Zaman sekarang pembelian melalui online bukanlah suatu yang asing. Cepat, murah dan sampai terus ke rumah. Saya pernah membeli dengan Lazada, Shopee, Ali Express dan Ali Baba.
Cuma baru ini, saya pesan barang lain, tetapi dapat benda lain.
Saya pesan meja dan kerusi, tetapi saya hanya dapat dua bekas yang berisi 'tasbih cina'. Ingatkan tasbih sebagai hadiah sebab beli barang tersebut. Tetapi rupanya hanya tasbih cina sahaja. Bagilah tasbih kokka ke. Boleh juga buat bilang zikir. huhu.
Saya segera buat aduan ke pihak Lazada. Saya PM IG, FB, Twet dan Call.
Paling cepat lazada respon di Twet.
Saya mendapat E-mel dari Lazada yang meminta saya memberikan maklumat detail termasuk menghantar gambar-gambar barang (tasbih cina) yang saya dapat.
Setelah itu Emel saya dibalas dengan pihak Lazada meminta saya memulangkan semula barang tersebut.
Lazada memberikan nombor tracking untuk Pos Laju. Saya perlu print sahaja 3 salinan. dan bawanya ke pos laju.
Di Pejabat Pos laju, Saya bagi barang yang ingin dipulangkan berserta 2 salinan nombor tracking (satu lagi salinan pengirim simpan). Biasanya staf pejabat pos laju dah maklum, melainkan staf baru. Pihak Pos laju akan menyediakan plastik untuk membungkus barang tersebut. Jangan bimbang Lazada yang bayar.
Beberapa hari kemudian, saya menerima Emel dari Lazada yang menyatakan barang tersebut telah sampai, dan mereka akan membuat 'refund' duit di dalam akaun. Akhirnya Lazada menghantar emel yang menyatakan mereka selesai Refund duit di dalam akaun.
Saya semak akaun bank, ada kemasukan dari Lazada.
Maka kes selesai.
Ketika saya call pihak Lazada, depa ada maklumkan, mungkin ada syarikat Spam, tawar barang tapi barangnya tiada. Kalau pembeli diam begitu sahaja, melayanglah duit. Tetapi kena laporkan pada Lazada, dalam tempoh segera, jangan barang dah dapat sebula dua baru nak report.
Pesan saya, jika barang yang ditawarkan dengan harga yang tidak masuk akal (terlalu murah) jangan cepat percaya sangat, chek dan buat perbandingan harga antara pembekal-pembekal lain, baca review jika ada.
Sekian.
Tasbih Cina
Permohonan untuk return
Print 3 salinan. Satu untuk kita simpan, 2 lagi untuk pejabat pos
Barang Return dah sampai ke Lazada
Refund duit dalam akaun
#PermaiMenulis #lazada #spam #online #refund
3 comments:
Hmm.. Yg sabar ya..
Tq for your sharing... saya pun mengalami nasib yg sama...Lazada byk seller yg spam
no akaun tu nombor dari mana ye??
Post a Comment