Saturday, May 01, 2021

Kompaun 50k dan ragam netizen

Bila viral Masjid Sri Maulana di Pekan kena kompaun RM10k. Rata-rata netizen secara berjemaah kutuk kaw-kaw KKM. Antara paling teruk kena encik pegawai kesihatan yang mengeluarkan kompaun tersebut.

Kemudian, viral pula Abang Burger di Kelantan kena kompaun RM50K oleh pihak polis.
Lagi kaw agensi seperti polis, KKM, MKN dan kerajaan kena carut dan maki dengan warga net.

Selain Fake Akaun yang ditulis oleh mereka yang tidak gentleman, golongan anak muda yang masih tidak matang dalam membuat penilaian dan lawaknya masih makan minum ditanggung mak ayah turut sama membuat komen pedas dan berbaur kurang ajar, yang kalau ditujukan kepada Mafia di Mexico mau serta merta menempah maut.

Ibarat seperti hilang kebaikan dan pengorbanan para frontliner yang sebelum ini disanjung.

Selepas dua tiga hari kecoh pasal kena kompaun. Muncul pula netizen di kalangan warga setempat yang menceritakan kisah sebenar di sebalik tabir yang berlaku.

Maka, sebahagian netizen mula menyesal kerana membuat tuduhan melulu, dan sebahagiannya terus konsisten memaki hamun di ruang-ruang media sosial termasuk ruang komen kepimpinan negara.

Nanti..
Bila muncul kes baru viral, skrip dan tingkah laku respon kepada kes tersebut sama sahaja.

Kalau macam ini tabiat rakyat kita yang cepat melatah dan merasakan diri sendiri sahaja yang betul dan bijak. Pihak berkuasa hanyalah otak udang, Presiden Biden, Presiden Putin mahupun Presiden Erdogan pun pening kepala dapat rakyat macam ni.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”

Pesanan :
Apabila kita mendapat sesuatu berita. Jangan cepat melatah. Selidiki dahulu dengan cermat. Rujuklah sumber yang rasmi dan boleh dipercayai.

#PermaiMenulis #Ramadan #PerpaduanRamadan #viral

No comments: