Sunday, September 10, 2017

Jamuan makan Robin Hood

Kali ini saya nak petik kisah Robin Hood. Saya percaya kita semua maklum watak Robin Hood. Bukan sahaja orang dewasa bahkan Robin Hood lebih hangat berlegar di kalangan kanak-kanak. Saya mula membaca kisahnya semenjak sekolah rendah.

Walaupun Robin Hood  terkenal sebagai pemberontak, namun ada juga kisah-kisah teladan yang boleh kita jadikan pedoman.

Robin hood bersama rakannya tinggal di hutan. Mereka disenangi oleh orang-orang miskin. Selalu mereka menjemput orang miskin hadir ke jamuan makan mereka.

Team Robin Hood biasanya berburu di hutan simpanan raja. Hasil buruan tersebut  seperti rusa akan dijadikan juadah untuk majlis jamuan mereka yang meriah.

Suatu ketika Robin Hood berpeluang menjamu makan Sherif (mungkin YB/Penghulu/ Menteri Besar) makan di tempatnya. Lucunya ketika majlis yang berlangsung di hutan. Juadahnya daging rusa kepunyaan raja. Tukang masak pula merupakan chef kegemarannya yang pernah berkhidmat di kediamannya. Manakala hidangan tersebut diletakkan di atas pinggan perak yang dicuri dari kediamannya.haha.

Dalam Islam, besar ganjaran mereka yang suka belanja (menjamu) orang makan.

Dengar petikan kuliah Ustaz azhar : 



Ada siapa-siapa nak belanja saya makan. Jangan segan nak PM. Huhu.

Ps : Siapa tahu, Di Malaysia pun pernah ada watak yang disebut sebagai Robin Hood moden.


Jemput baca tulisan saya yang lain :

#PermaiMenulis
#jamuan




Thursday, September 07, 2017

Kuah sahaja yang tinggal

Pagi tadi selepas kelas, Saya menerima bungkusan daging korban lagi.
Aura daging terus meresap dalam sanubari.

Lalu saya mendapat idea untuk menulis seperti yang tertera di bawah.

Kali pertama saya mendengar kisahnya ketika berada dalam tingkatan tiga.
Ketika itu saya menghadiri ceramah agama di Masjid lama Tj (ketika itu surau) yang disampaikan oleh Ustaz Karim Sidek. Al-Fadhil ustaz menyelitkan kisah Juha dalam ceramahnya dan kisah tersebut masih saya ingati.

Buat yang belum mengenali, saya sertakan biodata ringkas.
Ada dua Juha.


Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab, seorang lagi Juha berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.

1. Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang pintar, alim, dihormati. Namun pada masa yang sama beliau juga adalah orang yang lucu sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW.
Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha.

Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit.

Berkata Hafidz ibn 'Asakir :
Juha hidup lebih dari seratus tahun. Dan ini semua tertulis dalam kitab 'uyun tawarikh''
Milik Ibnu Syakir alkutubi
Dan dalam kitab ميزان الاعتدال  karya imam Adzhaby 
jilid pertama halaman: 326
tertulis:
Juha adalah seorang tabi'in(muridnya sahabat), ibunya adalah pembantunya Anas bin Malik رضي الله عنه.




2. Nasruddin Hoja merupakan seorang ulama Turki yang hidup di akhir abad 14. Nasruddin Hoja lahir di desa khortu, Sivri Hisar, Anatolia Tengah, Turki pada 776 H/ 1372 M dan meninggal di kota Ak-Shehir, Daerah Konya pada 836 H/ 1432 M dan dikebumikan di Kota itu. Ketika masih kecil Nasruddin sudah terkenal dengan kecerdikannya yang aneh. Sehingga rakan-rakannya selalu teruja mendengar percakapannya, sehingga mereka melalaikan pelajaran sekolah. Gurunya  berkata, "Nanti, bila engkau dewasa, kamu akan menjadi orang bijak. Tetapi, sebijak apa pun kata-katamu, orang akan mentertawakanmu." 
Nasruddin adalah guru sufi yang arif dan kaya dengan humor. Dia menggunakan humor untuk membuka pikiran murid-muridnya. Kerana keluasan ilmunya, Nasruddin mempunyai ramai murid yang berjumlah lebih dari 300 orang. 
Dan disinilah dia mendapat gelar "Khawja", "Hoca", "Avanti", "Efendi", atau ditempat lain diberi gelar "Maulana", "Mullah", dan "Syaikh". Di Malaysia gelar tersebut berarti "Tok Guru". Kalau di Mesir dikenali sebagai 'JUHA".

