Thursday, April 26, 2018

Pensel dan Catatan Hujung


Sudah lama saya tidak membeli pensel. Setiap kali berkursus di hotel, biasanya pihak hotel akan menyediakan pensel. Kadang-kadang setiap slot sebatang pensel yang baru disediakan.
Pensel tersebut akan saya bawa balik untuk digunakan di rumah. Saya gunakan pensel tersebut untuk membuat catatan tepi (dhobit) di buku yang saya baca.

Saya membaca kisah Harun Puteh yang lahir sebelum merdeka. Beliau gemar membaca akhbar dan  mencatat sesuatu di bahagian tepi berita yang dibacanya.

Antara tip yang saya pelajari ialah lebih baik membuat catatan di buku teks/ kitab yang kita baca dan pelajari  berbanding menulis nota di buku atau kertas yang berasingan. Risiko catatan tersebut akan hilang sangat tinggi.
Dalam kuliah bulanan di Masjid Daerah Lipis, Al-Fadhil Ustaz Nafiri yang membaca kitab Matla’ Badrain ketika dalam syarahannya, memberitahu point sekian-sekian adalah dhobit yang ditulisnya ketika belajar dengan Tuan Guru Hj Ahmad Relai dalam tahun 70an.

Bahkan sangat menarik terdapat ulama yang asalnya hanya membuat catatan pinggir untuk sesebuah kitab. Akhirnya catatannya muncul menjadi sebuah kitab yang lain pula.
Contohnya Kitab Hasyiah Bujairimi ‘Alal Khotib, adalah catatan pinggir dari kitab Syarah Al-Iqna’  yang disusun oleh  Syeikh Sulaiman bin Muhammad bin Umar al-Bujairimi al-Syafie (1221H).

Ada pun kitab Al-Iqna’  merupakan hasil karya Syeikh Syamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khatib al-Syarbini (977H)  merupakan huraian (syarah) dari Matan Abi Syujak (593H).

Sangat menarik, kan ? Dari sebuah karya terus berkembang menjadi karya yang lain pula. Penulisan dan ilmu terus berkembang.


Menurut Dr Zulkifli Al-Bakri dalam bukunya Kuasa Iqra’, Harta peninggalan Imam al-Hamawi adalah tiga bekas dakwat. Satu berisi 19 liter, yang kedua berisi 9 liter, dan terakhir berisi 8 liter.
Begitulah tradisi para ulama’ yang tidak dapat dipisahkan dengan menulis.

Saya syorkan kita mula membuat catatan ulasan selepas  membaca sesebuah bab, tajuk akhbar atau buku.

Sekian.

Ps : Saya ada menulis dalam  buku Jejak Kaki Kami dan Permai Menulis. Jemput beli dan baca.



#PermaiMenulis #menulis #pensel #catatan #buku #kitab

Wednesday, April 25, 2018

Sejarah dan lupa

Dunia bergerak dengan laju. Lebih terasa di zaman mutakhir. Antara petanda kecil hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 'Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, setahun dirasa seperti sebulan. Dan sebulan dirasa seperti seminggu. Dan seminggu dirasa seperti sehari. Dan sehari dirasa seperti sejam. Dan sejam dirasa seperti satu petikan api' (Riwayat Tirmizi)

Hari semalam yang telah meninggalkan kita telah menjadi sejarah.
Namun dalam menghadapi hari mendatang yang geraknya begitu cepat jangan kita melupakan hari dan masa silam yang telah menjadi sejarah.

Sangat penting untuk kita belajar dan menguasai sejarah. Al-Quran yang diturunkan kepada Umat Nabi Muhammad SAW banyak menceritakan kisah-kisah umat terdahulu.
Kenapa ?

Supaya kita dapat belajar dan mengambil iktibar dari mereka yang terdahulu. Kita tidak menurut jejak  kesalahan dan khilaf mereka.

Namun hakikatnya manusia memang mudah lupa. Adakah disebabkan sifat pelupa tersebut menjadikan manusia tidak nampak mana yang baik, mana yang  salah. Mana yang mengikut petunjuk AL-Quran dan mana yang berasaskan hawa nafsu semata-mata.

Para ulama silam mempunyai daya ingatan yang menakjubkan. Mampu menghafaz al-Quran dan ribuan hadis. Maka, Saya tidak mahu menjadi manusia yang pelupa. Semoga saya bersama dengan mereka yang kuat ingatan seperti ingatan para salafussaleh yang menakjubkan.



#PermaiMenulis #SalamKu #CatatanImamKecil #Capen #lupa #ingat

Jalinan Ukhuwah bersama saudara muslim


Perbincangan untuk mengadakan program Jalinan Ukhuwah bersama saudara muslim (saudara baru) anjuran Perkim Lipis yang akan diadakan pada 27 April 2018 (Jumaat), jam 3 petang di perkarangan Masjid Sultan Mahmud.
Kami sangat mengalukan para dermawan yang berminat untuk menyumbang sekampit beras 5kg untuk menjayakan program ini.
Kami perlu 45 kampit beras untuk 45 buah keluarga saudara muslim di daerah Lipis. 

Sekian terima kasih.


#Perkim #CatatanImamKecil #Ukhuwah


Monday, April 23, 2018

Orang pelik di masjid

Hari ini saya berkuliah maghrib di sebuah surau. Kelihatan seorang ahli jemaah 'pelik'. Duduk di saf hujung paling depan, tidak memandang langsung ke meja kuliah. Nak kata berzikir dia sibuk main hp.
Peliknya, ketika solat isyak. Kelibatnya tiada.
Begitulah antara ragam-ragam pelik 'jemaah' masjid dan surau.
Sepanjang saya menjadi pegawai Masjid Sultan Mahmud, macam-macam ragam dah jumpa...

