Suatu panggilan telefon.
Tengah hari semalam, saya
terima panggilan.
Pemanggil menjemput saya
menyampaikan kuliah maghrib di Surau tamannya.
Maghrib semalam
langsungnya.
Saya terima jemputan itu.
Tengah hari ini, saya
terima lagi dua panggilan telefon.
Satunya, ingin menjemput
menyampaikan kuliah dhuha di Sekolah Menengah Seri Lipis pagi jumaat lusa.
Duanya, panggilan dari
Institut Pertanian. Juga menjemput kuliah maghrib hari esok.
Dua-dua saya terima.
Nak pula ke Institut
Pertanian. Sebab YB Menteri kata perlu diwujudkan sebuah Universiti Pertanian.
Universiti Pertanian pernah ada, tetapi entah apa sebab diganti dengan nama
Putra. Tinggallah Institut Pertanian yang kekal namanya. Maka saya berasa ingin
menjejakkan kaki ke sebuah agensi yang ada kaitan dengan pertanian. “huhu”
Pagi esok, Insya-Allah
kuliah Dhuha saya berjalan seperti biasa di surau Taman Permai.
Bila mana kita hendak
menyampaikan kuliah, sangat penting membuat persiapan. Nak pula ilmu tak setara
mana seperti saya.
Lihat mereka yang hebat semasa
menyampaikan kuliah. Pernah kita tanya bagaimana kegigihan semasa membuat
persiapan sebelum menyampaikan kuliah.
Kadangkala meletih dan
memeritkan.
Nak mudah, tak perlu
pergi kuliah ke mana-mana, rehat sahaja di rumah. Tetapi itukah jalan yang kita
pilih ?
Blog : http://syababgr.blogspot.com
Channel
: https://t.me/AzraiePermai
#PermaiMenulis #kuliah
#dakwah #CatatanImamKecil #prepare
No comments:
Post a Comment