Friday, January 22, 2021

Solat Jumaat PKP 2.0

Hari pertama Pahang PKP 2.0 jatuhnya pada hari jumaat. Alhamdulillah Masjid Sultan Mahmud masih dibuka untuk solat jumaat dan solat fardhu.
SOP masih sama.
Kita semua sudah dibiasakan dan telah melalui fasa pkp yang lebih mencabar di peringkat awal dahulu.
Cuma, sikap kita sahaja yang menentukan.
Ada yang saja-saja buat tak faham.
Lalu, pada hari ini solat jumaat diadakan dengan kawalan yang lebih ketat dari biasa.
Urusetia daripada Pejabat Agama (Paid Lipis) dan Polis (Ipd Lipis) sangat membantu melancarkan perjalanan solat jumaat pada hari ini.
Harapnya untuk jumaat yang mendatang, para jemaah sekalian tidak perlu dikawal dengan beria sebab faham belaka dah SoP.
Bayangkan kalau arahan-arahan untuk patuh SOP yang kami rasakan mudah faham pun tak faham-faham, macam manalah agaknya deme dengar khutbah jumaat yang lebih ilmiah siap berdalil Al-Quran hadis. Lagilah tak fahamnya. Adoi !

#PermaiMenulis #masjid #lipis #imam #pahang #jaip #jakim #paid

https://youtu.be/TxHHJ5Ug9uo

No comments: