Keputusan UPSR baru keluar. Tentu ada yang bergembira dan tak kurang ada juga yang bersedih.
Peperiksaan terbesar bagi peringkat sekolah rendah, kan ? Tentu aura dan emosinya tak sama dengan peperiksaan awal dan akhir tahun.
Pengalaman berharga bagi pelajar tahun 6 sebelum melangkah ke peringkat menengah.
Saat keputusan keluar, bukan sahaja para pelajar yang cemas, tetapi para guru dan ibu bapa tidak terkecuali.
Tahniah kepada adik-adik pelajar yang berjaya melalui fasa peperiksaan UPSR dengan jayanya. Bagi yang tidak mendapat result seperti yang dicitakan, jangan putus asa dan lemah semangat.
Sama-sama terus melangkah ke peringkat seterusnya dengan penuh semangat.
Nak masuk sekolah menengah mana ?
Itulah yang menjadi persoalan dan perbualan di kalangan pelajar dan keluarga.
Ada yang mensasarkan sekolah berasrama penuh seperti sekolah menengah sains, SBPI, MRSM dan lain-lain.
Tidak kurang ada yang berminat untuk melanjutkan peringkat menengah ke aliran agama dan tahfiz seperti SMAN, SMKA, SABK, SMAR dan Maahad Tahfiz.
Saya dahulu memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh, sebuah sekolah menengah agama di bawah Kerajaan Negeri Pahang (SMAN) yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Pada ketika itu, belum ada Maahad Tahfiz Negeri dan SABK.
Kami telah menukilkan pengalaman bersekolah di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di dalam buku yang berjudul Jejak Kaki Kami. Sebuah buku yang berbentuk penceritaan santai, sangat sesuai dibaca oleh adik-adik pelajar dan para ibu bapa terutamanya mereka yang ingin lebih mengenali alam sekolah menengah agama.
Boleh dan kena dapatkan buku Jejak Kaki Kami. Satu-satunya buku cerita yang berkisar selok belok 'dunia' sekolah menengah agama di Pahang yang ditulis oleh saya sendiri bersama-sama dengan Puteri Ain Nasuha, Najihah, Intan Hidayah dan Fairuz Najhan.
Rodong-rodong yang baru ambik result UPSR memang kena baca buku ni. 'Pm' untuk dapatkan buku Jejak Kaki Kami.
#PermaiMenulis
#GengPermai
#UPSR
#JejakKakiKami
1 comment:
wuish menarik pengalaman you time sekolah...jadi rindu pulak kat sekolah menengah hehe
Post a Comment