Monday, January 11, 2021

Masjid Tanjung Bungor Lipis kena banjir 2021

Pagi ini kami bersama-sama warga Pejabat Agama Islam Daerah Lipis turun padang membantu membersihkan Masjid Kampung Tanjung Bungor, sempadan antara Lipis dan Jerantut.
Masjid yang bersebelahan dengan sungai sering kali ditimpa banjir.
Selain orang kampung, turut sama hadir membantu Penghulu mukim dan Tok 4.
YB Adun Cheka juga turut sama menyapa kami.
Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan, boleh berhubung dengan Imam Masjid Tanjung Bungor, Ustaz Mohd Haniza.
Kami dijamu makan tengahari di Balai raya dengan menu yang femes ketika banjir iaitu sardin, lauk gulai kentang dan telur mata kerbau masak sambal hitam belimbing.
Masih ada lima keluarga yang menetap sementara di Balai Raya.
Semoga mereka tabah.





#banjir2021 #jaip #muip #masjid #lipis #PermaiMenulis #PermaiCare

No comments: