Monday, September 04, 2017

#MekahMadinahDiHati : Catatan ke lima - Dalam Perjalanan ke Mekah


#MekahMadinahDiHati
Catatan ke lima

Kapal pun telah belayar. Nak keluar dari parking pun dah berjam-jam. Kami pula mengisi masa dengan meronda, berbual, makan, tidur dan sambil-sambil mengulang kaji ilmu yang berkaitan ibadah haji.

Naik kapal laut ni, beg semua kita kena bawa dalam bilik. Tak ada lah yang letak dekat tempat barang. Jadi jangan bawa beg yang susah nak bawa.

Sebab nak sampai ke bilik kita terpaksa melalui tangga yang bertingkat-tingkat. Naik tangga sambil bawa beg. Dan tak boleh la nak mengharapkan sahabat tolong, sebab masing-masing pun terbeban dengan bagasi memasing.

Waktu solat. Kami bersolat di ruang makan/ surau secara berjamaah. Hala pergi kapal masih stabil, jadi kami masih boleh berdiri dengan tegak.

Waktu makan. Tiada waktu khusus seperti makan tengahari, minum petang dan makan malam. Kerana asyik-asyik makan.
Masing-masing membawa bekalan makanan. Kami kongsi bekalan makanan menyebabkan lauk dan makanan semakin banyak.

Makan bekalan 

Kapal melalui Terusan Suez. Ibaratnya jalan pintas yang menjimatkan masa.
Cerita mengenai Terusan Suez (sumber Wikipedia) : Terusan Suez merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia di antara Mesir dan Semenanjung Sinai. Dengan kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki), Terusan Suez berada di antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah.
Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala dan menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaannya dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut melalui kenderaan darat di antara dua laut tersebut. 


Terusan Suez

Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean sehingga ke Teluk Suez di Laut Merah.





Nak sedap bersantai, naik ke tingkat atas. Dapat menyaksikan laut terbentang luas. Angin segar menyapu muka. Memang sangat bes. Sambil melihat burung-burung terbang rendah mencari ikan.
Paling indah ketika menyaksikan matahari terbenam dan terbit.

Cuma ketika itu zaman Henpon Nokia. Belum sampai tahap dapat menghasilkan  gambar berkualiti seperti hari ini. Zaman henpon sabun, daun. 2 mega pixcel dah dianggap besar, berbanding ramai yang level Vga sahaja.
Kamera digital memainkan peranan penting untuk menangkap gambar. Saya sendiri mempunyai kamera digital jenama BenQ yang dibeli dengan harga Le 800.


RABU 28/12/2005
8.00 mlm : Kami selamat memasuki kawasan MIQAT.
Berniat haji dan bersalin pakaian kepada pakaian haji. Bagi lelaki berkain ihram dan perempuan tidak boleh menutup muka. Para Jemaah dah start tertakluk kepada pantang larang dalam ibadah haji.

Debaran semakin terasa.

#PermaiMenulis
#PermaiDiHati
#MekahMadinahDiHati
#Haji

No comments: