Thursday, February 13, 2020

Institut Pertanian Lipis


Semalam saya dijemput ke Institut Pertanian Kuala Lipis. Pelajar di sini ada dalam 60 orang. Sangat selesa kerana asalnya tawaran kemasukan untuk 120 orang.
Pelajar diajar ilmu-ilmu berkaitan tanam menanam. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kerjaya petani juga boleh diprofesionalkan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.




Ketika makan, Tuan Pengarah Institut Pertanian bercerita kepada kami mengenai tanaman nanas. Pokok nanas kahwin yang terkini daunnya tidak lagi berduri. Ketika pulang saya dibekalkan dengan sayur-sayur segar.

Alang-alang bercerita pasal pertanian, saya petik kisah seorang lepasan pengajian pertanian. Beliau ialah Kamarulzaman Teh (15 Januari 1920 - 5 November 2002). Merupakan bekas ketua API (Angkatan Pemuda Insaf) Pahang ialah tahanan politik yang paling lama di Malaysia selama 22 tahun. Pada tahun 1930 Beliau bersekolah di Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis dan kemudiannya beliau memasuki Sekolah Pertanian Serdang dan mendapat kelulusan pada tahun 1939. Pada tahun 1940-41, Kamarulzaman berkhidmat di sana sebagai Pegawai Rendah Pertanian. Beliau diberitakan orang yang pertama menanam pokok rambutan 'kahwin' di Temerloh dan di Pahang.
Ps: kita tak bicarakan berkaitan ideologinya, tetapi hanya berkaitan dengan pokok-pokok.

#PermaiMenulis #GengPermai #pertanian #pokok #institutpertanian

No comments: