Dunia Islam dikejutkan dengan pemergian Dr Mohamed Morsi ke pangkuan Ilahi dalam usianya 67 tahun. Beliau rebah ketika dalam perbicaraan di mahkamah Kaherah.
Dr Morsi merupakan Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi pada tahun 2012 dan merupakan pemimpin Ikhwan Muslimun yang tidak disenangi oleh musuh Islam.
Pemerintahannya telah digulingkan oleh pihak tentera yang diketuai oleh Abdul Fattah el-Sisi pada tahun 2013. Sejak itu beliau terus mendekam di dalam penjara di bawah sistem kehakiman yang sangat zalim.
Beliau telah membuktikan seluruh hidupnya hanya untuk Islam. Kerana Islam beliau digulingkan. Kerana Islam beliau dipenjarakan, kerana Islam beliau mendapat musibah, diseksa, dinafikan rawatan kesihatan.
Firman Allah Taala :
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (al-Ahzab : 23)
Kata pepatah melayu “ Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Selamanya nama Dr Morsi akan sentiasa dikenang sebagai pejuang Islam yang istiqamah.
Insya-Allah beliau kini telah berehat bersama dengan para pejuang yang lebih awal dipanggil mengadap Rabbul Izzati.
Bagaimana pula dengan kita ?
Adakah hanya sekadar kita merasa kagum dengan Dr Morsi. Sekadar kita merasa marah dengan regim Al-Sisi.
Sama-sama kita bermuhasabah.
Mari! Kita jadikan aura Dr Morsi sebagai peniup roh perjuangan kita yang semakin malap.
Semoga kita istiqamah.
Dr Morsi, Kami akan menurut jejak langkahmu.
Kami petik pesan akhir Sayyid Qutb :
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
dan, teruskan perjalanan ke gerbang jaya.
Saudara !
Kematianku adalah suatu perjalanan,
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu,
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku,
burung-burungnya berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi.
Saudara !
Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini akan disinari fajar lagi,
Biarlah rohku terbang mendaptkan rindunya,
Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
Nun di sana fajar sedang memancar...
#PermaiMenulis #PermaiDiHati #PermaiCare #DrMorsi
No comments:
Post a Comment