Usai kuliah di Masjid Batu 9, nasi kebuli depa hidang. Kebetulan baru sahaja hari semalamnya kami upload video nasi kebuli.
Bagi yang tidak pernah merasa. Bolehlah cuba.
Nampak simple macam nasi ayam, tapi tak sama rasa dan auranya.
Antara rempah yang digunakan adalah buah Kepayang. Goreng dulu beras dengan minyak kepayang (kami hanya naqalkan dari ahlinya). Dalam nasi pun ada yang campurkan dengan buah kepayang.
Jangan tak tahu, buah kepayang kalau tak kena caranya, boleh mabuk.
Peribahasa ada berbunyi "bagai mabuk kepayang", maksudnya hilang ingatan atau lupa akan dirinya kerana jatuh cinta dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat).
Zaman sekolah, saya tak pernah tahu dan dengar pun orang bercerita pasal buah kepayang. Hanya tahu ada kampung Bukit Kepayang di Temerloh. Sebelum Taman Temerloh Jaya ada masjid, kami solat jumaat di Masjid Bukit Kepayang.
Di daerah Bera juga ada Felda Bukit Kepayang.
Mungkin dulu-dulunya banyak pokok kepayang di situ.
#PermaiMenulis #kepayang #nasikebuli #lipis #masjidbatusembilan
No comments:
Post a Comment