Hari ini berkesempatan ke surau Institut Pertanian, Lipis. Pelajar di sini mengambil persijilan. Tak ramai pun pelajar, tak sampai 60 pelajar. Setiap pelajar mendapat elaun. Nak menanam pokok pun kena belajar kaedahnya, barulah hasilnya lebih berkualiti.
Surau Institut Pertanian Lipis
Bersama para pelajar Institut Pertanian, Kehadiran mereka ke surau direkodkan dalam buku log kehadiran.
Ketika ingin beransur, saya dibekalkan dengan buah rambutan dan beberapa jenis sayur segar dari ladang. Orang ramai juga boleh membeli benih pokok dan sayur dari Institut Pertanian.
Saya minat berkebun. Cuma sekarang, mampu seronok tengok kebun orang lain yang terjaga rapi. huhu.
Selain hobi, pertanian juga merupakan sektor pekerjaan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan, jika kena caranya. Orang muda jangan berasa "low class" menjadi petani.
Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica kini hidup sebagai petani dan sangat bergembira dengan kehidupannya.
Kamaruzaman Teh, Bekas ketua API (Angkatan Pemuda Insaf) Pahang yang pertama, merupakan lepasan Maktab Pertanian Serdang. Beliau antara yang terawal menanam pokok rambutan kahwin di Temerloh.
Adakah masa depan lepasan Institut Pertanian semakin cerah, berdasarkan ayat YB Menteri yang menyatakan negara memerlukan Universiti Pertanian.
Jom berkebun, tengok pokok yang serba hijau,, mampu mendamaikan hati.
Blog : http://syababgr.blogspot.com
Channel : https://t.me/AzraiePermai
FB : https://www.facebook.com/alfaqirazraie
#PermaiMenulis #pertanian #pokok #institutpertanian #petanikecil
No comments:
Post a Comment