Jika 10 tahun lalu, zaman hp Nokia mendominasi.Tak perlu beria nak bawa pengesas ke hulu hilir. Kalau pergi ke mana-mana biasanya tumpang saje pengecas orang lain. Bukannya selalu juga nak kena cas, habis bateri mau beberapa hari juga.
Bila zaman android, set-set hp android masih boleh lagi berkongsi pengecas.
Tapi zaman semakin maju, jenama masing-masing gayanya mula bersikap 'asobiyah'. Sudah ada hp android yang tak boleh berkongsi pengecas. Hanya jenamanya sahaja. Iphone memang dari dulu lagi istiqamah jumud dan asobiyah.haha.
Natijahnya, saya terpaksa memikul beg sandang yang sendat dengan pengecas-pengecas hp pelbagai bangsa.
Mungkin, saya perlu pakai satu sahaja hp. Atau jika mahu dua atau tiga pun, dengan hp jenama dan siri yang sama. Ke gone ?
#PermaiMenulis #hp #jumud
No comments:
Post a Comment