Seorang telah bercerita kepada saya.
Ceritanya :
Beliau memasak makan pagi untuk suatu
program yang bersiri. Sudah bertahun-tahun memasak dan memang terlibat dengan
bisnes katering secara kecil-kecilan.
Tetapi baru ini berlaku kejadian yang
pelik.
Nasi yang dimasak tak masak-masak. Sampai
lima kali masak, tetap tidak masak. Tukar beras yang baru pun natijahnya sama.
Ambil ricecooker lain, cuba masak nasi dua kilo sahaja, pun serupa. Nasi masih
mentah.
Kalau nak kata periuk rosak, tetapi ini dah
cuba ricecooker yang lain. Fuh.
gambar hiasan
Saya pernah bertanya kepada seorang kenalan
(ustaz) yang juga pernah membuka kedai makan. Ustaz tersebut tak lama berniaga,
katanya macam-macam kisah dan insiden berlaku seperti tukang masak selalu
sakit, muntah-muntah. Tukang masak nampak macam-macam. Kerusi meja dan perkakas
dapur kedai beliau juga sering berselerak.
Akhirnya beliau pun menutup dan berhenti berniaga.
Memang tidak dinafikan masyarakat kita ‘berminat’
untuk belajar atau menggunakan ilmu
hitam atau sihir. Sikit-sikit jumpa bomoh. Selaku orang Islam kita perlu
menjauhi perkara tersebut. Dosanya sangat besar dan boleh jatuh syirik. Di
dunia bolehlah bermegah dengan ‘kekuatan’ dan ‘kejaiban’ ilmu tersebut. Tetapi
di akhirat ? Kita tidak mahu memburu Syurga ?
Semoga kita semua sejahtera, selamat dunia
dan akhirat.
#PermaiMenulis
No comments:
Post a Comment