Membeli secara online lebih menjimatkan ?
Selain harga yang lebih berbaloi, masa dan
tenaga juga dapat dijimatkan.
Bayangkan dengan hanya duduk bertapa di
dalam rumah tanpa mengira masa siang mahupun tengah malam kita mampu membeli belah pelbagai barangan.
Tak perlu mengheret kaki tawaf ke satu kedai ke kedai yang lain.
Kita juga boleh ‘survey’ harga barang yang
kita inginkan. Dalam satu laman web
Contohnya Lazada, barang yang serupa tetapi mempunyai pelbagai harga
yang berbeza. Mengikut kepada syarikat yang membekalkannya. Kadang-kadang
perbezaan harganya sangat ketara. Maka tak rugi kita mengambil sedikit masa
untuk membuat kajian harga.
Selain itu, saya sarankan juga untuk kita
membuka beberapa laman web perniagaan online yang lain untuk membuat semakan
harga. Google di FB dan cari syor blogger pun ok.
Antara web perniagaan online yang biasa
saya rujuk ialah Lazada, 11 Street, Ali Express, Ali Baba dan Amazon. Setelah
saya membuat servey biasanya saya membeli di Lazada. Kadang-kadang di Ali
Express. Cuma barang dari Ali Express agak lewat sampai. Saya juga pernah membeli
di Ali Baba, menariknya barang yang dibeli cepat sampai dan harganya murah.
Cuma kebiasaanya Ali Baba menyediakan barang-barang yang perlu dibeli dengan kuantiti yang banyak
(beli borong). Untuk mereka yang ingin mencari barang untuk berniaga boleh la
risik dekat Ali Baba.
Bagi mereka yang tidak pernah cuba membeli
online, boleh la mencuba. Antara langkah untuk penjimatan. Cuma perlu dikawal
juga kerana macam-macam barang ada dalam laman web tersebut.
#PermaiMenulis
#BeliOnline
#lazada
#alibaba
#jimatbelanja
No comments:
Post a Comment