MAT Perkim Lipis tahun
2019 diadakan di Hotel Star Well Bandar baru lipis. Antara hotel yang mempunyai
ruang parking kenderaan yang selesa.
MAT tahun ini dirasmikan
oleh YB Dato' Mustafa bin Long, Adun Padang Tengku mewakili YAB Menteri Besar
Pahang. YAB MB Meluluskan peruntukan berjumlah RM 5k kepada Perkim Lipis.
Antara intipati yang
disebut oleh YB Dato' Mus dalam ucapan perasmiannya, mafhumnya ialah hampir
keseluruhan perwakilan terdiri daripada mereka yang berumur 50 tahun ke atas.
Kita perlu mencari pelapis generasi muda untuk meneruskan kelangsungan yang
telah dimulakan oleh generasi terdahulu.
MAT sesi ini ada
pemilihan AJK. AJK merupakan tonggak utama sesebuah organisasi. AJK yang cergas
akan menghasilkan sesebuah organisasi yang aktif. Tetapi jika AJK lesu atau
tiada funtion, natijahnya organisasi akan muram. Tiada dan kurang
aktiviti dan program.
Kebiasaan apabila
pemilihan mana-mana jawatankuasa, ada yang main cadang "je" nama-nama
yang dikenali. Atau pun kekal sahaja AJK yang lama.
Paling terbaik, kaedah
syura diamalkan. Pilih mereka yang berpotensi untuk memberi komitmen. Jika
ingin perhalusi lagi, pilih calon yang berkelayakan mengikut unit-unit.
Contohnya untuk unit kebajikan, siapa yang paling 'pro' untuk unit tersebut.
Untuk ekonomi, siapa yang difikirkan champion dalam gerak kerja projek
ekonomi, begitu jugalah semua unit-unit. Hasilnya sesebuah organisasi akan
mendapat AJK yang 'hidup' dan berperanan. Tidak timbul masalah AJK hanya
tunggul dan perhiasan sahaja.
Apa pun, tahniah dan
takziah diucapkan kepada AJK Perkim Lipis yang dilantik bagi sesi 2019-2021.
Semoga dapat menjalankan taklifan sebaiknya. Percayalah amanah ini sebagai amal
yang akan membuahkan saham untuk kepentingan dan keuntungan di alam akhirat
nanti.
Insya-Allah.
Di Hadapan Hotel Star Well, Bandar baru Kuala Lipis
Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis selaku pengerusi Perkim Lipis bersama YB Dato' Mustafa Long
bergambar kenangan bersama perasmi MAT
Datin Hamizah dan Sarjan Arifin selaku 'jurugambar bidan terjun'
#Perkim #PermaiMenulis #Mat #taklifan #lipis
No comments:
Post a Comment