Monday, October 12, 2020

Mesin Taip

Saya terlihat video berdurasi pendek, seorang pakcik menaip di bonet kereta, katanya di Pejabat Tanah Marang.
Tentu ramai generasi kini yang tidak berkesempatan bernostalgia dengan mesin taip ini.
Kalau nak jumpa, mungkin boleh pergi menjejak penaip 'freelance' di perkarangan pejabat tanah atau di mahkamah.

Seingatnya, saya sempat dengan dua buah mesin taip kepunyaan ayah. Yang kedua itu, mesin taip "seken" dibeli di kedai dalam pasar Temerloh (pasar lama yang kini telah dibina deretan bangunan kedai yang baru).
Di kedai yang sama juga, ayah pernah membeli mesin gelek seken juga. Mesin gelek biasanya cikgu sekolah dulu-dulu, biasa mengendalikannya terutama ketika menjelang peperiksaan.
Ketika ayah menyambung pengajian di peringkat Sarjana (MA), awalnya membawa bersama mesin taip tersebut. Tetapi tidak 'dibenarkan'. Lalu belilah mesin taip elektronik dan kemudiannya komputer (pc). Itupun sebuah komputer berkongsi 4-5 orang.

Masa dan zaman berubah.
Sekarang orang telah beralih dari komputer yang berat kepada laptop. Laptop pun dah semakin jarang guna. Lebih pantas menggunakan gajet seperti handphone dan tablet.

Walaupun mesin dan alat untuk menulis telah berubah. Namun tulisan yang ditinggalkan tidak sewenangnya diubah. Terus mekar menjadi hasil karya yang bernilai di sisi mereka yang menghargainya.
Buku lama (kitab kuning) yang bertuliskan ejaan jawi lama terus ditelaah. Walaupun ada penerbit yang memberi nafas baru dengan merumikannya kerana ramai yang tidak mahir membaca jawi, namun mereka berusaha sehabis baik mengekalkan keaslian gaya bahasa penulis asal.

Jom menulis !



* Gambar hasil ketukan typewriter ayah semasa beliau menuntut di peringkat  Sarjana Muda (BA). 

#PermaiMenulis #mesintaip #kenangan 

No comments: