Saturday, May 02, 2020
KALAAMI Siri 1 : Nuzul al-Quran
Thursday, April 30, 2020
Generasi yang diimpikan Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Maka, "peluang" menjalani Ramadan dalam musim PKP wajar diisi dengan aktiviti dan amalan yang bermanfaat. Selain bertadarus mengaji al-Quran, penuhi masa dengan menambahkan thaqafah.
Saya sarankan, baca buku-buku yang boleh menambahkan kefahaman Islam dan menaikkan semangat kita.
Antaranya buku جيل النصر المنشود (Generasi /Pemuda Yang Diimpikan/Dijanjikan/Menang)
karya Prof Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
Thursday, April 23, 2020
Membaca buku Anak Raja dengan Anak Papa
Monday, April 20, 2020
Catatlah pengalaman PKP
Pengalaman ini perlu direkodkan. Sama ada ditulis, dirakam dalam bentuk gambar dan video. Supaya menjadi rujukan buat generasi akan datang.
Kita dapat tahu semasa zaman silam pernah berlaku masjid ditutup, kurantin berdasarkan catatan bertulis semasa itu.
Contohnya kalau ditelusuri catatan sejarah Masjidil Haram, sudah 40 kali masjid itu ditutup bermula 865 hingga 1987 akibat pelbagai sebab seperti peperangan, kebakaran dan wabak penyakit, selain proses baik pulih.
Imam Ahmad dalam Musnadnya mencatat beberapa sahabat yang meninggal dunia akibat wabak penyakit, di antaranya Abu Ubaidah al-Jarrah dan Muaz bin Jabal.
Ibnu Hajar dalam kitab Inba' al-Ghumr bi Abna al-'Umr mencatat peristiwa wabak yang membawa kepada kematian di Mekah, termasuk di Masjidil Haram. 40 orang meninggal dunia setiap hari. Bahkan dalam sebulan ada sekitar 1700 orang meninggal dunia. Peristiwa tersebut menyebabkan orang-orang mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan solat di Masjidil Haram.
Thursday, April 16, 2020
Cerita Fulan Masuk Hospital
Wednesday, April 08, 2020
Aktiviti Kelab Remaja Permai dari Rumah musim PKP
Sunday, April 05, 2020
Bila semua nak pegang stering
Friday, April 03, 2020
Jawab soalan susah
Kata Bro Amirul Amin target soalan KBAT dulu, walaupun susah tapi markahnya besar.
Saya teringat zaman kanak-kanak dulu, ketika itu saya membaca Komik Penyiasat Remaja (Sekolah Detektif Q). Kyuu terpilih memasuki sekolah penyiasatan tersebut walaupun hanya menjawab satu soalan sahaja ketika ujian. Tetapi soalan yang dijawab oleh Kyuu adalah soalan yang terpayah sekali. Soalan lain Kyuu tidak sempat jawab kerana Kyuu masuk lewat ke dewan peperiksaan, tinggal minit-minit akhir sahaja.
Tapi kalau dalam peperiksaan sebenar, jangan buat macam Kyoo ni, komik boleh lah.
Usahakan untuk menjawab sebaiknya. Kalau tak tahu ?
Ini kaedah yang senior ajar semasa di Mesir dulu, jangan biarkan kertas jawapan kosong, tak tahu tulis je lah apa-apa yang tahu. Biar pun jawab merepek.
Tetapi saya percaya, kita semua inginkan yang terbaik..buat para pelajar, teruskan berusaha. Musim covid19 kalian masih ada ruang untuk menimba ilmu.
Kelab Remaja Permai Care ada menyediakan peluang tersebut. Moh ! Sertai.
#PermaiMenulis #krp #online #covid19 #pkp
Tuesday, March 31, 2020
Sumbangan makanan ketika covid19
Ada orang yang kelihatan senang, tetapi bila tiba sumbangan dan bantuan. Dia dululah yang beria hendakkan bantuan.
Ada orang yang sebenarnya memang susah, tetapi bertahan berdikari segan hendak meminta-minta.
Begitulah antara ragam manusia.
Semasa inilah pentingnya data dan maklumat penduduk. Seharusnya ketua kampung dan penghulu memainkan peranan dengan berkesan.
Masih kedapatan cerita mereka yang mengadu tidak dapat bantuan walaupun mereka susah.
Hari ini, ada yang bertemu kami, memohon bantuan untuk beli beras. Katanya duit dalam poket ada RM 5 sahaja. Dapat "topap" untuk beli beras yang 5kg pun jadilah katanya. Kalau ikut segan, memanglah. Tetapi dah terpaksa.
Semoga bantuan dan sumbangan dapat diagihkan dengan seadilnya tanpa sentimen kroni dan sebagainya.
Insya-Allah, teruskan berdoa.
#PermaiMenulis #GengPermai #covid19 #stayhome #pkp #makan #beras #sabar #doa
Saturday, March 28, 2020
EBuku Perpustakaan Negara Malaysia
Sebahagian besar dari kehidupan adalah berada di dalam rumah. Bagi yang ingin mengisi masa dengan membaca buku, tetapi mempunyai masalah tiada stok buku di rumah atau pun semua koleksi buku yang ada telah berulang kali baca, maka bolehlah berjinak membaca dengan ebuku.
Perpustakaan negara ada menyediakan ebuku yang boleh dipinjam. Cuma pada musim ini, banyak ebuku telah dipinjam, bila ada orang dah pinjam, kita kena tunggu sehingga ebuku tersebut dipulangkan barulah kita boleh pinjam.
Kalau takut tak sempat nak buat pinjaman, Kita boleh "chop" buku tersebut, akan ada waiting list, apabila buku tersebut dipulangkan, pihak perpustakaan akan bagi kita.
Kita boleh tanda muka surat yang tengah dibaca, print screen dan membuat ulasan mengenai ebuku yang dibaca.
Ketika saya mencari senarai ebuku yang boleh terus dipinjam, buku memoir Pekin yang "available", di sebabkan tiada ebuku lain yang boleh terus dipinjam, saya pinjam dan membaca buku memoir Pekin. Haha.
Baru saya tahu dahulunya Pekin pernah bersekolah arab (sekolah agama). Saya sertakan petikan tulisan Pekin dalam bukunya.
#
Wednesday, March 25, 2020
Masjid Amru Al As 2019
Solat Zohor di Masjid Amru Al-As Mesir. Masjid yang didirikan oleh Gabenor Mesir, Amru Al-As RA. Masjid ini kemudiannya sentiasa ditambah baik dan diperbesarkan. Beberapa tahun sebelum ini, setiap malam 27 Ramadan, Syeikh Muhammad Jibril akan mengimami solat terawih dan bacaan doa qunut yang panjang dengan kehadiran seramai ratusan ribu orang.
#Mtis #Istiqamah #Masjid #Amrualas #MasjidAmruAlAs #Cairo #Kaherah #fustat #PermaiMenulis #Mesir #Egypt
Tuesday, March 24, 2020
Monday, March 23, 2020
Sunday, March 22, 2020
Penjawat Awam
Bilangan dan jawatan penjawat awam tidak boleh dikecil dan dijumudkan. Tetapi perlu ditambah dan diperluaskan lagi. Contohnya bila terjadi wabak covid19, timbul masalah kakitangan kesihatan tak cukup. Siapa yang beria haritu nak kecilkan bilangan, nak tarik elaun, tiada pencen. Ada pulak tu yang sokong idea tu. Sekarang kalau tak nampak lagi, tak tahulah...
#PermaiMenulis #Covid19 #GengPermai #penjawatawam #symp
Friday, March 20, 2020
Jumaat tanpa solat jumaat
Jumaat hari ini di Masjid Sultan Mahmud. Ada juga percubaan beberapa orang yang ingin "berjumaat" di masjid, tetapi telah dihalang dengan jayanya oleh pengawal keselamatan.
Thursday, March 19, 2020
Ijtimak Tabligh di musim Covid19
Ijtimak Tabligh di Indonesia yang turut dihadiri oleh rakyat Malaysia akan memberi kesan dan persepsi yang buruk terhadap Tabligh sendiri secara khususnya dan tempiasnya turut terkena kepada umat dan agama Islam itu sendiri.
Bimbang selepas ini Tabligh tidak lagi diterima dan dipandang negatif oleh masyarakat. Ajk masjid dan surau tidak membenarkan aktiviti Tabligh di tempat mereka dan sapaan mereka di jaulah "gash" tidak lagi mendapat sambutan. Silap-silap kena maki dengan orang kampung.
Orang awam bukannya tahu yang Tabligh juga berpecah kepada aliran Nizamuddin dan Alami. Bagi mereka sama sahaja.
Akhirnya siapa yang rugi.
#PermaiMenulis #GengPermai #stayathome #dudukrumah #siladudukdanjanganlari #perintah #covid19
Wednesday, March 18, 2020
Unbox Vacuum Russell Taylors
Projek unbox vacuum Russell Taylors. Macam2 aktiviti boleh buat masa beruzlah 14 hari ni.. apa aktiviti kalian ?
#GengPermai #COVID19 #RussellTaylors #cleaner #vaccum https://youtu.be/NTM3QsVw-0Y
Unbox Vacuum Russell Taylors
Projek unbox vacuum Russell Taylors. Macam2 aktiviti boleh buat masa beruzlah 14 hari ni.. apa aktiviti kalian ?
#GengPermai #COVID19 #RussellTaylors #cleaner #vaccum https://youtu.be/NTM3QsVw-0Y
Monday, March 16, 2020
Guru Kafa Lapor Diri
Ikut perancangan minggu ini, kami berombongan ke Perpustakaan awam Negeri Pahang. Tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak covid19.
Perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Ada hikmah di sebaliknya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Jangan pernah berhenti berdoa.
#PermaiMenulis #GengPermai #ujian #kafa #paidlipis #jaip #jakim #masjiddaerah
Sunday, March 15, 2020
Lazimi Jaga Wuduk nak pula masa Covid 19
Penularan Covid 19 di serata dunia. Pelbagai cadangan langkah pencegahan telah dikemukakan. Sebilangan kita ambil berat langkah-langkah tersebut. Tetapi ada yang tidak kisahkan pun.
Penutup muka dan hand sanitizer menjadi barang 'panas'. Banyak farmasi yang telah kehabisan stok. Hati-hati dengan mereka yang mengambil kesempatan dengan mengeluar dan menjual produk tiruan.
Di samping kita mematuhi langkah-langkah yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Jangan terlupa untuk berdoa kepada Allah SWT memohon perlindungan. Hanya kepadaNya kita berharap.
Lazimi diri supaya sentiasa menjaga wuduk. Bukan hanya ketika nak solat sahaja baru kecoh nak berwuduk macam ayam bertelur sebutir riuh sekampung.
Jaga makanan. Makanlah makanan halalan toyyiba. Jika makan diluar, pilih pengusaha makanan yang diyakini bersih dan menjaga keIslamannya.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
#PermaiMenulis #TerusDoa #GengPermai #musibah #covid19 #corona