Ukhuwwah fillah abadan abada.
Disyarahkan dengan dalil-dalil.
Serta kisah-kisah sirah melalui
siri seminar, daurah, kuliah, wacana dan modul.
Program-program motivasi dan kem kepimpinan jarang tidak menyelitkan modul ukhuwwah di dalam slot.
Lagu nasyid dan sajak yang bertemakan Ukhuwwah sering dimainkan di dalam program-program. Terutama ketika di akhir-akhir program dan majlis wida'.
Benarkah Ukhuwwah Fillah yang dibina itu utuh ?
Atau hanya slogan sahaja.
Awak merasainya, kerana betapa ramai yang bersemangat menyanyikan lagu tema ukhuwwah, melaksanakan task modul ukhuwwah dengan jayanya kini sudah terputus hubungan. Ibarat seperti orang asing yang tidak dikenal.
Walhal ada di kalangan mereka dahulunya dijaga, dibawa, diajarin dan diangkut kemana-mana supaya mereka tidak tercicir menjadi gelandangan dan dapat bersama-sama meneruskan perjalanan.
Realitinya, ramai yang membina Ukhuwwah berasaskan material dan duit.
Kita follow dan rapat seseorang kerana dia dapat memberi kita duit, jawatan dan pekerjaan.
Bila dia tidak dapat memenuhi kehendak yang diharapkan, seperti perniagaan telah merosot, pangkat kenamaan telah tiada, telah pencen bersara.
Maka, Kita tinggalkan dia, ada yang "bye bye" tanpa sebarang ucapan.
Imam Hasan Al-Banna ada menyebutkan : Yang dikehendaki dengan ukhuwwah ialah mengikat antara hati dan jiwa dengan aqidah.
Ikatan Aqidah merupakan ikatan paling kuat dan tinggi. Ukhuwwah ialah saudara iman, manakala perpecahan ialah saudara kekufuran.
#PermaiMenulis #Ukhuwwah #realiti #PerpaduanRamadan
No comments:
Post a Comment