Friday, January 01, 2021

Makan Benjo di Kuala Lipis





Makan Benjo di Burger Boy Kuala Lipis. Saya bayar guna TouchnGo e-Wallet. Kita cuba untuk memanfaatkan teknologi dan menggunakan secara maksima aplikasi yang ada. Sebenarnya mudah je. Tapi kena ada line internetlah. Kalau henpon canggih, telco bayar plan yang mahal tapi internet krik-krik. Takde arohlah.

Dulu, masa kami kanak-kanak. Bila keluar berjalan dengan ayah ke bandar, kadang-kadang dalam perjalanan balik ke rumah singgah ke gerai burger untuk beli BENJO.
Kenapa Benjo bukan burger daging. Kerana masa itu susah nak pastikan sumber kehalalan dagingnya. Mana ada logo standart Halal JAKIM seperti sekarang. Belum tentu gerai burger tersebut menggunakan jenama Ramly Burger.
Maka untuk jalan selamat, oderlah Benjo. Saya yang masih budak taklah faham mana masa itu, kenapalah asyik makan benjo je. Kan.

Seminggu dua ini, kecoh isu daging import yang dikatakan scam guna logo halal tetapi sebenarnya sebaliknya.
Semoga isu ini segera selesai. Kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dan siasatan. Walau siapa dalangnya, perlu dikenakan tindakan yang tegas dan sewajarnya. Bukan boleh main-main isu ini.
Warga net pula janganlah mengulas lebih sudu dari kuah. Rujuk sumber primer dan berautoriti.

Jom beli Planner Ajaib Permai :
https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

#PermaiMenulis #benjo #ramlyburger #burgerboys #halal #TNGO

No comments: