Tuesday, February 11, 2020

Mengenang Imam Hasan Al-Banna

12 Februari 1949 berlakunya peristiwa menyayat hati umat Islam iaitu berlakunya pembunuhan Imam Hasan Al-Banna. Imam Hasan Al-Banna telah mengasaskan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928. Pada tahun 1936 ahli Ikhwan  berjumlah seramai 800 orang. Dan keahliannya terus menerus bertambah dengan rancaknya, hanya 2 tahun selepas itu iaitu 1938 ahli Ikhwan telah mencecah 200 000 orang dengan 50 cawangan.

Saya mula mengenal nama Al-Syahid ketika di bangku sekolah rendah. Ketika itu saya rajin mengikuti ayah ke kuliah dan usrah. Wirid Al-Mathurat susunan Imam Hasan Al-Banna dan buku Risalah Ta’lim syarah pada Rukun Baiah antara bacaan yang dibaca di dalam usrah dan kuliah. 
Semasa menuntut di Maahad Tahfiz (2001-2003) , saya berpeluang pergi ke program Seminar Pemikiran Imam Hasan Al-Banna di negeri Terengganu. Program anjuran bersama Gamis dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Tuan Guru  Menteri Besar Terengganu. 

Hari ini setelah hampir 71 tahun pemergian Al-Syahid, nama beliau terus mekar di persada dunia dakwah dan gerakan Islam. Bahkan cukup digeruni oleh musuh Islam. Hatta kuburnya di Mesir dirumitkan untuk diziarahi. 

Perjalanan pergi ke Kubur Imam Hasan Al-Banna





Di Kubur Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna
Menunggu bas untuk pulang ke Shoubra

#PermaiMenulis #GengPermai #HasanAlBanna #Ikhwan 





No comments: