Saturday, October 03, 2020

Pengalaman kapal terbang rosak dan cerita covid

Kes Covid 19 semakin menaik. Ada yang telah panik ?
Panik boleh menghasilkan tindakan luar jangka. Seperti sebelum ini tular berita yang hal ehwal pelajar Malaysia di Mesir membimbangkan. Sampai ada yang menulis 'ibarat sedang menggali kubur sendiri'.
Tentulah keluarga di Malaysia terlebih risau dan panik. Natijahnya pelajar Malaysia di Mesir sanggup sewa khas kapal terbang dengan harga yang mahal untuk pulang ke Malaysia.
Dan sanggup untuk sengaja kantoi exam kerana tidak menduduki peperiksaan.
Walhal di Mesir pelajar yang tak balik molek sihat wal afiat. Kehidupan tiadalah seteruk seperti yang didakwakan oleh sesetengah pihak.

Pada kesempatan ini, saya terkenang kisah semasa menunaikan umrah bersama Syarikat travel Kembara Sufi / Azhari Holiday di penghujung tahun 2016.
Kami tiba di Lapangan terbang KLIA pada 3 Disember jam 11 pagi. Penerbangan dijadualkan pada jam 3 petang. Kami masuk ke dalam flight Saudia pukul 2.40 petang.
Setelah duduk di kerusi masing-masing, kelihatan warga kerja flight baik pramugari dan juruterbang berjalan pantas mundar mandir dengan muka yang agak serius.
Enjin dan aircond yang asalnya hidup dimatikan, keadaan agak riuh, kami diminta bersabar.
Dalam keadaan yang agak panik tersebut, Pramugari sempat lagi memberikan kami air jus buat menyejukkan badan. Setelah 3 jam duduk di kerusi flight yang tidak bergerak dan tiada aircond barulah kami diminta keluar. "Orang puteh" sebelah kerusi saya berkata kepada saya dengan nada mengeluh "after 3 hour" sambil mengemas kerusinya untuk bangun keluar.
Kami dimaklumkan oleh krew kapal terbang, satu enjin kapal terbang tak hidup. Hanya satu sahaja yang hidup.

Jam dah 6 petang. Kami belum makan tengahari. Pihak flight memberi kupon makan Burger King.
Fuh! Berapa ratus orang dari penerbangan tersebut beratur panjang di Burger King.

Kami bersama seorang pakcik yang berusia 70an, berseorangan dan inilah kali pertama beliau ke Mekah. Bagaimana anaknya beria pesan pada kami untuk tengok-tengok ayahnya.

Kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan beratur di Burger King. Pakcik nak makan nasi, tak biasa makan burger. Akhirnya jam 7 petang kami berjaya menjamah nasi di sebuah restoran di lapangan terbang dan tentunya harganya tak sama dengan kedai makan di luar lapangan terbang.

Bagasi kami dikeluarkan semula dari flight, dan kami duduk menunggu apa yang akan berlaku seterusnya.
Rasa cool atau cemas ?
Jawab sendiri dalam hati, huhu..
Kaum keluarga dan kenalan tentunya tak lekang menanyakan update kami. Ada yang bimbang takut kami kena Spam.

Pihak Saudia mencari hotel penginapan buat kami yang jumlahnya ratusan orang. Bukannya semudah yang disangka. Orang yang berpengalaman memberitahu kami yang tindakan Saudia ini dikira pantas. Sebab ada lagi yang lebih perlahan, rombongan terkapar bermalam di kerusi menunggu kat lapangan terbang.

Jam 10.30 malam kami semua menaiki bas yang disewa khas oleh Saudia ke hotel. Walaupun jumlah bas yang disewa dikira agak banyak, namun terpaksa buat trip. Kami naik trip yang akhir memberi peluang kepada mereka yang lebih berusia untuk gerak dahulu.
Beg bagasi perlu dibawa sekali menaiki bas ke hotel. Tak boleh tinggal di lapangan terbang. Ada pula yang buat hal, beberapa beg tidak diambil. Lalu kami yang menaiki trip terakhir bas terpaksa mengangkut sekali beg yang tidak tahu siapa yang punya.

Jam 11.40 malam kami tiba di hotel. Semua rombongan tidak ditempatkan di hotel yang sama. Ada beberapa buah hotel yang menempatkan kami.
Kalut pihak hotel menguruskan kami. Bilik hotel tak cukup untuk kami semua. Setelah wakil Saudia tiba, berbincang dengan pihak hotel untuk mengambil bilik di Resort barulah urusan kami selesai.
Jam 1.12 pagi barulah saya berjaya masuk ke bilik hotel di The Club Saujana Resort Kuala Lumpur. Saya ingatkan yang di hotel lebih mahal, rupanya resort yang lebih mahal. Harganya lebih kurang RM 700 untuk semalaman.
Rupanya keputusan untuk makan nasi petang tadi suatu keputusan yang bijak, kerana kami ibarat telah jamak makan tengahari dan malam sekaligus.
Mujur juga saya tidak wrap beg bagasi dengan plastik seperti yang kebanyakan orang lain buat. Jadi mudahlah untuk membuka dan mengambil pakaian dari beg. Bagi mereka yang dah bungkus beg dengan plastik dalam dilema nak buka atau biar je. Kalau biar maknanya ibarat seperti sehelai sepinggang lah. Kan.

Walaupun hotel mewah, bilik dan makanan sedap. Namun kami semua dalam situsi blurr. Sampai bila dan berapa hari kami akan melepak di hotel. Kami diminta stanby menunggu untuk fly bila-bila masa sahaja.
Pihak Saudia menempatkan seorang pegawainya stay bersama kami, sepanjang hari melepak di lobi melayani pertanyaan dari rombongan. Tentunya soalan popular bila kami akan berlepas.
Ketika makan tengahari kami disuruh stanby, tapi tak jadi. Sampailah makan malam, barulah betul-betul kami akan dibawa semula ke lapangan terbang.

Sebab agak rushing Staf hotel siap tolong susunkan beg-beg kami semua.
Tiba di lapangan terbang, kami diberi tiket baru dan perlu melalui semula proses chek in. Ketika itu baru ketemu mereka yang selamba tinggalkan bagasi semalam. Bukan jemaah Malaysia yang ingin menunaikan umrah. Sebab cara berpakaian rugged je. Mujur depa ucap terima kasih, ingatkan dapat tip beberapa dollar, sebab tolong jagakan beg..kan. huhu.
Akhirnya 4 Disember 2016, jam 11.42 malam kami berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Gabra juga sebab dengan kapal terbang semalam yang baru sahaja siap dibaiki.

Perkara yang timbul ialah jumlah hari kami di Madinah semakin kurang. Tak boleh nak anjak tambah hari di Madinah, kerana bilik hotel yang ditempah, selepas kami keluar akan ada rombongan lain pula yang masuk.  Sudahlah pihak hotel dapat untung free,  sebab sewa dah bayar tapi orangnya tak tiba lagi. 
Hari balik ke Malaysia tetap sama. Mana boleh anjak sesuka hati nak balik bila. 
Namun, tiada yang beria menuntut semula duit dengan syarikat travel. Sebab masing-masing faham situasi yang berlaku. Tiada juga yang merajuk sampai tak jadi pergi menunaikan umrah. 
Apa pun pihak Saudia telah berikan khidmat yang terbaik dalam menangani kes kami ini. 





Sekian.

#PermaiMenulis #tenang #janganpanik #berasional #honest #GengPermai #ibrahcovid #kitajagakita

No comments: