Thursday, April 25, 2019

Hari Buku dan Pesta Buku tahun 2019

Buku-Buku yang saya beli di PBAKL tahun 2019

23 April merupakan Hari Buku sedunia.  Bukan semua golongan yang sedar dan meraikannya. Ada sekolah dan agensi yang mengadakan program membaca selama 10 minit  di antara pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.

Saya yang berkursus pada hari tersebut. Dalam ucapan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YH Dato’ Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang menceritakan sebelum beliau ke majlis perasmian kursus, beliau hadir ke program membaca selama 10 minit di pantai Telok Cempedak.
Kata YH Dato’, orang kita suka membaca. Bezanya bukan lagi membaca buku, tetapi membaca “wasap”. Buktinya ketika saya bercakap di hadapan, masing-masing pakat “membaca wasap” di “henpon” masing-masing. Sentap belaka. Huhu. 

 Menerima Sijil Menghadiri Kursus Protokol dan Etiket Pegawai Hal Ehwal Islam JAIP dengan YH Dato' Mohd Zakaria atau lebih mesra dengan Dato' Z.

Disebabkan mengambil aura hari buku, Maka pada kesempatan ini ingin saya berkongsi cerita kunjungan saya ke Pesta Buku Antarabangsa tahun 2019 di PWTC.  Alhamdulillah, saban tahun saya akan cuba untuk tidak melepaskan peluang menjadi antara ribuan pengunjung  PBAKL. 
Antara sebab saya berkunjung ke pesta buku ialah kita dapat merasai keseronokan bersesak membeli dan membelek buku. Harga buku-buku yang ada diskaun, buku-buku yang sukar diperolehi di kedai-kedai buku biasa dan jika bertuah kita akan bersua dengan penulis buku tersebut.

 Klik Video :    Saya di PBAKL 2019


Saya menaiki kereta sendiri. Maka tentunya antara masalah yang perlu diselesaikan sebelum masuk ke PBAKL adalah mencari tempat parkir kenderaan. Cadangan saya, parkir kereta di Dewan Tun Razak 1. Memang kena bayar RM 10 sekali masuk, tetapi saya kira masih berbaloi. Kereta boleh masuk parkir dalam dewan beratap. Dari tempat kenderaan berjalan kaki di laluan beratap terus masuk ke dalam dewan pameran buku.

Ada orang memang dah ‘aim’ buku-buku yang dihajati. Depa terus menuju ke booth-both pilihan. Tetapi saya lebih suka untuk tawaf ke booth-booth mencari dan melihat buku-buku yang menarik perhatian untuk dibeli. Saya biasanya gemar mencari buku-buku yang susah didapati di kedai-kedai buku seperti di Popular dan SMO.

Saya mendapat diskaun yang banyak dan besar di Institut Terjemahan (ITBN), sebuah proksi Dewan Bahasa Pustaka. Semua buku yang saya pilih diskaun sehingga 80% dan 40%. Disebabkan saya menjadi ahli ITBN, saya menerima emel yang meminta supaya menunjukkan emel tersebut di kaunter bayaran, diskaun tambahan diperolehi. Buku-buku yang saya beli di ITBN berharga lingkungan antara RM4, RM 5 dan RM 6 sebuah.

Buku-buku di Booth MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia)  harganya agak tinggi. Tetapi ada less dan buku-buku tersebut biasanya keluaran Universiti dan susah untuk diperolehi di kedai-kedai buku di luar. Antara buku MAPIM yang saya beli ialah : Islam di Pahang, Konotasi Angka dalam Al-Quran.

Saya juga ada membeli komik Misi di boothnya. Kerana penulis bagi Komik Misi Tahfiz, Ustaz Syahmi merupakan orang Maran yang saya kenal. Namun tiada diskaun, harga penuh. Tahun lepas juga sama.
Saya tahu cara nak dapat diskaun jika membeli komik Misi, saya boleh membelinya di kedai buku Popular atau SMO menggunakan kad ahli. Dapatlah diskaun. Huhu.    

Bagi yang berminat untuk membaca buku, bolehlah berkunjung ke pondok saya. Sambil minum kopi Turki.

Antara buku-buku belian saya di PBAKL 2019

 Buku lama cetakan  tahun1993 terbitan Penerbit  Pustaka Indonesia. Saya sudah ada buku ceritanya versi kanak-kanak. 

 Kisah Sejarah pembukaan kota Besut yang ditulis oleh jalur keturunannya sendiri. 

 Syarah Tuhfatul Atfal dalam bentuk persembahan yang segar. Buku terbitan Galeri Ilmu ini disusun oleh Ustaz Mohd Hazri al-Bindany, graduan Al-Quran & Qiraat lepasan Shoubra, Mesir.







 Pengalaman sebenar penulis membawa ambulan di Syria

 Buku Travelog yang ditulis sendiri oleh Owner Syarikat buku Kasi Terbit.





 Seorang penulis novel era tahun 40-50an

 Kalau siapa biasa menggunakan Tafsir pimpinan Rahman pasti pernah lihat nama beliau.


 Ulama yang berasal dari negeri Melaka, meninggal dunia pada tahun 1975


Kitab jawi yang dirumikan oleh Akademi Jawi


#PermaiMenulis #PermaiMembaca #KebunAzas #RumahBuku #PBAKL #Pwtc #MalaysiaMembaca


No comments: