Monday, May 10, 2021
Muqaddam Siri 15 Muka Surat 13-14
Sunday, May 09, 2021
BAGAIMANA INGIN MENGUBAH DUNIA
Friday, May 07, 2021
Barisan Pegawai masjid Daerah Lipis
Kami pegawai Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis Mengambil gambar kenangan pada hari jumaat terakhir di bulan Ramadan tahun ini bersama al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis. Sambil-sambil bagi "giftbag rayer".
#PermaiMenulis #ramadan #jumaat #lipis #jaip
Hadiah Raya Petugas Masjid
Hadiah Raya sebagai Penghargaan kepada sukarelawan yang bertugas melancarkan urusan perjalanan solat jumaat sepanjang pandemik Covid19.
Sama-sama kita jaga kita.
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791
#MasjidDaerahLipis #lipis #masjid #jaip #jakim #jumaat #GengPermai
Jumaat terakhir Ramadan
Walaupun berpuasa, petugas kawalan solat jumaat tetap menjalankan tugas.
Adat akan ada yang tak puas hati.
Ada yang berkata beria sangat nak ikut SOP.
Kesnya sebab depa kena tegur dek anggota Rela ketika nak masuk ke kawasan premis Masjid.
Macam-macam lagi ragamnya kalau nak diceritakan.
Hujung-hujung Ramadan jom menderma -
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791
#masjid #masjiddaerahlipis #jumaat #ramadan #lailatulqadar #lipis #jaip #jakim #Rela
Imam berbuka puasa
Iftar bersama-sama meraikan para imam terawih yang bertugas di Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis.
Ramadan semakin sikit bakinya. Jangan persiakannya.
Antara nikmat Ramadan ialah saat berbuka puasa.
Jom kita belanja orang berbuka puasa. Kalau tak tahu nak belanja siapa. Kami bersedia. Taja juadah iftar di masjid pun masih ada peluang.
Selain itu, jangan kerana beria nak makan terabai ibadah yang lain seperti solat maghrib.
Nak pula waktu maghrib pendek.
Kita di Ramadan ke 25. Malam ganjil di 10 malam terakhir.
#PermaiMenulis #ramadan #PerpaduanRamadan #10MalamTerakhir #iftar
Thursday, May 06, 2021
Pulihara Bangunan Lama
Bangunan lama adalah khazanah yang perlu dipulihara.
Selalu kita beria atas nama pembangunan dan kemodenan membina ratusan bangunan baru.
Tidak salah !
Tetapi bangunan lama tiada siapa yang peduli.
Walhal kalau bangunan lama terus dijaga dan digunakan, terasa lain auranya dan boleh dijadikan sebagai bangunan warisan sejarah yang menjadi tarikan pelancong dan golongan muda.
Sayangi Khazanah warisan negara.
#PermaiMenulis #warisan #sejarah #bangunanlama
Wednesday, May 05, 2021
Perang Qadisiah dalam bulan Ramadan
Parsi jatuh ke tangan Islam dalam Perang Qadisiah .
Berlaku dalam bulan Ramadan iaitu 9 Ramadan tahun 16 Hijrah.
Hanya 4 tahun selepas kewafatan Rasulullah SAW ketika pemerintahan Khalifah Umar RA.
Panglima perang ketika itu ialah Saidina Saad bin Abi Waqas.
Saidina Saad bersama pasukannya telah menyeberangi sungai Dajlah. Beliau membaca ayat 145 dari surah al-Imran :
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ كِتَـٰبًا مُّؤَجَّلًا ۗ وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ ٱلدُّنْيَا نُؤْتِهِۦ مِنْهَا وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ ٱلْـَٔاخِرَةِ نُؤْتِهِۦ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِى ٱلشَّـٰكِرِينَ
Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
(Ali-'Imran:145)
Saidina Saad dengan kudanya masuk ke dalam sungai Dajlah bersama pasukannya. Apabila tentera Parsi melihat kedatangan tentera Islam sedemikian rupa (ibarat berjalan di atas air), mereka berkata "jin telah datang, jin telah datang".
Ramadan merupakan bulan kekuatan umat Islam. Tiada yang mustahil di sisi Allah.
Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
#PermaiMenulis #PerpaduanRamadan #penghujungRamadan #ibrah
Sunday, May 02, 2021
Nilai Ukhuwwah
Ukhuwwah fillah abadan abada.
Disyarahkan dengan dalil-dalil.
Serta kisah-kisah sirah melalui
siri seminar, daurah, kuliah, wacana dan modul.
Program-program motivasi dan kem kepimpinan jarang tidak menyelitkan modul ukhuwwah di dalam slot.
Lagu nasyid dan sajak yang bertemakan Ukhuwwah sering dimainkan di dalam program-program. Terutama ketika di akhir-akhir program dan majlis wida'.
Benarkah Ukhuwwah Fillah yang dibina itu utuh ?
Atau hanya slogan sahaja.
Awak merasainya, kerana betapa ramai yang bersemangat menyanyikan lagu tema ukhuwwah, melaksanakan task modul ukhuwwah dengan jayanya kini sudah terputus hubungan. Ibarat seperti orang asing yang tidak dikenal.
Walhal ada di kalangan mereka dahulunya dijaga, dibawa, diajarin dan diangkut kemana-mana supaya mereka tidak tercicir menjadi gelandangan dan dapat bersama-sama meneruskan perjalanan.
Realitinya, ramai yang membina Ukhuwwah berasaskan material dan duit.
Kita follow dan rapat seseorang kerana dia dapat memberi kita duit, jawatan dan pekerjaan.
Bila dia tidak dapat memenuhi kehendak yang diharapkan, seperti perniagaan telah merosot, pangkat kenamaan telah tiada, telah pencen bersara.
Maka, Kita tinggalkan dia, ada yang "bye bye" tanpa sebarang ucapan.
Imam Hasan Al-Banna ada menyebutkan : Yang dikehendaki dengan ukhuwwah ialah mengikat antara hati dan jiwa dengan aqidah.
Ikatan Aqidah merupakan ikatan paling kuat dan tinggi. Ukhuwwah ialah saudara iman, manakala perpecahan ialah saudara kekufuran.
#PermaiMenulis #Ukhuwwah #realiti #PerpaduanRamadan
Saturday, May 01, 2021
Kompaun 50k dan ragam netizen
Bila viral Masjid Sri Maulana di Pekan kena kompaun RM10k. Rata-rata netizen secara berjemaah kutuk kaw-kaw KKM. Antara paling teruk kena encik pegawai kesihatan yang mengeluarkan kompaun tersebut.
Kemudian, viral pula Abang Burger di Kelantan kena kompaun RM50K oleh pihak polis.
Lagi kaw agensi seperti polis, KKM, MKN dan kerajaan kena carut dan maki dengan warga net.
Selain Fake Akaun yang ditulis oleh mereka yang tidak gentleman, golongan anak muda yang masih tidak matang dalam membuat penilaian dan lawaknya masih makan minum ditanggung mak ayah turut sama membuat komen pedas dan berbaur kurang ajar, yang kalau ditujukan kepada Mafia di Mexico mau serta merta menempah maut.
Ibarat seperti hilang kebaikan dan pengorbanan para frontliner yang sebelum ini disanjung.
Selepas dua tiga hari kecoh pasal kena kompaun. Muncul pula netizen di kalangan warga setempat yang menceritakan kisah sebenar di sebalik tabir yang berlaku.
Maka, sebahagian netizen mula menyesal kerana membuat tuduhan melulu, dan sebahagiannya terus konsisten memaki hamun di ruang-ruang media sosial termasuk ruang komen kepimpinan negara.
Nanti..
Bila muncul kes baru viral, skrip dan tingkah laku respon kepada kes tersebut sama sahaja.
Kalau macam ini tabiat rakyat kita yang cepat melatah dan merasakan diri sendiri sahaja yang betul dan bijak. Pihak berkuasa hanyalah otak udang, Presiden Biden, Presiden Putin mahupun Presiden Erdogan pun pening kepala dapat rakyat macam ni.
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”
Pesanan :
Apabila kita mendapat sesuatu berita. Jangan cepat melatah. Selidiki dahulu dengan cermat. Rujuklah sumber yang rasmi dan boleh dipercayai.
#PermaiMenulis #Ramadan #PerpaduanRamadan #viral
Friday, April 30, 2021
Jom ternak lebah kelulut
Firman Allah SWT dan Sabda Rasulullah SAW adalah benar. Manakala pengalaman, kajian, apatah lagi sangkaan boleh jadi tidak benar dan tidak sesuai.
Pernah Saidina Abu Said Al-Khudri RA mengadu kepada Rasulullah SAW tentang ahli keluarganya yang mengalami sakit perut.
Sabda Rasulullah SAW : " Berilah dia minum madu" (kerana Allah SWT telah berfirman bahawa madu adalah penyembuh bagi penyakit).
Pendekkan cerita beberapa kali sahabat tadi mengadu kepada Rasulullah SAW yang beliau telah memberikan madu namun sakitnya semakin berat.
Rasulullah SAW tetap menyuruhnya memberi madu kepada si pesakit.
Sabda Rasulullah SAW : " Firman Allah adalah benar dan perut adikmu lah yang berbohong, pergilah dan berilah dia minum madu"
Setelah itu, sakit perut yang dialami telah sembuh.
Masalah zaman kita ni, memang banyak madu di pasaran. Tetapi ada juga yang buat onar, jual madu palsu.
Sebelum ini dikatakan madu Yaman antara yang power dan harganya pun power. Tetapi ada pendedahan yang menyebutkan perlu berhati-hati untuk membelinya kerana ada juga scammer madu Yaman.
Kami ada beberapa sarang Madu Kelulut yang diselia oleh adik saya.
Dapatlah buat minum kami adik beradik.
Saya syorkan pada kalian untuk menternak lebah kelulut secara kecilan. Pasti pengalamannya menarik.
#PermaiMenulis #madu #lebah #kelulut #perpaduanramadan
Jom menderma di hari jumaat pada bulan Ramadan ini :
Permai Di Hati Kelab Remaja Permai Care Pahang Permai Care Pahang
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Perkim LIPIS
Perkim Cawangan Daerah Lipis
Cimb : 8005454945
Bank Rakyat : 111341009946
Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis
Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791
Thursday, April 29, 2021
Ziarah Ramadan
Kami berziarah ke rumah Puan Fauziah di Taman KSM Lipis.
Beliau diuji dengan kanser payudara pada tahun 2017 dan otak dikesan pada tahun 2020.
Kini beliau tidak mampu berjalan.
Suaminya pula mengalami penyakit tulang belakang dan tidak boleh bekerja berat.
Anaknya bersekolah di SK Clifford dan Tadika.
Walaupun Puan Fauziah menerima bantuan JKM dan suaminya menerima bantuan MUIP.
Namun masih tidak dapat menampung sepenuhnya kos kehidupan yang semakin tinggi.
Kami mengalukan kepada para dermawan sekalian untuk membantu meringankan bebanan keluarga Puan Fauziah. Boleh hubungi 017-3784402
Semoga mereka sekeluarga tabah, cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791
#cakna #masjidcakna #PerpaduanRamadan #Lipis #MasjidSultanMahmud #MasjidDaerah #Pahang
Ziarah kebakaran
Kami dari Masjid Sultan Mahmud berziarah dan menyampaikan sumbangan kepada Cikgu Rosli. Rumah beliau di Taman Permai terbakar pada malam 25 April 2021.
Semoga Cikgu Rosli sekeluarga tabah menghadapi ujian lebih-lebih lagi berlaku dalam bulan Ramadan.
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791
#Masjid #lipis #ramadan #musibah #ziarah #GengPermai #PerpaduanRamadan
Tuesday, April 27, 2021
Terima Zakat Risda dari Perdana Menteri
Saya Mewakili Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis , menerima Zakat korporat daripada RISDA Malaysia yang disampaikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin , Perdana Menteri di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu pejabat Risda Kuala Lumpur bersempena Majlis Penyampaian Dividen Risda dan Felcra 2021.
Saya tertarik dengan ucapan aluan daripada Bos Risda yang menyatakan YAB Tan Sri Muhyiddin adalah perdana menteri pertama yang menjejakkan kaki ke ibu pajabat Risda semenjak Risda ditubuhkan pada tahun 1973.
Program yang sangat ringkas dan mengikut masa yang tertera di tentatif.
Bahkan tamat tak sampai sejam. Sangat menarik untuk dipraktikkan di program-program peringkat daerah, jabatan dan negeri.
Terima kasih tidak terhingga kepada Risda Malaysia, khususnya Risda Lipis yang berusaha sepenuhnya sehingga Masjid Sultan Mahmud terpilih menerima zakat daripada Risda.
Juga penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada Cik Nazir dan Cik Din yang mengiringi saya ke Kuala Lumpur. Moga Allah SWT kurniakan kesihatan dan keberkatan di atas jasa khidmat mereka yang terbaik.
#PermaiMenulis #risda #lipis #salamluarbandar #zakat
Monday, April 26, 2021
Kapal selam tenggelam
Cerita kapal selam KRI Nanggala 402 yang berakhir dengan tragis.
Aset itu dibina pada 1978 dan diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981 serta pernah dibaik pulih pada 1989 di Jerman, kemudian di Korea Selatan pada 2012, bagi penggantian struktur dan naik taraf ke atas sistem penggerak, sonar dan senjata.
Kalau nak bandingkan dengan motorsikal dan kereta. Rasanya susah nak jumpa kenderaan tahun 70an dan 80an di jalan raya sekarang.
Sudah masuk kategori antik.
Barang antik yang biasanya dijumpai di muzium masih digunakan sebagai aset pertahanan negara.
Harganya memang sangat mahal sesuai dengan peranannya.
Keupayaan Jangka hayatnya mungkin tidak sama dengan kenderaan kereta motor kita. Gamaknya lah.
Malaysia mempunyai dua buah kapal selam Dilancar pada 23 Oktober 2007 dan tiba di Malaysia pada 3 September 2009. Namun pada bulan Disember 2009 telah mengalami kerosakan dan pada 22 Februari 2010 kapal selam ini dibenarkan untuk beroperasi kembali. Maksudnya usia kapal selam negara kita telah berumur lebih daripada 10 tahun.
Semoga negara kita di dalam lindungan Allah SWT dan dijauhkan dari segala bala bencana.
#PermaiMenulis #kapalselam #takziah #nanggala402
Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Sunday, April 25, 2021
Berbuka puasa dengan Kek
Iftar Permai Di Hati diserikan dengan kiriman Kek dan buah strawberi 😋,
Buah strawberi memenuhi atas kek, nak makan kek kena makan buah dulu. Haha.
Katanya prodak osem Mamasab.
Bolehlah Aokme oder dengan Asilah MamasabBakery Ain Nasuha MamasabBakery Nadhirah Roslan untuk dapatkan buah stawberi dan kek.
Antara Kenikmatan ketika berpuasa ialah saat berbuka puasa. Nak pula dapat berbuka dengan geng sekepala. Menu meggi kosong je pun dah rasa best sangat.
#PermaiMenulis #iftar #puasa #ramadan #kek #PerpaduanRamadan
Thursday, April 22, 2021
Azan awal sebelum masuk waktu berbuka puasa
Kecoh azan maghrib di sebuah masjid dilaungkan awal beberapa minit dek kerana jam waktu solat di masjid berkenaan mengalami masalah teknikal.
Kalau bukan dalam bulan Ramadan mungkin takde lah isu sangat.
Ini berlaku dalam bulan Ramadan, saat ketika semua orang Islam sedang menanti saat azan maghrib dilaungkan.
Bagi yang terlibat dalam dunia imam dan bilal, tersalah azan adalah perkara yang walaupun tidak selalu, tetapi pernah terjadi.
Saya sendiri lebih berminat merujuk aplikasi waktu solat dalam gajet. Kerana bila berlaku sebarang perubahan, sistem automatik akan "update".
Kalau menggunakan jam waktu solat walaupun digital yang kebanyakan masjid dan surau menggunakannya, kita masih perlu "update" secara manual.
Asalnya masjid kami sudah lama tidak ada jam waktu solat. Kerana dulu, sering bilal ditegur kerana azan tak ikut masa pada jam tersebut. Sebabnya tiada siapa yang "rajin" sebenarnya agak leceh untuk kemas kininya.
Berbeza dengan aplikasi di henpon yang akses dengan internet, tak perlu dah nak beria ejas secara manual.
Tetapi bila ada hamba Allah yang sponser tv jam waktu solat di masjid kami, terima sahajalah. Banyak kali dah waktu solat di jam waktu solat tersebut tak sama dengan jadual waktu yang semasa. Nak pula sebelum ini kita ada isu dengan waktu solat subuh yang dilewatkan, dan yang terkini waktu solat Isyak juga dilewatkan 4 minit. Mujur ada "ejen" yang tolong update kan.
Terdapat juga jam tangan yang ada waktu solat dan arah kiblat.
Jenama yang "legen" tentunya Casio Prayer Compas. Zaman saya belajar dahulu, sahabat-sahabat pakat beli di Mekah semasa menunaikan haji, sebab harganya masa itu hanyalah 100 Rial. Tapi sekarang tak dapat dah dengan harga itu.
Kemudian muncul pula jenama-jenama lain seperti Fajr, Buruj dan lain-lain.
Tetapi zaman sekarang, kalau nak pakai jam tangan yang lebih banyak fungsinya termasuk mempunyai aplikasi waktu solat dan kiblat tanpa perlu pening kepala dengan masa solat yang tak selari dengan waktu solat semasa, saya syorkan gunakan jam tangan pintar seperti Apple Watch, Samsung Galaxy Watch. Namun harganya pun agak mahal. Saya sendiri belum ada keperluan untuk menggunakannya.
Apapun, kita tiada alasan untuk tidak solat dengan hanya sebab tak tahu masuk waktu solat. Aplikasi waktu solat secara tak langsung dapat mengingatkan kita dengan Ibadah solat dan hubungan hamba kepada Allah.
#PermaiMenulis #solat #ramadan #jam #waktu
*Gambar selepas berbuka puasa berlatarkan warna kemerahan senja.
Wednesday, April 21, 2021
Mengaji Muqaddam Siri 14, Muka surat 12-13
Monday, April 19, 2021
Kenapa murtabak popular di bulan Ramadan
Resam pada bulan Ramadan. Gerai murtabak sering menjadi tumpuan. Kedai yang "biasa-biasa" pun beratur apatah lagi kedai yang dah ada jenama.
Antara yang ternama di belah Pekan tentunya murtabak Mengkasar, Mawar, Deris.
Di daerah Jerantut ada Murtabak Ferry, Syed, Fauzi dan banyak lagi.
Bagi yang nak makan murtabak tapi malas nak beratur. Beli sahaja yang 'frozen', sekarang banyak dijual di pasaraya.
Kenapakah murtabak popular masa bulan Ramadan?
Adakah kerana adat atau keinginan nak makan. Huhu.
#PermaiMenulis #murtabak #iftar #ramadan
Saturday, April 17, 2021
Jubah Hitam dan Sanitasi Coway
Selepas jumaat pihak Coway datang membuat sanitasi percuma di masjid. Katanya siapa-siapa yang berhajat untuk buat sanitasi di rumah pun boleh.
Depa guna ubat khas keluaran Coway sendiri.
Kome ingatkan Coway hanya buat servis mesin air je, rupanya depa juga mengambil insiatif membuat sanitasi ketika pandemik Covid melanda kita semua.
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada pihak Coway.
Dalam gambar ini, kelihatan saya memakai jubah hitam yang juga merupakan pakaian rasmi bagi pegawai Masjid di dalam negeri Pahang.
Agak-agak deme la kan berapa usia baju jubah kome ini ?
Jubah hitam ini, saya tempah di kedai Arwah Abang Man letaknya berhampiran Mydin Kuantan semasa saya sedang belajar di Maahad Tahfiz Masjid Negeri Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan Dalam tahun 2001. Waktu itu kebanyakan pelajar maahad menempah baju di kedai Arwah Abang Man.
Jadi berapa tahunkah usia jubah hitam kome ini.
Tahun 2021-2001 = 20 tahun.
Maka, baju jubah hitam yang saya pakai dalam gambar itu usianya 20 tahun. Masih utuh jahitnya dan tidak usang lagi.
Saya sertakan posting tulisan pasal arwah Abang Man yang ditulis tahun 2015 :
http://syababgr.blogspot.com/2015/08/kenangan-bersama-mushaf-al-quran.html?m=1
Tak perlu kita terpengaruh dengan orang yang suka berbelanja membeli pakaian. Pakai je ala kadar. Baju 20 tahun pun masih smart dan tidak ketinggalan zaman.
