Surau berasal dari bahasa sanskrit. Tidak pelik, kerana banyak lagi istilah dan perkataan dalam bahasa melayu berasal dari bahasa tersebut dan bahasa-bahasa yang lain seperti arab, inggeris, Belanda. Kemudiannya istilah dan perkataan yang dicedok dari bahasa lain tersebut dianggap sebagai bahasa melayu.
Bahasa melayu juga dikenali dengan bahasa jawi.
Jawi sinonim dengan tulisan jawi. Tulisan jawi yang diubahsuai dari tulisan arab.
Bahasa melayu pernah menjadi bahasa "lingua franca". Menjadi bahasa rasmi kepada lebih 100 juta manusia di rantau alam melayu yang luas pada ketika itu.
Mari kita daulatkan bahasa kita. Jangan malu berbahasa melayu. Lihat sahaja pimpinan negara seperti Turki, Cina, Jepun, Korea, Rusia yang kekal berbahasa ibunda mereka walaupun berada di persidangan antarabangsa.
Pimpinan negara yang tidak mahir atau kurang menggunakan bahasa melayu, tidak layak menjawat sebagai kepimpinan.
Soalnya sekarang..
Bahasa ibunda masih diremehkan. Contohnya
borang-borang perjanjian seperti pinjaman bank masih dalam bahasa inggeris. Walaupun staf bank orang melayu dan pelanggan juga orang melayu.
Filem dan drama melayu yang kerap menggunakan bahasa rojak. Bila watak orang kaya je guna bahasa rojak. Adakah itu dianggap suatu kemajuan?
Semua pihak perlu memainkan peranan. Jika hanya sekadar kempen dari dewan bahasa sahaja tidak memadai.
Sekian..
#PermaiMenulis #BahasaMelayu #ibunda
No comments:
Post a Comment