Keputusan UPU bagi
pemohon STPM, STAM, diploma, matrikulasi dan setaraf telah pun keluar. Ada yang
mendapat tempat di Ipta yang dipohon, dan ada yang dapat di tempat yang bukan
pilihan kegemarannya. Namun bernasib baik kerana masih dapat berbanding yang langsung
tidak dapat.
Bagi yang dapat panjatkan
kesyukuran kepada Allah SWT yang telah mengurniakan sebuah kejayaan. Kejayaan
memasuki ipta. Untuk yang tidak bernasib baik, jangan lepaskan peluang membuat
rayuan. Kadangkala salah teknikal semasa mengisi borang juga antara punca
seseorang tidak dapat.
Mungkin ada juga mereka
yang mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi tidak berminat ke IPTA. IPTS
menjadi pilihan mereka. Jangan kita membuat sangkaan yang IPTS adalah lubuk
bagi mereka yang tidak mendapat keputusan cemerlang dan tiada rezeki di IPTA.
IPTS juga banyak
menyediakan ruang-ruang untuk menyambung pengajian. Cuma yurannya lebih mahal
berbanding di IPTA.
Bukankah ada di kalangan
kita yang lebih memilih untuk mendapat rawatan di hospital swasta berbanding
hospital kerajaan ?
Memasuki Ipta bukanlah
simbol kejayaan hakiki dan lambang kegagalan bagi mereka yang tidak berpeluang
menjejakkan kaki ke menara gading. Masih
banyak ruang dan peluang yang boleh diceburi. Buka minda dan jangan jumudkan.
Kerana ada yang merasakan masa depannya menjadi gelap “dek” kerana tidak
berjaya memasuki universiti.
Tentu kita semua kenal
Bill Gates, pengasas Microsoft yang popular dengan perisian Windows. Tahukah
yang Bill Gates tidak menghabiskan pengajiannya di Universiti Havard.
Michael Dell yang
mengasaskan syarikat pengeluaran komputer jenama Dell juga tidak menghabiskan
pengajiannya di Universiti of Texas kerana ingin sepenuh masa menceburkan diri
dalam bidang perniagaan ketika berusia 19 tahun.
Begitu juga dengan
pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang tidak
menghabiskan studinya di Universiti Havard kerana memberi tumpuan untuk
membangunkan Facebook.
Profesor Dr
Hamka yang menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Al-Azhar juga tidak pernah memasuki mana-mana
universiti ketika mudanya. Beliau tidak menghabiskan pengajian di peringkat
menengahnya di Muhammadiyah.
Saya ada membaca buku
berjudul Anak malaya di Republik Turki yang ditulis oleh Thaqib Shaker. Penulis
menceritakan selepas tamat diploma di Kolej Islam Antarabangsa, beliau tidak
berjaya mendapat tempat di Ipta.
Kemudian secara tidak
dirancang beliau memohon untuk mendaftar
masuk ke Universiti di Turki dan
permohonannya berjaya. Peringkat permulaan beliau hanya bertahan selama sebulan
sahaja di Turki sebelum pulang semula ke Malaysia kerana motivasi, mental dan
fizikalnya kecundang.
Di Malaysia beliau
memasuki MSU di Shah Alam dan hanya bertahan selama seminggu. Kemudian beliau
mencuba nasib di OUM, sama juga natijahnya. Hanya bertahan seminggu sahaja.
Akhirnya beliau ke UNISEL dan bertahan selama setahun. Tanpa alasan yang kukuh
beliau berhenti dari UNISEL walaupun mendapat pointer yang memuaskan.
Akhirnya beliau bertekad
untuk menyambung semula pengajian di Turki, dan pergi semula ke Ankara Tomer,
pusat menuntut bahasa Turki di bawah kelolaan Universiti Ankara. Kemudian
beliau ditawarkan ke Universiti Gediz di Izmir. Rupanya tabiat suka bertukar
tempat belajar bukan berlaku di Malaysia sahaja, termasuk di Turki, setelah
setahun di Universiti Gediz beliau berpindah masuk ke Universiti Yasar di
Bolge.
Membaca kisahnya, saya agak
teruja dan andaikan mudahnya nak masuk dan bertukar-tukar universiti di Turki.
Ada yang berminat nak
belajar di sana ?
Apa yang saya maksudkan
ialah ruang dan peluang yang boleh diceburi
sebenarnya sangat luas. Kita sahaja yang kurang terdedah. Banyakkan
mencari info dan membina akses dengan orang lain yang lebih berpengalaman.
Bagi mereka yang akan
melanjutkan pengajian di IPTA, Jangan
persiakan peluang tersebut.
Blog :
http://syababgr.blogspot.com
Channel
: https://t.me/AzraiePermai
#PermaiMenulis #IPTA #IPTS #belajar #anakmalayadirepublikturki
#dell #billgates #facebook
No comments:
Post a Comment