Soalnya mungkin ada yang kata tak muat dah. Tapi alhamdulillah saya ok je. Huhu.
Jom bulan Ramadan kita banyakkan infaq.
NGO Permai :
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Perkim Cawangan Daerah Lipis
Cimb : 8005454945
Bank Rakyat : 111341009946
#PermaiMenulis #jubah #masjid #imam #GengPermai #bajulama #kenangan
Solat jumaat pertama dalam bulan Ramadan
Wednesday, April 14, 2021
Hujan lebat puasa hari ke dua.
Petang pada hari kedua puasa ramadan, sama seperti semalam. Hujan lebat berserta guruh dan kilat bersahutan.
Buat peniaga bazar semoga dipermudahkan urusan. Moga Allah lindungi kita semua.
#PermaiMenulis #Ramadan
Tuesday, April 13, 2021
Solat terawih di masjid
Monday, April 12, 2021
Sarapan sehari sebelum Ramadan
Kami mencari sarapan pagi tadi, banyak juga kedai yang memilih untuk "start" awal cuti.
Mungkin Persiapan menyambut Ramadan.
Sambut Ramadan nak kena buat persiapan juga ke?
Walhal sambut Ramadan lagilah kita kena beria berbanding nak sambut raya.
Jom ubah.
#PermaiMenulis #menjelangramadan #sarapan
Sunday, April 11, 2021
Timbalan Menteri Luar Bandar
Semarak Ramadan
Wednesday, April 07, 2021
Mengaji Alquran di Lipis
Tuesday, April 06, 2021
Ikan sungai Jelai
Ada peminatnya.
Ikan ini dihantar dalam keadaan masih hidup.
Maknanya masih baru 'ditangkap' dah ada pembeli.
Katanya dapat kat sungai Jelai.
Harga berbeza-beza. Ada harga peraih, harga member, harga kena kapok, macam-macam.
Untuk ikan ini, si pembeli membeli dengan orang tengah RM 25 sekilo darab dengan 13Kg. Jadi jawapannya berapakah harganya ?
Orang tengah pula selamba je beritahu, dia dapat dengan harga RM20 sekilo. Huhu.
Saya bukanlah siapa-siapa dalam cerita ikan ini. Kebetulan sahaja berada di samping ikan ini. Haha.
Apa macam Rafi Kamaruddin asyik 'pikul' ikan cenonet je, meh la kendong ikan besor pulak.
#PermaiMenulis #Ikan #sungai #lipis
Ramadan dah hampir.
Moh kita belajar mengaji al-Quran
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7
Monday, April 05, 2021
Mengaji Muqaddam Siri 13, Muka surat 12
https://youtu.be/XllPyCaNakE
Sunday, April 04, 2021
Ziarah mangsa Ribut di Lipis
Kami Permai Care Pahang Permai Di Hati dan YADIM PAHANG menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Muhammad Hafiz bin Mat Rafik, lepasan SPM 2020 Sekolah Menengah Agama Padang Tengku dan Ameer Hakim bin Hasbullah, pelajar tingkatan 5 SMA Padang Tengku.
Rumah mereka mengalami kerosakan akibat dilanda ribut yang kuat pada hari jumaat yang lalu.
Angin boleh memberi ketenangan dan keselesaan kepada kita.
Namun sekelip mata ia boleh berubah watak menjadi ancaman.
Semasa sekolah rendah, saya pernah membaca cerpen dalam majalah Dewan Pelajar mengenai kisah angin baik berlawan dengan angin jahat.
Semoga kita semua dijauhkan dari wabak dan bala bencana.
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
#PermaiMenulis #Yadim #SukarelawanYadim #GengPermai #jaip #smapt
Friday, April 02, 2021
Test Kereta Ativa
Kereta baru akan sentiasa dikeluarkan.
Thursday, April 01, 2021
Jeti Sungai Pahang
Lama benar saya tak jejak kaki ke sini. Terakhir pada tahun 1999 yang lampau. Walaupun jalan utamanya sering saya lalu. Tapi tak masuk ke simpang. Kebetulan kali ini ada kesempatan untuk masuk ke simpang.












































