad. Atau di ‘hardcopy’ kan.

Cadangan saya :
Gambar-gambar dalam bentuk sof copy perlu dibuat back up dengan segera. Jangan tunggu sehingga storage hand phone penuh. Bayangkan nak susun semula hampir 2k gambar dalam suatu masa. Boleh berpinar mata. Lebih malang jika handphone  kita hilang atau rosak. Memang tak dapat nak patah semula ke belakang lah.
Nak back up di mana ?
i)              External Hard Disc. Kaedah ini pilihan saya. Harga External Hard Disc pun semakin murah berbanding dahulu. Kapasiti pun semakin besar.
Saya teringat ketika zaman kami belajar dahulu. Masa itu guna hard disc komputer  yang besar dan berat. Hard Disc komputer mula-mula saya hanya 40gb. Kemudian saya beli hard Disc berkapasiti 80gb. Ketika pulang ke tanah air saya membawa sekali Hard Disc berkapasiti 250gb  yang besar dan berat tersebut.
Kini saya ada 3 buah external Hard Disc (tidak termasuk yang rosak). Terbaru bersaiz 1tb.
Cuma masalahnya external hard disc sensitif. Mudah rosak jika terjatuh.  Jika rosak melayang la ribuan gambar yang disimpan dalam tuh. Jika khuatir external hard dics rosak, buat back up dalam dua external hard disc.
Hard Disc yang dibeli di Mesir dahulu. Sudah berusia lebih 10 tahun.

ii)             Simpan dalam telegram. Saya ada buat group khas untuk simpan gambar sahaja. Kelebihannya jika hand phone hilang atau rosak, gambar tersebut tidak hilang. Kualiti gambar pun cantik.

iii)           Simpan dalam Facebook. Kita privasi kan hanya untuk tatapan diri sendiri sahaja. Cuma kualiti gambar tidak seperti telegram.

iv)           Simpan dalam internet di  Google Drive, percuma 15gb. Icloud percuma 5gb. Nak tambah kapasiti storage boleh beli dan bayar bulanan. Saya tak melanggan pun. Hanya guna yang percuma sahaja.

v)             Simpan dalam CD. Saya rasa cara ini dah agak ketinggalan. Pernah buat ketika zaman belajar dulu.

vi)           Cetak di Photo Book. Buat konsep Coffee Table Book. Sangat sesuai untuk mengenang nostalgia silam.


Jika ada cadangan lain, boleh lah kongsikan. Jom rakam dan tangkap gambar sebanyak mungkin. Sebagai kenangan di hari mendatang.



Kalian suka makan kek ?
Khususnya Warga Kuantan
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#gambar
#kenangan







Monday, January 15, 2018

Masak tapi tak masak.

Seorang telah bercerita kepada saya. Ceritanya :
Beliau memasak makan pagi untuk suatu program yang bersiri. Sudah bertahun-tahun memasak dan memang terlibat dengan bisnes katering secara kecil-kecilan.
Tetapi baru ini berlaku kejadian yang pelik.
Nasi yang dimasak tak masak-masak. Sampai lima kali masak, tetap tidak masak. Tukar beras yang baru pun natijahnya sama. Ambil ricecooker lain, cuba masak nasi dua kilo sahaja, pun serupa. Nasi masih mentah.
Kalau nak kata periuk rosak, tetapi ini dah cuba ricecooker yang lain. Fuh.
gambar hiasan

Saya pernah bertanya kepada seorang kenalan (ustaz) yang juga pernah membuka kedai makan. Ustaz tersebut tak lama berniaga, katanya macam-macam kisah dan insiden berlaku seperti tukang masak selalu sakit, muntah-muntah. Tukang masak nampak macam-macam. Kerusi meja dan perkakas dapur kedai beliau juga sering berselerak.  Akhirnya beliau pun menutup dan berhenti berniaga.

Memang tidak dinafikan masyarakat kita ‘berminat’  untuk belajar atau menggunakan ilmu hitam atau sihir. Sikit-sikit jumpa bomoh. Selaku orang Islam kita perlu menjauhi perkara tersebut. Dosanya sangat besar dan boleh jatuh syirik. Di dunia bolehlah bermegah dengan ‘kekuatan’ dan ‘kejaiban’ ilmu tersebut. Tetapi di akhirat ? Kita tidak mahu memburu Syurga ?

Semoga kita semua sejahtera, selamat dunia dan akhirat.


#PermaiMenulis

Guna OHP dan Projektor dalam menyebar ilmu

Semasa zaman saya bersekolah, belum lagi muncul projektor (lcd) seperti sekarang.  Mungkin alat tersebut telah ada tetapi saya yang tak pernah jumpa dan tidak tahu mengenainya.
Sekali sekala ketika belajar Kemahiran Hidup tingkatan dua, kami ke bilik media, Cikgu Sofian menggunakan alat yang dikenali dengan OHP untuk memancarkan tayangan berkaitan pelajaran kami.

Mesin OHP

Ayah saya ada membeli  OHP di Kuala Lumpur. Beliau mempunyai koleksi  (plastik bercetak dan  bertulis tangan) yang  digunakan dalam program-program dan pengisiannya.
plastik (film) 

Cara menggunakannya dengan meletakkan Plastik (plastik khas) yang telah bertulis. Sama ada print atau tulis dengan pen magic (pen magic khas) ke atas mesin tersebut. Alat tersebut akan memancarkan ke layar apa yang ditulis dari plastik tersebut.
Pen khas

Ketika menunggu SPM, saya mengikut sahabat, pernah menganjurkan program tayangan amal bagi mengutip dana untuk program Rakan Budaya Belajar. Kami meminjam projektor dari Persatuan Ulama Malaysia.

Seterusnya semasa di Mesir. Tempat kami tidak mempunyai alat projektor. Sekali dua dalam setahun kami mengadakan program yang berhajatkan kepada tayangan.  Maka kami akan meminjam projektor dengan persatuan pelajar induk di Mesir yang dikenali dengan nama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Kenangan ketika meminjam projektor. Siap angkut dengan kotak sekali dari Pejabat PMRAM.

Kini, apabila saya telah berkerjaya. Alhamdulillah saya telah membeli dan memiliki projektor sendiri. Projektor pertama dibeli pada tahun 2008 dan berkhidmat sehingga rosak pada tahun 2015. Kemudian saya membeli projektor seterusnya jenama Epson.

Kenapa perlukan projektor ?

Bagi saya yang terlibat secara amatur dan kecilan dalam program-program seminar dan kuliah,  projektor digunakan untuk memancarkan slide, tayangan atau montaj. Ianya sebagai nilai tambah dan kaedah alat bantu yang berkesan untuk  memberi lebih  kefahaman kepada para penonton.

Sekarang, semakin ramai pengkuliah kuliah maghrib masjid dan surau menggunakan projektor dalam kuliah mereka. Suatu perkembangan yang baik dalam menyebar luas  dan menyemarakkan ilmu.
Harga projektor pun semakin murah berbanding dahulu. Nak beli projektor mini jenama yang tidak terkenal pun tiada masalah. Paling penting mampu milik dan berbaloi.

#PermaiMenulis
#projektor
#ohp
#seputarmemorisilam