Monday, January 15, 2018

Guna OHP dan Projektor dalam menyebar ilmu

Semasa zaman saya bersekolah, belum lagi muncul projektor (lcd) seperti sekarang.  Mungkin alat tersebut telah ada tetapi saya yang tak pernah jumpa dan tidak tahu mengenainya.
Sekali sekala ketika belajar Kemahiran Hidup tingkatan dua, kami ke bilik media, Cikgu Sofian menggunakan alat yang dikenali dengan OHP untuk memancarkan tayangan berkaitan pelajaran kami.

Mesin OHP

Ayah saya ada membeli  OHP di Kuala Lumpur. Beliau mempunyai koleksi  (plastik bercetak dan  bertulis tangan) yang  digunakan dalam program-program dan pengisiannya.
plastik (film) 

Cara menggunakannya dengan meletakkan Plastik (plastik khas) yang telah bertulis. Sama ada print atau tulis dengan pen magic (pen magic khas) ke atas mesin tersebut. Alat tersebut akan memancarkan ke layar apa yang ditulis dari plastik tersebut.
Pen khas

Ketika menunggu SPM, saya mengikut sahabat, pernah menganjurkan program tayangan amal bagi mengutip dana untuk program Rakan Budaya Belajar. Kami meminjam projektor dari Persatuan Ulama Malaysia.

Seterusnya semasa di Mesir. Tempat kami tidak mempunyai alat projektor. Sekali dua dalam setahun kami mengadakan program yang berhajatkan kepada tayangan.  Maka kami akan meminjam projektor dengan persatuan pelajar induk di Mesir yang dikenali dengan nama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Kenangan ketika meminjam projektor. Siap angkut dengan kotak sekali dari Pejabat PMRAM.

Kini, apabila saya telah berkerjaya. Alhamdulillah saya telah membeli dan memiliki projektor sendiri. Projektor pertama dibeli pada tahun 2008 dan berkhidmat sehingga rosak pada tahun 2015. Kemudian saya membeli projektor seterusnya jenama Epson.

Kenapa perlukan projektor ?

Bagi saya yang terlibat secara amatur dan kecilan dalam program-program seminar dan kuliah,  projektor digunakan untuk memancarkan slide, tayangan atau montaj. Ianya sebagai nilai tambah dan kaedah alat bantu yang berkesan untuk  memberi lebih  kefahaman kepada para penonton.

Sekarang, semakin ramai pengkuliah kuliah maghrib masjid dan surau menggunakan projektor dalam kuliah mereka. Suatu perkembangan yang baik dalam menyebar luas  dan menyemarakkan ilmu.
Harga projektor pun semakin murah berbanding dahulu. Nak beli projektor mini jenama yang tidak terkenal pun tiada masalah. Paling penting mampu milik dan berbaloi.

#PermaiMenulis
#projektor
#ohp
#seputarmemorisilam


No comments: