Monday, June 14, 2021

Jihad Bisnes !

 Jihad Bisnes !

Apa yang terbayang di minda kalian bila diserukan dengan “Jihad Bisnes”.
Kebiasaan, bila sebut perkataan jihad, yang terbayang adalah berperang, guna senjata pedang dan senapang.
Tetapi sebenarnya, maksud jihad adalah sangat luas. Termasuk dalamnya jihad ekonomi, jihad Pendidikan dan lainnya. Tanpa kita menafikan jihad yang paling utama iaitu menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Tahun 2008, Saya bersama Al-Fadhil Ustaz Zainudin Zakaria Abu Aisyah mewakili Maahad Tahfiz Negeri Pahang mendengar pembentangan kertas kerja Jihad Bisnes yang disampaikan oleh Almarhum Tan Sri Ali Hashim, Ex CEO JCORP dalam program Workshop Pengurusan Berhikmah anjuran Dewan Perniagaan Islam Malaysia Cawangan Selangor yang diadakan di Putrajaya. Sangat bermanfaat dan membuka minda.

Hari ini saya menyertai Mesyuarat Agong Penaja Koperasi Purnama Sejahtera Berhad yang diadakan secara atas talian. Objektif utamanya adalah untuk membangunkan ekonomi umat Islam melalui bisnes yang modalnya disuntik oleh anggota koperasi.
Sebenarnya PKP dan Covid19 melatih kita untuk bangkit berdikari terutama dalam bab kewangan dan mencari pendapatan. Kita perlu meneroka pelbagai kaedah dan alternatif demi untuk mencapai matlamat.
Insya-Allah, dengan gerak kerja yang tersusun dalam kumpulan dan organisasi, koperasi merupakan kekuatan dan peluang bagi kita umat Islam untuk berniaga dan mengembangkan ekonomi.






#KPSB #PermaiMenulis #Koperasi #JihadBisnes #MAT

No comments: