Bawa buku..
Menjadi suatu ketakutan dan boleh didenda
jika tak bawa buku sesuatu pelajaran ketika bersekolah. Nak pula kalau guru
tersebut garang.
Kenapa pelajar kena bawa buku ?
Sama ada buku latihan atau buku teks.
Ya ! , kita semua pernah dan telah biasa
membawa buku semasa bersekolah. Tanpa sedar, ia merupakan suatu proses latihan
membiasakan diri dengan buku. Walaupun kita tidak membacanya, tetapi membawa
buku tersebut merupakan suatu amalan yang jika dilakukan dengan konsisten,
berterusan dan tanpa jemu akhirnya
akan menjadi tabiat yang terpuji.
Tabiat membawa buku.
Soalnya,
Kenapa setelah dilatih sejak kecil membawa
buku. Sampaikan setiap pelajar mempunyai beg sekolah, baik beg sandang mahu pun
beg galas yang tentunya bertujuan untuk memudahkan membawa buku ke sekolah.
Setelah meningkat dewasa amalan terpuji tersebut tidak lagi menjadi tabiat.
Kenapa ?
Tetapi tabiat merokok selepas makan boleh
pula ?
Isunya,
Kebanyakan kuliah di masjid dan surau hanya
guru sahaja yang membawa buku. Anak murid hanya duduk santai bersandar
mendengar bicara guru. Bahkan jika ditanya pelajaran apa yang diajar guru
seperti feqah, tafsir, hadis belum tentu boleh jawab.
Belum
tanya tajuk buku dan siapa pengarang buku yang digunakan oleh guru.
Sama juga dalam program halaqah ilmu
(usrah). Hanya naqib sahaja yang mempunyai buku. Mereka yang lain sama ada buku
tertinggal bahkan lebih malang tidak memiliki buku-buku yang dibincangkan.
Maka,
Mari kita buat perubahan.
Sila bawa buku!
Ulama pun bawa buku, kita yang biasa-biasa ni patutnya kena sedar diri.
Link-
https://t.me/AzraiePermai
https://twitter.com/AzraiePermai
http://syababgr.blogspot.com
#PermaiMenulis #buku #baca
#CatatanImamKecil #kuliah #usrah
No comments:
Post a Comment