Sunday, June 13, 2021

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Guru Takmir Negeri Pahang

Saya berkesempatan mengikuti Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Guru Takmir Negeri Pahang yang diadakan secara online.

Medium utama di Google Meeting. Namun kerana akaun Host hanya terbatas untuk 100 orang sahaja, bakinya mengikuti siaran langsung MAT di Youtube dan Facebook. Tahniah buat AJK yang begitu bersungguh-sungguh menyediakan medium alternatif bagi memastikan guru takmir di negeri Pahang tidak ketinggalan mengikuti MAT.

MAT dirasmikan oleh YB DS Syed Ibrahim. Dalam ucapannya beliau menekankan tentang kepentingan kesatuan dan perpaduan Ummah. Guru takmir kena memainkan peranan penting sebagai ejen penyatuan ummah. Di samping berkempen dan memberi penjelasan mengenai SOP dan vaksin kepada masyarakat.

Di akhir rancangan, diumumkan guru takmir terbaik dan senarai penerima hadiah cabutan bertuah.
Terkejut kome, dapat hadiah cabutan bertuah. Kalau yang guru takmir terbaik memang jauh amat lah. Huhu.

Kesempatan ini, saya menyeru para asatizah yang masih muda mudi untuk bersama-sama terjun ke lapangan medan dakwah. Antaranya dengan menjadi Guru Takmir. Masih banyak masjid dan surau terutamanya di kampung tradisional dan pedalaman yang masih gersang. Ada yang langsung tiada kuliah pengajian ilmu secara mingguan bahkan secara bulanan.






#PermaiMenulis #GuruTakmir #Jaip #Jakim #Muip #Masjid #Surau #PahangTerusMaju #Prihatin

No comments: