Friday, March 16, 2018

Tugas Siak bukan mudah

Hari ini Bilal dan Siak Masjid kariah daerah Lipis menerima elaun one off  berjumlah RM Seribu seorang. Program bermula jam 11 pagi di Masjid Daerah Lipis.
Namun sebelum jam 9 pagi lagi,  ramai yang telah hadir memenuhi ruangan masjid. 
Nampak semangat dan teruja bila orang nak bagi duit. Kalau buat program diskusi kitab "takde lah" semangat "camni".
Andaiannya orang "takde" duit dan sangat memerlukannya. 
Bukan kata ke orang lain, tetapi saya lah tu orangnya yang "takde" duit.

Ketika sesi penyerahan duit, saya perhatikan kebanyakan para siak sudah uzur dan lanjut usianya. Ada yang nak berjalan pun tak larat, pegang pen nak sign baucer pun terketar-ketar.
Sedangkan tugas siak lebih kepada kekuatan fizikal dan stamina.

Antara tugas siak :
- Vakum karpet masjid. 
Karpet masjid bukannya kecil saiznya. Vakum pula bukan setahun sekali, tetapi perlu dengan kerap. Kalau di masjid kami yang mempunyai syarikat kawalan mencuci, terkandung dalam skop bidang kerja mereka,  mesti setiap hari memvakum karpet masjid. Vakum setiap hari pun masih ada debu dan pasir, bayangkan jika karpet masjid tidak pernah dicuci. 

- Bersih dan selenggara tandas masjid.
Kebanyakan tandas masjid dan surau di tempat kita sangat menyedihkan. Sehingga tertanya di benak fikiran saya, Macam mana lah agaknya rupa tandas rumah "depa". Sebab macam tak reti menggunakan tandas.
Sudah tentu siak berperanan memastikan tandas masjid dalam keadaan bersih.

- Sapu sampah persekitaran masjid.
-Bersihkan semak samun seperti meracun, mesin rumput, menebas, mencakar dan  membakar.
- Selia minuman untuk pengkuliah
- dan banyak lagi.

Maka, tugas siak bukannya mudah dan ringan. 
Bukan menafikan kudrat orang yang sudah uzur dan tidak bertenaga. Tetapi bimbang...
Jika pihak pengurusan  tidak meletakkan pada haknya, dikira menzalimi dan menganiayai siak terbabit.

Adapun, para siak jika tidak menjalankan tugas siak dengan sempurna. Dikira tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah  menjaga Rumah Allah dengan sebaiknya.

Cuai dalam amanah yang dipertanggungjawabkan jangan kita pandang ringan. 


#CatatanImamKecil #PermaiMenulis #ragamorang #siak #masjid


2 comments:

Anonymous said...

Berapa upah gaji siak,takut tak berbaloi kerja dia.

Azraie said...

Elaun sahaja. Bukan gaji. Dalam RM 200-400