Wednesday, April 03, 2019

Israk mikraj dan perubahan pada diri


Musim ceramah  Israk Mikraj. Masjid, surau dan lain-lain seperti sekolah, pejabat kebiasaannya akan menganjurkan program ceramah bersempena dengan Israk Mikraj.
Kisah Rasulullah diperjalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis sebelum naik ke langit. Di sana  Rasulullah menerima taklifan untuk menunaikan solat fardhu 5 waktu.
Ada banyak pengajaran dan dapatan yang boleh  diambil dari peristiwa ini.
Jangan  mendengar ceramah sekadar halwa telinga sahaja. Tetapi paling penting, setelah mendengar kisah Israk Mikraj, kita sendiri bagaimana ?
Ada perubahan atau sama sahaja dengan sebelum mendengar ceramah tersebut.
Pesanan buat penceramah.. jangan hanya semata-mata  nak bagi orang seronok dengar ceramah kita, maka banyak cerita-cerita penyedap yang belum pasti sahih dipenglipurlarakan.
Atau terlalu banyak jenaka dan cerita yang meleret sehingga menghilangkan point utama.
Cadangkan pelan tindakan yang perlu diambil oleh pendengar setelah mendengar ceramah yang disampaikan.
Link :
https://t.me/AzraiePermai
https://twitter.com/AzraiePermai
https://www.facebook.com/azraie.permai
http://syababgr.blogspot.com/
#PermaiMenulis #ibrah #israkmikraj 

Tuesday, April 02, 2019

Cara nak hapuskan Kromtech dan Qsearch yang jadi Virus

Dah beberapa lama, enjin carian (search) laptop saya ini keluar “Qsearch”. Nak bagi boleh  membuka laman yang diingini,  cukup tidak selesa dengan gangguan-gangguan yang muncul, dan keluar pula tetingkap baru “kromtech”.

Bahasa mudahnya, Qsearch dan Kromtech anasir yang perlu dihapuskan. Maka kaedah nak hapusnya boleh “google je.”
Ada web yang mencadangkan untuk download software-software tertentu.  Tak selesai juga masalah. Software-software pula biasanya untuk akses full bagi setelkan masalah virus kena bayar.

Maka cari panduan manual yang boleh hapuskan “kotoran degil”.

Bagi yang guna Chrome.
Klik Chrome,
Pilih Preferences,


Cari Search engine,
Set kan Google atau lain-lain seperti Yahoo


Pilih Manage Search Engines,


Remove from list mana yang tak berkenaan. Seperti remove Qsearch.



Bagi yang guna Safari.

Klik Safari,
Pilih Preferences,


Pilih General,
Tetapkan di ruangan Homepage : Google atau lain-lain seperti Yahoo. Jangan Qsearch pula.


Pilih Privacy,
Remove all website data.

Begitulah yang kome amalkan selaku pengguna laptop amatur. Harapnya bersihlah dari segala anasir luar yang mendatangkan masalah pada laptop ni.

#PermaiMenulis #kromtech #qsearch #laptop #virus #dakyah



Monday, April 01, 2019

Qiraat Bahasa Melayu

Loghat percakapan kita berbeza-beza mengikut tempat.
Perbualan malam ini di masjid, ada ahli jemaah yang tidak faham maksud “tengkoh”.
Kalau tengok pengertiannya di kamus dewan, tengkoh bermaksud candu yang dimasak. “Huhu.”

Tetapi mengikut bahasa orang Pahang, tengkoh maksudnya mengetuk sesuatu dengan perlahan.

Contoh ayat : Cuba tengkoh senduk tu.

Lain halnya pula bila guna perkataan “katok”
Ejaan katak ada yang menyebut  dengan “katok”. Orang tempatan kome la tuh. Tayar disebut “tayor”.
Katak adalah sejenis binatang. Katok pula bermaksud pukul.

Lain tempat, lain bunyi dan fahamnya.

#PermaiMenulis #loghat #capen



Thursday, March 28, 2019

Jom Ngaji Quran di KEMAS Lipis


Hari ini berkesempatan bersama dalam program pelancaran Jom Ngaji Quran peringkat Kemas Daerah Lipis. 
Program diadakan di bengkel kelas jahitan kemas. 
Saya menyampaikan cerita-cerita berkenaan al-Quran sebagai panduan dan motivasi bersama. Para peserta juga menerima modul JNQ yang berorientasikan kaedah Iqra' .
Saya selitkan juga, Pustaka Darul Fikir adalah satu-satunya  penerbit rasmi Buku Iqra'. Maaf cakap, Kebanyakan buku Iqra' yang dijual di pasaran adalah "tak ori" 
Semoga semuanya terus bersemangat untuk mempelajari al-Quran. 





Ketua kelas Menerima modul JNQ. Semoga istiqamah.


#PermaiMenulis #PermaiMengaji #kemas #JNQ #JomNgajiQuran #iqra #darulfikir 

Monday, March 18, 2019

Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Lipis tahun 2019

MAT Perkim Lipis tahun 2019 diadakan di Hotel Star Well Bandar baru lipis. Antara hotel yang mempunyai ruang parking kenderaan yang selesa.

MAT tahun ini dirasmikan oleh YB Dato' Mustafa bin Long, Adun Padang Tengku mewakili YAB Menteri Besar Pahang. YAB MB Meluluskan peruntukan berjumlah RM 5k kepada Perkim Lipis.

Antara intipati yang disebut oleh YB Dato' Mus dalam ucapan perasmiannya, mafhumnya ialah hampir keseluruhan perwakilan terdiri daripada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Kita perlu mencari pelapis generasi muda untuk meneruskan kelangsungan yang telah dimulakan oleh generasi terdahulu.

MAT sesi ini ada pemilihan AJK. AJK merupakan tonggak utama sesebuah organisasi. AJK yang cergas akan menghasilkan sesebuah organisasi yang aktif. Tetapi jika AJK lesu atau tiada funtion, natijahnya organisasi akan muram. Tiada dan kurang aktiviti dan program.

Kebiasaan apabila pemilihan mana-mana jawatankuasa, ada yang main cadang "je" nama-nama yang dikenali. Atau pun kekal sahaja AJK yang lama.
Paling terbaik, kaedah syura diamalkan. Pilih mereka yang berpotensi untuk memberi komitmen. Jika ingin perhalusi lagi, pilih calon yang berkelayakan mengikut unit-unit. Contohnya untuk unit kebajikan, siapa yang paling 'pro' untuk unit tersebut. Untuk ekonomi, siapa yang difikirkan champion dalam gerak kerja projek ekonomi, begitu jugalah semua unit-unit. Hasilnya sesebuah organisasi akan mendapat AJK yang 'hidup' dan berperanan. Tidak timbul masalah AJK hanya tunggul dan perhiasan sahaja.
Apa pun, tahniah dan takziah diucapkan kepada AJK Perkim Lipis yang dilantik bagi sesi 2019-2021. Semoga dapat menjalankan taklifan sebaiknya. Percayalah amanah ini sebagai amal yang akan membuahkan saham untuk kepentingan dan keuntungan di alam akhirat nanti. 
Insya-Allah.


Di Hadapan Hotel Star Well, Bandar baru Kuala Lipis





Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis selaku pengerusi Perkim Lipis bersama YB Dato' Mustafa Long





bergambar kenangan bersama perasmi MAT

 Datin Hamizah dan Sarjan Arifin selaku 'jurugambar bidan terjun'

#Perkim #PermaiMenulis #Mat #taklifan #lipis

Monday, March 11, 2019

Musim Mesyuarat Agung Tahunan


Musim Mesyuarat Agung bagi kebanyakan pertubuhan seperti NGO dan koperasi.
Bagi unit-unit yang masih belum mengadakan aktiviti biasanya “pulun saat akhir” . Jika tiada program, perwakilan akan menghujum kepada AJK. Apa susah, masa pemilihan nanti pilihlah AJK baru yang diandai cergas dan aktif.

Ahli kena saport AJK. Jangan biarkan AJK bersendirian menanggung beban. Saya tertarik dengan perumpamaan yang diberi oleh Sang Murabbi “Orang lantik kita jadi imam, tapi bila imam pandang belakang tiada makmum yang ikut, pakat lari belaka makmum”

Ada pula yang berpandangan sendiri dengan menyatakan lebih indah duduk bersendirian dari bercampur dalam kesatuan. Betul ke ?

Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai".
(Hadis riwayat Ahmad)



 Bersama Puan Zerafina selaku Setiausaha Perkim Lipis. Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Lipis dijadualkan pada hari ahad, 17 Mac 2019 di Hotel Starwell Lipis.
  
#PermaiMenulis #NGO #MAT #Kesatuan