Kancil putih yang baru dibeli Bilal Johne
Sahabat saya Bilal Johne telah membeli sebuah kereta Kancil terpakai dengan harga 3800.00.
Bagi saya berbaloi jika nak dibandingkan dengan membeli sebuah motor LC baru yang harga mencecah 6 ribu ke atas.
Adik saya becerita, kawannya pakai Iphone 7, ketika "nego" nak jual, ada hamba Allah yang tawarkan tukar Iphone 7 dengan kereta Proton Satria miliknya.
Sebenarnya, dengan modal yang rendah, kita masih boleh memiliki kereta.
Dewasa ini di negara kita, mempunyai kenderaan sendiri sudah merupakan suatu keperluan.
Kerana pengangkutan awam di negara kita semakin berkurangan servisnya. Tidak dinafikan muncul Grab Car di bandar-bandar. Tetapi masih tidak menyeluruh.
Kalau dulu, banyak bas dan kereta api "angkut-angkut" . Sekarang sudah tiada. Terdapat banyak kampung yang dahulunya ada bas masuk, kereta api berhenti, kini sudah lagi tiada akses dengan kenderaan awam.
Memang kereta baru yang semakin moden sentiasa berlumba keluar di pasaran. Namun bukan semua golongan yang mampu. Golongan "bawahan" hanya mampu melihat iklannya sahaja.
Penyelesaiannya mudah sahaja. Turunkan harga kereta dan banyakkan kemudahan pengangkutan awam.
Selagi harga kereta mahal dan pegangkutan awam yang terbatas, kita sebagai rakyat beli sahaja kereta terpakai yang murah-murah. Nak selesa celah mana sangatlah, asalkan sampai. Memadai ada aircond pun dah ok.
#PermaiMenulis #kereta #kenderaan #mahal #usecar
No comments:
Post a Comment