Sunday, April 22, 2018

Ada masa seorang jua

Memang kamu kuat dan berani. Boleh sentiasa berseorangan. Akan tetapi ada masa-masa yang tertentu, kamu perlukan peneman.
Kadangkala betapa susahnya mencari peneman di kalangan kenalan. Ketika itu terbayang di fikiran kamu kalam : Bukan senang mencari Kawan yang sanggup bersenang dan bersusah bersama.

#PermaiMenulis #ukhuwah #teman #CatatanImamKecil #capen

Tuan rumah melarikan diri

Awak datang dari jauh. Tapi 'tuan rumah' tak datang menyambut.
Macam kedatangan awak tidak dialukan. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.
Saya pernah ada pengalaman tersebut.
Namun saya ada juga pengalaman sebaliknya. Sahabat yang beria datang menyambut sampai sanggup mengambil cuti.

Saturday, April 21, 2018

Mengaji tak Ikhlas ?

Sudah beberapa tahun lamanya saya memimpin bacaan al-Quran setiap pagi jumaat di JKR Lipis. Jurutera daerah sudah bersilih ganti. Ada beberapa Jurutera yang istiqamah bersama program tersebut. Dan ada yang tidak pernah turut serta. 
Bagi Staf pula, kehadiran naik dan turun. saya perasan muka-muka yang sentiasa ada. Ada yang jarang sekali.
Tetapi Kehadiran kelas bertambah minggu ni. Rupanya ada bos baru turut sama.
Patutlah.


Friday, April 20, 2018

Driver Kereta api yang mengaji

Berhadapan dengan Masjid Sultan Mahmud, letaknya stesen kereta api Kuala Lipis. Biasanya sementara menunggu trip yang seterusnya beberapa orang driver kereta api akan berjemaah di masjid. 
Terdapat juga mereka yang join group talaqi Al-Quran selepas solat subuh. 
Begitulah mereka yang bijak mengambil ruang dan peluang. Berjemaah sambil mengaji. 
Bagaimana pula dengan kita yang banyak masa melepak di rumah. Kena berasa malu dengan driver jarak jauh ni.


Tuesday, April 17, 2018

Kunjungan Integrated Islamic School Shah Alam (IISA)

Kami sangat mengalukan kehadiran para guru dan pelajar Integrated Islamic School Shah Alam (IISA) singgah solat dan makan tengah hari di Masjid Daerah Lipis.
Rombongan sebanyak 3 buah bas akan menuju ke Negeri Kelantan. Semoga program mereka dipermudahkan. 






 Para Guru IISA dihidangkan menu Gulai Ikan patin tempoyak 





Program Jejak Ulama


#PermaiMenulis #IISA #makan #masjid #lipis #CatatanImamKecil

Monday, April 09, 2018

Syarah Matan Imam As-Syatibi (10)

Syarah Matan Imam As-Syatibi (10)
Sesungguhnya al-Quran itu merupakan kitab yang dipercayai,
Dan boleh memberi syafaat,
Dan al-Quran adalah kitab yang terkaya, 
Tidak akan menjadi fakir bersama al-Quran,
Dan al-Quran akan memperkenankan apa yang dihajati dan dipinta. 


Kerjaya meminta sedekah

Singgah berhenti solat di sebuah masjid.  Ada seorang  pemuda beria menyapa saya. Ketika itu dia berada jauh dari saya, tetapi gaya sapanya seolah-olah  saya merupakan kenalan rapat yang sudah lama tidak berjumpa.

Rupanya ada hajat. Nak meminta sedikit duit. Cuma yang tak boleh tahan skrip ceritanya. Bukan hendak buruk sangka. Tetapi pengalaman kerjaya saya sangat berkait rapat dengan kes seperti ini.

Katanya : “ bukan nak minta tolong hantar, tetapi nak duit tambang, sikit je. Baru sekejap tadi ada kawan telefon ajak tolong dia kerja dekat sekian-sekian.”

Kes seperti ini sangat kerap. Dan tempat kejadian biasanya di masjid. Kenapa ?

Mungkin kerana masjid merupakan tempat orang baik-baik berkunjung. Tentu hati pemurah dan suka bersedekah tanpa banyak soal.

Kenapa mereka tidak segan meminta-minta ?
Kadangkala usia masih muda, sihat tubuh badan. Mampu bekerja mencari rezeki.

Rasa  saya,
Kita masih jauh dengan Islam. Bukan hanya sekadar didikan fardhu ain seperti belajar solat dan mengaji. Tetapi lebih menyeluruh lagi.
Sistem pendidikan kita mesti berteraskan Islam. Bermula seawal usia persekolahan sehinggalah ke peringkat Universiti.
Bukan hanya terbatas kepada sekolah agama sahaja. Adakah pelajar sekolah agama sahaja yang layak masuk syurga ?
Sebab mereka belajar agama dan dapat melaksanakan suruhan agama ?
Yang sebenarnya, kita semua mesti faham agama.
Apabila semua manusia faham agama, masyarakat akan dapat hidup dalam persekitaran yang sangat harmoni.
Kes-kes jenayah, golongan gelandangan, peminta sedekah dan pelbagai isu lagi dapat diselesaikan dengan Islam.
Zaman silam ketika era kegemilangan Islam  yang ditadbir oleh Amirul Mukminin khalifah telah membuktikannya.
Kita pernah baca ketika zaman Khalifah Umar Abdul Aziz menguruskan negara, menjadikan rakyatnya kaya dan tiada yang layak menerima zakat.
Percayalah.

#PermaiMenulis #IslamWayOfLife #IslamCaraHidup #CatatanImamKecil #rasa