Kisah-kisah Juha terlalu banyak. Saya ingin petik cerita yang berkaitan dengan haiwan dan daging sahaja. Huhu.


Begini kisahnya :


Hanya kuah kijang sahaja yang ada.

Pada suatu hari, seorang petani telah menghadiahkan kepada Juha seekor kijang yang besar. Bagi menyatakan rasa terima kasihnya, Juha telah memasak dan menjamu petani tersebut dengan daging kijang tersebut. Apabila pulang petani tersebut menceritakan kepada adik beradiknya tentang kelazatan daging kijang yang dimasak oleh Juha.

Dua hari kemudian datanglah dua lelaki yang tidak dikenali oleh Juha. Mereka memperkenalkan diri dengan mengatakan kami adalah saudara kepada petani yang menghadiahkan kijang kepadamu tiga hari yang lalu.

Juha menghormati mereka dengan memasak daging kijang yang masih ada dan menjamu mereka. Setelah pulang, dua bersaudara tersebut menceritakan pula kepada jiran mereka tentang kelazatan masakan Juha.

Beberapa hari kemudian datanglah empat orang lelaki ke rumah Juha. Juha tidak kenal akan mereka. Kata mereka : “kami adalah jiran kepada saudara-saudara petani yang menghadiahkan kamu seekor kijang dahulu”.

Juha menghormati mereka dengan memasak baki daging kijang yang masih ada dan menjamu mereka. Setelah mereka kembali ke kampung. Mereka menceritakan keenakan masakan Juha kepada jiran masing-masing.

Selang beberapa hari, Juha dikunjungi oleh sekumpulan lelaki yang lebih ramai. Mereka berkata : “Kami adalah jiran kepada jiran saudara lelaki yang menghadiahkan kijang kepadamu dahulu”.

Masing-masing terbayang keenakan masakan Juha. Tidak lama kemudian Juha keluar dari dapur dengan membawa beberapa buah mangkuk yang berisi air.
Kata Juha : “Jemputlah minum, hanya inilah sahaja yang saya ada sekarang. Anggaplah ini adalah sup daripada daging kijang tersebut. Mungkin jika saya menghidangkan daging kijang kepada kamu semua, nanti seluruh penduduk kampung akan datang ke rumahku ini. Sedangkan daging kijang tersebut sudahpun habis dimasak.

Begitulah kisah Juha yang berkaitan dengan daging.

Apakah pengajaran dari kisah ini ?


#PermaiMenulis
#Juha




Wednesday, September 06, 2017

“Please, Sir. I want some more”

Aura daging korban masih terasa.
Agaknya sehingga stok daging korban masing-masing habis dimasak.

Menu berasaskan daging adalah makanan mewah ?
Bagi kita yang selalu jumpa daging mungkin akan kata tak lah. Sebab kami ni bukannya kaye pun. Bese-bese je. Boleh je hari-hari makan daging.

Namun hakikatnya, bukan semua yang mampu kerap makan daging. Ada yang bertemu dengan menu ini hanya beberapa kali sahaja dalam setahun.
Realitinya terdapat  umat Islam di negara-negara luar yang begitu susah. Bila tiba musim raya korban barulah depa berpeluang merasa daging. Itupun sumbangan dan bantuan dari pihak luar termasuk dari negara kita.

Tentu kita semua biasa baca iklan-iklan dari NGO-NGO yang  mempelawa sesiapa yang berminat untuk masuk bahagian korban di negara-negara seperti Kemboja, India, Kashmir termasuk di pedalaman Sabah. Sangat menyentuh perasaan kita kerana kedhoifan umat Islam.

Semasa saya berkelana di Mesir. Di sana ramai yang hidup susah, walaupun ada yang terlampau kaya. Wujud perbezaan kelas dan kasta.
Ketika bulan Ramadan, kebanyakan Masjid di sana ada menyediakan Maidah Rahman (Jamuan berbuka puasa). Tidak terkecuali masjid yang terletak berhadapan dengan rumah kami.
Menu setiap hari adalah sama. Nasi berlaukkan seketul daging yang direbus. Ramai gelandangan yang kebanyakannya berkerja sebagai penggilap kasut datang berbuka di Masjid. Suasana dah jadi macam markaz penggilap kasut. Mereka menikmati juadah daging tersebut. Sebab, di masa yang lain mereka tidak selalu dapat bertemu dengan daging.

