Saturday, October 10, 2020

Selamat Hari Pos Sedunia

Selamat Hari Pos.

Bayangkan.
Jika semalam khidmat pos ada dan berjalan lancar. Tiba-tiba keesokannya bermula hari tanpa khidmat Pos, pasti ramai yang akan terkesan, termasuklah saya.

Zaman kini, lebih mudah dan cepat membeli belah secara atas talian. Harga pun lebih murah.
Barang-barang yang dibeli tentunya menggunakan khidmat pos untuk sampai ke tangan pembeli.

Selain dari khidmat Pos Malaysia, terdapat pelbagai lagi syarikat kurier, antara yang biasa menghantar barang yang saya beli seperti Ninja Van dan JnT.

Siapa kata, kerja posmen mudah ?
Semasa kecil, saya ada membaca kisah kura-kura mencari kerja.
Ketika menanya-nanya, Kebetulan Kura-Kura bertemu dengan monyet yang dalam perjalanan hendak menghadiri temuduga menjadi posmen.
Kura-Kura terus berminat untuk menjadi posmen.
Akhirnya kedua-duanya diterima bekerja menjadi posmen. Hari pertama bekerja, monyet dapat menghantar kesemua surat yang dibahagikan kepadanya. Manakala sehingga lewat petang kura-kura hanya berjaya menghantar satu surat sahaja.
Pendek cerita, Kura-kura terpaksa berundur dari menjawat sebagai posmen.
Ibrahnya bukan semua yang layak dan sesuai untuk menjadi warga kerja pos.

Semoga warga kerja yang terlibat secara langsung dengan khidmat Pos terus maju jaya. Pekerjaan kalian sangat mulia, secara tak langsung membantu memudahkan urusan orang ramai.





#PermaiMenulis #pos #haripos #sedunia

No comments: