Monday, October 22, 2018

Beli sahaja Kereta murah


Kancil putih yang baru dibeli Bilal Johne

Sahabat saya Bilal Johne telah membeli sebuah kereta Kancil terpakai dengan harga 3800.00.
Bagi saya berbaloi jika nak dibandingkan dengan membeli sebuah motor LC baru yang harga mencecah 6 ribu ke atas.

Pergi kuliah di Surau Taman Permai menaiki kereta Kancil

Adik saya becerita, kawannya pakai Iphone 7, ketika "nego" nak jual, ada hamba Allah yang tawarkan tukar Iphone 7 dengan kereta Proton Satria miliknya.

Sebenarnya, dengan modal yang rendah, kita masih boleh memiliki kereta.
Dewasa ini di negara kita, mempunyai kenderaan sendiri sudah merupakan suatu keperluan.
Kerana pengangkutan awam di negara kita semakin berkurangan servisnya. Tidak dinafikan muncul Grab Car di bandar-bandar. Tetapi masih tidak menyeluruh.
Kalau dulu, banyak bas dan kereta api "angkut-angkut" . Sekarang sudah tiada. Terdapat banyak kampung yang dahulunya ada bas masuk, kereta api berhenti, kini sudah lagi tiada akses dengan kenderaan awam.

Memang kereta baru yang semakin moden sentiasa berlumba keluar di pasaran. Namun bukan semua golongan yang mampu. Golongan "bawahan" hanya mampu melihat iklannya sahaja.

Penyelesaiannya mudah sahaja. Turunkan harga kereta dan banyakkan kemudahan pengangkutan awam.

Selagi harga kereta mahal dan pegangkutan awam yang terbatas, kita sebagai rakyat beli sahaja kereta terpakai yang murah-murah. Nak selesa celah mana sangatlah, asalkan sampai. Memadai ada aircond pun dah ok.


#PermaiMenulis #kereta #kenderaan #mahal #usecar

Thursday, October 11, 2018

Sila Bawa Buku

Bawa buku..

Menjadi suatu ketakutan dan boleh didenda jika tak bawa buku sesuatu pelajaran ketika bersekolah. Nak pula kalau guru tersebut garang.
Kenapa pelajar kena bawa buku ?
Sama ada buku latihan atau buku teks.

Ya ! , kita semua pernah dan telah biasa membawa buku semasa bersekolah. Tanpa sedar, ia merupakan suatu proses latihan membiasakan diri dengan buku. Walaupun kita tidak membacanya, tetapi membawa buku tersebut merupakan suatu amalan yang jika dilakukan dengan konsisten, berterusan dan tanpa jemu akhirnya  akan  menjadi  tabiat yang terpuji.
Tabiat membawa buku.

Soalnya,
Kenapa setelah dilatih sejak kecil membawa buku. Sampaikan setiap pelajar mempunyai beg sekolah, baik beg sandang mahu pun beg galas yang tentunya bertujuan untuk memudahkan membawa buku ke sekolah. Setelah meningkat dewasa amalan terpuji tersebut tidak lagi menjadi tabiat.
Kenapa ?
Tetapi tabiat merokok selepas makan boleh pula ?

Isunya,
Kebanyakan kuliah di masjid dan surau hanya guru sahaja yang membawa buku. Anak murid hanya duduk santai bersandar mendengar bicara guru. Bahkan jika ditanya pelajaran apa yang diajar guru seperti feqah, tafsir, hadis belum tentu boleh jawab.
Belum  tanya tajuk buku dan siapa pengarang buku yang digunakan oleh guru.

Sama juga dalam program halaqah ilmu (usrah). Hanya naqib sahaja yang mempunyai buku. Mereka yang lain sama ada buku tertinggal bahkan lebih malang tidak memiliki buku-buku yang dibincangkan.

Maka,
Mari kita buat perubahan.
Sila bawa buku!
Ulama pun bawa buku, kita yang biasa-biasa ni patutnya kena sedar diri.

Link-
https://t.me/AzraiePermai


https://twitter.com/AzraiePermai


http://syababgr.blogspot.com

#PermaiMenulis #buku #baca #CatatanImamKecil  #kuliah #usrah





Wednesday, October 03, 2018

Imam dan Timbalan Qadhi


Hari ini saya bersama sahabat imam masjid daerah seluruh Pahang menghadiri pertemuan bersama  YH Dato' Hj Ghazali selaku Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. Turut sama YH Dato' Badlishah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid Jabatan Agama Islam Pahang.
Selama saya ditaklifkan sebagai imam masjid daerah pelbagai gelaran 'dikurniakan' kepada kami.
Antaranya Imam Besar, Imam Daerah, Imam 1. Tetapi saya lebih dikenali dengan Imam Masjid Besar.."huhu".  

Sama juga dengan Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Agama Islam Daerah, telah melalui beberapa kali pertukaran nama gelaran.
Bermula dengan Timbalan Qadhi, kemudian Ketua Penolong Qadhi, Penolong Qadhi dan terakhir sebagai Pendaftar.
Bagi mengukuhkan institusi pentadbiran agama Islam di daerah. Maka yang terkini penggunaan gelaran Timbalan Qadhi diguna pakai bersama  untuk  KPQ/Pendaftar dan  imam besar masjid daerah/ imam 1 masjid daerah A. 
Saya masih lagi imam masjid daerah, tetapi saya membawa bersama  gelaran timbalan qadhi.
Dah macam YB Dato' Sri Ahli parlimen Pekan yang juga bergelar Orang Kaya Indera Shahbandar. 

Apa ada pada nama ?
Dengan nama dan gelaran boleh menaikkan izzah, tetapi boleh juga merosakkan jiwa. 
Hati-hati.
Teringat ketika zaman sekolah, era komik Pedang Setiawan.  'Guru' kepada Penjejak Awan dan Penjejak Badai digelar sebagai Pendekar Tanpa Nama. 

Begini kisahnya : 
Dahulu dia merupakan seorang manusia yang mempunyai nama seperti yang lain. Ibu bapanya telah meninggal dunia semasa dia kecil lagi. Kemudian dia telah diambil oleh seorang pegawai kerajaan dan diberikan nama baru. Tetapi  dia telah mendapat tahu yang bapa angkatnya itu adalah seorang pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Beliau merasa malu dan enggan mengakui yang pegawai kerajaan itu bapanya. Dan disebabkan hal inilah dia pun enggan menggunakan nama yang diberikan oleh ayah angkatnya itu dan menggelarkan dirinya...TANPA NAMA.

Link :



#PermaiMenulis #imam #nama #gelaran #CatatnImamKecil