Ketika bersekolah rendah, saya telah membaca novel Oliver Twist. Karya Charles Dickens yang diterbitkan tahun 1838. 
Cerita Oliver yang hidup susah di rumah anak yatim.  Hanya menghirup sup sahaja setiap hari. Roti hanya diberi pada hari ahad. Setiap masa mereka di situ berada dalam keadaan yang sangat lapar. Suatu hari mereka bersepakat untuk meminta tambah dan Oliver Twist dipaksa untuk menjadi wakil. 

“Please, Sir. I want some more”  kata Oliver dan menjadi tagline pada kisah ini.

Akibatnya Oliver dibuang dari rumah tersebut, dan dihantar bekerja di tempat membuat keranda. Di situ Oliver diberi makan daging, tetapi daging sisa anjing tuan rumah.
Apa jadi seterusnya ?
Boleh baca novel Oliver Twist dan zaman sekarang lagi mudah. Boleh google kat U Tube : edisi Kartun - https://youtu.be/MGOp9rwj1MY

Akhirnya Jangan lupa pada mereka yang memerlukan. Ada sikit, bagi sikit. Ada rezeki lebih, bagi banyak. Insya-Allah rezeki semakin berkat.


#PermaiMenulis
#daging
#korban

Monday, September 04, 2017

#MekahMadinahDiHati : Catatan ke lima - Dalam Perjalanan ke Mekah


#MekahMadinahDiHati
Catatan ke lima

Kapal pun telah belayar. Nak keluar dari parking pun dah berjam-jam. Kami pula mengisi masa dengan meronda, berbual, makan, tidur dan sambil-sambil mengulang kaji ilmu yang berkaitan ibadah haji.

Naik kapal laut ni, beg semua kita kena bawa dalam bilik. Tak ada lah yang letak dekat tempat barang. Jadi jangan bawa beg yang susah nak bawa.

Sebab nak sampai ke bilik kita terpaksa melalui tangga yang bertingkat-tingkat. Naik tangga sambil bawa beg. Dan tak boleh la nak mengharapkan sahabat tolong, sebab masing-masing pun terbeban dengan bagasi memasing.

Waktu solat. Kami bersolat di ruang makan/ surau secara berjamaah. Hala pergi kapal masih stabil, jadi kami masih boleh berdiri dengan tegak.

Waktu makan. Tiada waktu khusus seperti makan tengahari, minum petang dan makan malam. Kerana asyik-asyik makan.
Masing-masing membawa bekalan makanan. Kami kongsi bekalan makanan menyebabkan lauk dan makanan semakin banyak.

Makan bekalan 

Kapal melalui Terusan Suez. Ibaratnya jalan pintas yang menjimatkan masa.
Cerita mengenai Terusan Suez (sumber Wikipedia) : Terusan Suez merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia di antara Mesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), Terusan Suez berada di antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.
Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala dan menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaannya dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut melalui kenderaan darat di antara dua laut tersebut. 


Terusan Suez

Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean sehingga ke Teluk Suez di Laut Merah.





Nak sedap bersantai, naik ke tingkat atas. Dapat menyaksikan laut terbentang luas. Angin segar menyapu muka. Memang sangat bes. Sambil melihat burung-burung terbang rendah mencari ikan.
Paling indah ketika menyaksikan matahari terbenam dan terbit.

Cuma ketika itu zaman Henpon Nokia. Belum sampai tahap dapat menghasilkan  gambar berkualiti seperti hari ini. Zaman henpon sabun, daun. 2 mega pixcel dah dianggap besar, berbanding ramai yang level Vga sahaja.
Kamera digital memainkan peranan penting untuk menangkap gambar. Saya sendiri mempunyai kamera digital jenama BenQ yang dibeli dengan harga Le 800.


RABU 28/12/2005
8.00 mlm : Kami selamat memasuki kawasan MIQAT.
Berniat haji dan bersalin pakaian kepada pakaian haji. Bagi lelaki berkain ihram dan perempuan tidak boleh menutup muka. Para Jemaah dah start tertakluk kepada pantang larang dalam ibadah haji.

Debaran semakin terasa.

#PermaiMenulis
#PermaiDiHati
#MekahMadinahDiHati
#Haji