Wednesday, October 03, 2018

Imam dan Timbalan Qadhi


Hari ini saya bersama sahabat imam masjid daerah seluruh Pahang menghadiri pertemuan bersama  YH Dato' Hj Ghazali selaku Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. Turut sama YH Dato' Badlishah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid Jabatan Agama Islam Pahang.
Selama saya ditaklifkan sebagai imam masjid daerah pelbagai gelaran 'dikurniakan' kepada kami.
Antaranya Imam Besar, Imam Daerah, Imam 1. Tetapi saya lebih dikenali dengan Imam Masjid Besar.."huhu".  

Sama juga dengan Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Agama Islam Daerah, telah melalui beberapa kali pertukaran nama gelaran.
Bermula dengan Timbalan Qadhi, kemudian Ketua Penolong Qadhi, Penolong Qadhi dan terakhir sebagai Pendaftar.
Bagi mengukuhkan institusi pentadbiran agama Islam di daerah. Maka yang terkini penggunaan gelaran Timbalan Qadhi diguna pakai bersama  untuk  KPQ/Pendaftar dan  imam besar masjid daerah/ imam 1 masjid daerah A. 
Saya masih lagi imam masjid daerah, tetapi saya membawa bersama  gelaran timbalan qadhi.
Dah macam YB Dato' Sri Ahli parlimen Pekan yang juga bergelar Orang Kaya Indera Shahbandar. 

Apa ada pada nama ?
Dengan nama dan gelaran boleh menaikkan izzah, tetapi boleh juga merosakkan jiwa. 
Hati-hati.
Teringat ketika zaman sekolah, era komik Pedang Setiawan.  'Guru' kepada Penjejak Awan dan Penjejak Badai digelar sebagai Pendekar Tanpa Nama. 

Begini kisahnya : 
Dahulu dia merupakan seorang manusia yang mempunyai nama seperti yang lain. Ibu bapanya telah meninggal dunia semasa dia kecil lagi. Kemudian dia telah diambil oleh seorang pegawai kerajaan dan diberikan nama baru. Tetapi  dia telah mendapat tahu yang bapa angkatnya itu adalah seorang pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Beliau merasa malu dan enggan mengakui yang pegawai kerajaan itu bapanya. Dan disebabkan hal inilah dia pun enggan menggunakan nama yang diberikan oleh ayah angkatnya itu dan menggelarkan dirinya...TANPA NAMA.

Link :



#PermaiMenulis #imam #nama #gelaran #CatatnImamKecil

No comments: