Wednesday, September 06, 2017

“Please, Sir. I want some more”

Aura daging korban masih terasa.
Agaknya sehingga stok daging korban masing-masing habis dimasak.

Menu berasaskan daging adalah makanan mewah ?
Bagi kita yang selalu jumpa daging mungkin akan kata tak lah. Sebab kami ni bukannya kaye pun. Bese-bese je. Boleh je hari-hari makan daging.

Namun hakikatnya, bukan semua yang mampu kerap makan daging. Ada yang bertemu dengan menu ini hanya beberapa kali sahaja dalam setahun.
Realitinya terdapat  umat Islam di negara-negara luar yang begitu susah. Bila tiba musim raya korban barulah depa berpeluang merasa daging. Itupun sumbangan dan bantuan dari pihak luar termasuk dari negara kita.

Tentu kita semua biasa baca iklan-iklan dari NGO-NGO yang  mempelawa sesiapa yang berminat untuk masuk bahagian korban di negara-negara seperti Kemboja, India, Kashmir termasuk di pedalaman Sabah. Sangat menyentuh perasaan kita kerana kedhoifan umat Islam.

Semasa saya berkelana di Mesir. Di sana ramai yang hidup susah, walaupun ada yang terlampau kaya. Wujud perbezaan kelas dan kasta.
Ketika bulan Ramadan, kebanyakan Masjid di sana ada menyediakan Maidah Rahman (Jamuan berbuka puasa). Tidak terkecuali masjid yang terletak berhadapan dengan rumah kami.
Menu setiap hari adalah sama. Nasi berlaukkan seketul daging yang direbus. Ramai gelandangan yang kebanyakannya berkerja sebagai penggilap kasut datang berbuka di Masjid. Suasana dah jadi macam markaz penggilap kasut. Mereka menikmati juadah daging tersebut. Sebab, di masa yang lain mereka tidak selalu dapat bertemu dengan daging.

Ketika bersekolah rendah, saya telah membaca novel Oliver Twist. Karya Charles Dickens yang diterbitkan tahun 1838. 
Cerita Oliver yang hidup susah di rumah anak yatim.  Hanya menghirup sup sahaja setiap hari. Roti hanya diberi pada hari ahad. Setiap masa mereka di situ berada dalam keadaan yang sangat lapar. Suatu hari mereka bersepakat untuk meminta tambah dan Oliver Twist dipaksa untuk menjadi wakil. 

“Please, Sir. I want some more”  kata Oliver dan menjadi tagline pada kisah ini.

Akibatnya Oliver dibuang dari rumah tersebut, dan dihantar bekerja di tempat membuat keranda. Di situ Oliver diberi makan daging, tetapi daging sisa anjing tuan rumah.
Apa jadi seterusnya ?
Boleh baca novel Oliver Twist dan zaman sekarang lagi mudah. Boleh google kat U Tube : edisi Kartun - https://youtu.be/MGOp9rwj1MY

Akhirnya Jangan lupa pada mereka yang memerlukan. Ada sikit, bagi sikit. Ada rezeki lebih, bagi banyak. Insya-Allah rezeki semakin berkat.


#PermaiMenulis
#daging
#korban

No comments: