Palestin dan Malaysia sememangnya mempunyai hubungan yang akrab sejak dahulu lagi. Kunjungan dari kepimpinan Palestin ke Malaysia terutama Hamas pastinya disambut dengan Ukhuwwah dan persaudaraan sejati sesama muslim.
Wednesday, June 02, 2021
Ismail Hanieyah (Top Leader Hamas) dan Malaysia
Saturday, May 29, 2021
Friday, May 28, 2021
Tiada solat jumaat
Hari ini kome tak solat jumaat, hanya solat zohor berjemaah 4 orang di Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis.
Ada 6 orang membuat percubaan hadir ke masjid untuk solat jumaat. Tetapi tertahan di pintu pagar.
Alasan mereka tak tahu pun yang masjid tutup.
Walhal bermula Pkpd lagi Sop jemaah masjid hanya 4 orang.
Menjelang hari nak kuatkuasa Pkpd, setiap waktu selepas solat kami membuat makluman tentang sop masjid pasca Pkpd selain dari poster dan makluman dari pihak berwajib yang disiarkan di media sosial.
Ketahuilah kalian, maklumat sekarang sangat pantas perubahannya. Hendak tak nak kita perlu ada akses dan capaian yang baik untuk mengejar maklumat tersebut.
Maklumat tidak mencari kita. Tetapi kita sendirilah yang kena mencari maklumat.
Nak dapat maklumat kat mana ?
Tak perlu memiliki tv yang besar. Cukup dengan henpon yang ada capaian internet.
Bukan lagi zaman merasa kecukupan dengan hanya memakai Nokia 3310.
#PermaiMenulis #sop #pkpd #jumaat
Masjid Daerah Sultan Mahmud Kuala Lipis
Masjid Daerah Sultan Mahmud Kuala Lipis tertakluk di bawah SOP PKPD bermula 26 Mei sehingga 8 Jun.
Tuesday, May 25, 2021
Solat Isyak berjemaah di masjid yang terakhir ?
Suasana Solat isyak di Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis tadi. Mula subuh esok masjid akan ditutup untuk kehadiran para jemaah sehingga 8 Jun (tertakluk kepada semasa).
Makanya para jemaah dan orang ramai diminta untuk solat di rumah sahaja.
Mungkin ada yang rasa pahala dan fadhilat berkurangan jika solat di rumah. Lalu berusaha untuk menyusup masuk dan solat di dalam masjid (pengalaman PKP 1.0).
Pandangan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan :
Kami menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu sentiasa melazimi solat berjemaah di masjid atau surau, lalu ia ditinggalkan disebabkan adanya keuzuran tertentu, dan dia mendirikan solat berjemaah di rumah, maka dia akan mendapat pahala sama seperti yang dilakukannya semasa ketiadaan keuzuran tersebut. Pendapat ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-‘Asy’ari R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
Maksudnya : Apabila seseorang hamba itu sakit atau bermusafir, akan ditulis buat dirinya ganjaran sama seperti yang diamalkannya semasa bermukim atau sihat. Riwayat Al-Bukhari (2996)
Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang itu sekiranya dia bermusafir atau sakit, lalu dia melakukan keringanan atau rukhsah yang diberikan kepadanya kerana dua keuzuran tersebut, maka dia akan mendapat ganjaran yang sama sekiranya dia melakukan sesuatu perbuatan dalam keadaan dia bermukim atau sihat.
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani berkata : ‘’Hadis ini ditujukan bagi mereka yang melakukan ketaatan lalu terhalang dari melakukannya (disebabkan ada keuzuran), dalam keadaan niatnya jika tidak terdapat penghalang nescaya dia akan berterusan melakukannya (ketaatan)’’.
Kesimpulannya : patuhilah SOP, duduk di rumah jangan nak merayau-rayau. Solat di rumah, mengeteh di rumah. Kalau dah kemaruk nak berborak, boleh call atau nak syok lagi buat video call dengan rodong-rodong.
#PermaiMenulis #LipisPkpd #stayhome #masjid #solat #sop
Sunday, May 23, 2021
Kenali Hamas dan al-Qassam
Kenali Hamas dan al-Qassam yang sangat ditakuti oleh regim zionis Israel dan sekutunya.
Semoga Allah SWT memberi kemenangan buat Umat Islam khususnya di Palestin. #PermaiMenulis #Islam #hamas #Palestine #alqassam https://youtu.be/2wrF2txAUn0 https://youtu.be/2wrF2txAUn0 https://youtu.be/2wrF2txAUn0 Jom menyumbang : Sebagai tanda prihatin, salurkan bantuan anda secara 'crowd funding' melalui NGO berikut: Muslim Care Malaysia (Palestine) MAYBANK: 5644-9021-1159 http://www.wasap.my/+601150050035/Aid4Palestine Yayasan Amal Malaysia CIMB BANK: 8600-296190 http://www.wasap.my/601161989358/DanaAqsa Cakna Palestin MAYBANK: 5530-3803-3881 http://www.wasap.my/+601126162010/ALQUDSdiserang
Friday, May 21, 2021
Pendakwah dan pemimpin kena belajar situasi setempat
Wednesday, May 19, 2021
Laksa Kena Kecam
Heboh cerita Laksa.
Muqaddam Muka Surat 18 Siri 21
#PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran
Muqaddam Muka surat 16-17 Siri 20
Muqaddam Muka surat 16-17 Siri 20
Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/2rlzW7mXDbg https://youtu.be/2rlzW7mXDbg https://youtu.be/2rlzW7mXDbg #PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran
Tuesday, May 18, 2021
Muqaddam Muka surat 16 Siri 19
Muqaddam Muka surat 16 Siri 19
Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/Fdxsujqi2OY https://youtu.be/Fdxsujqi2OY https://youtu.be/Fdxsujqi2OY #PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran
Muqaddam Muka Surat 16 Siri 18
Muqaddam Muka Surat 16 Siri 18
Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/phQT2yZkUsA https://youtu.be/phQT2yZkUsA https://youtu.be/phQT2yZkUsA #PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran
Monday, May 17, 2021
Kek Raya dan Bendera Palestin
Menerima Kek Selamat Hari Raya dari Kak Zila. Tak dapat pergi beraya ke rumah bukan halangan untuk tak dapat makan kek raya.
Siapa nak makan kek raya ?
Boleh oder dengan diorang ni : Asilah MamasabBakery Ain Nasuha MamasabBakery Nadhirah Roslan Husna Burhanudin Aqilah Mokhtar
Kelihatan bendera Palestin disitu. Hasil tangan Ashikin Permai. Oder dengan Shoope lambat lagi sampainya.
Bendera sebagai syiar dan panji kekuatan.
Kita mungkin tak merasa sangat aura sesebuah bendera.
Bagaimana dalam peperangan, yang kalah akan menurunkan bendera dan yang menang akan menaikkan benderanya.
Saidina Mus'ab bin Umair dalam perang Uhud menjaga Bendera tentera Islam, sehinggalah beliau syahid dan anggota badannya ditetak. Bendera tentera Islam disambut oleh pejuang yang lain selepas kesyahidan Mus'ab.
Saidina Jaafar bin Abi Talib memegang bendera tentera Islam dalam perang Muktah. Beliau terus menjulang bendera yang diberikan Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan hilang kedua tangan, menahan dengan kedua lengan dan mengigitnya kukuh dengan gigi, sehingga beliau syahid.
Lihat suasana di negara Turki. Masyarakat mereka sentiasa mengibarkan bendera Turki di premis mereka. Mereka masih terkesan dengan sejarah Khilafah Othmaniyyah yang hebat. Mereka bangga dengan sejarah kehebatan tersebut. Lalu disimbolikkan dengan berasa hebat dan megah dengan bendera Turki.
Palestin akan sentiasa dekat di hati kita.
Buktikannya.
Jom menyumbang :
Sebagai tanda prihatin, salurkan bantuan anda secara 'crowd funding' melalui NGO berikut:
Muslim Care Malaysia (Palestine)
MAYBANK: 5644-9021-1159
http://www.wasap.my/+601150050035/Aid4Palestine
Yayasan Amal Malaysia
CIMB BANK: 8600-296190
http://www.wasap.my/601161989358/DanaAqsa
Cakna Palestin
MAYBANK: 5530-3803-3881
http://www.wasap.my/+601126162010/ALQUDSdiserang
#Aid4Palestine. #SelamatkanMasjidilAqsa. #BebaskanPalestin #PermaiMenulis
Sunday, May 16, 2021
Muqaddam Siri 17 Muka Surat 15
Muqaddam Siri 17 Muka Surat 15
Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/yhutWt6YGdk https://youtu.be/yhutWt6YGdk https://youtu.be/yhutWt6YGdk #PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran
Saturday, May 15, 2021
Awas propaganda musuh
Penuh group wasap kami dengan cerita, berita dan video tentang Palestin.
Kebanyakannya adalah berulang-ulang, bukan sekadar berulang dalam group yang berlainan tetapi berita yang sama telah dipost dalam group yang sama.
Nampak sangat tukang foward pun tak tengok. Seronok jadi tukang share je.
Tidak salah untuk kita beria update sebagai kecaknaan kita terhadap isu di Palestin.
Namun, pastikan cerita yang kita update itu sahih.
Rujuk sumber primer yang dipercayai. Kerana kena juga berhati-hati dengan propaganda pihak musuh. Scammer pun mungkin ambil kesempatan.
Tapi sedihnya, ramai lagi yang tak cakna dan saja tak nak ambil tahu.
Kempen #Aid4Palestine. Selamatkan Masjidil Aqsa. Bebaskan Palestin.
Sebagai tanda prihatin, salurkan bantuan anda secara 'crowd funding' melalui NGO berikut:
Muslim Care Malaysia (Palestine)
MAYBANK: 5644-9021-1159
http://www.wasap.my/+601150050035/Aid4Palestine
Yayasan Amal Malaysia
CIMB BANK: 8600-296190
http://www.wasap.my/601161989358/DanaAqsa
Cakna Palestin
MAYBANK: 5530-3803-3881
http://www.wasap.my/+601126162010/ALQUDSdiserang
#PermaiMenulis #SavePalestine #BebaskanAqsa
https://t.me/azraie_menulis
Friday, May 14, 2021
Solat Raya di Masjid Daerah
Kenangan di pagi 1 Syawal.
Bilangan kehadiran hanya 50 orang sahaja yang dibenarkan.
Paginya Masih ada yang panik kerana masih tidak membayar zakat fitrah.
Sedangkan kini zakat boleh dibayar secara online. Kalau dah "emegensi" online je lah. Rupanya depa tak tahu pun.
Isu tak tahu kesnya tidak cakna dan ambil peduli berkaitan isu semasa.
Pengalaman kami menguruskan SOP Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis sejak PKP 1.0, walaupun telah dimaklumkan secara lisan, secara bertulis, sebaran dalam group. Tetap ramai yang ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Bagaimanakah hendak mencaknakan rakyat kita ?
https://t.me/azraie_menulis
http://syababgr.blogspot.com/
#PermaiMenulis #aid4palestine #ShameOnIsrael #jaip #jakim
Thursday, May 13, 2021
Pelbagaikan media sosial
Wednesday, May 12, 2021
Free Palestine
Tahun 1993 saya mengikuti ayah ke sebuah program di Taman Melewar. Tak ramai orang pun dalam program tersebut dan di pintu masuk dewan ada sebuah meja jualan. Kelihatan penjualnya seorang Palestin yang sedang rancak berbual dengan Ustaz Hasan Syukri.
Tuesday, May 11, 2021
Majlis Khatam al-Quran
Ada apa dengan Majlis Khatam Al-Quran.
Majlis Khatam Al-Quran memiliki Fadhilat yang sangat banyak dan kelebihannya tersendiri. Antaranya ialah diturunkan rahmat dan dimustajabkan doa ketika majlis tersebut.
Athar daripada Anas bin Malik RA :
كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ، جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهْلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ
Maksudnya: “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.”
وروى باسانيده الصحيحة عن الحكم بن عتيبة قال: ارسل الى ما جهد وعبده بن لبابة فقالا: «انا ارسلنا اليك لانا اردنا ان نختم القرآن والدعاء يستجاب عند ختم القرآن» وفي بعض الروايات: وانه كان يقال: ان الرحمة تنزل عند خاتمة القرآن».
وروى باسناده الصحيح عن مجاهد قال: كانوا يجتمعون عند ختم القرآن، يقولون: تنزل الرحمة
Maksudnya : daripada al-Hakam bin 'Utaibah, katanya :
Mujahid dan 'Abdah bin Lubabah telah diutuskan kepadaku dan mereka berdua berkata " Kami diutuskan kepadamu kerana kami ingin mengkhatamkan al-Quran. Doa benar-benar mustajab ketika khatam al-Quran".
Dalam riwayat yang lain : Sesungguhnya rahmat turun ketika khatam al-Quran.
Sanad yang sahih dari Mujahid : Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran dan berkata Rahmat sedang turun".
Abdullah bin Mubarak apabila beliau mengkhatamkan Al-Quran, beliau akan memperbanyakkan doa kepada kaum muslimin
Imam al-Nawawi mengatakan sunat muakkad hukumnya menghadiri majlis khatam al-Quran.
Itu baru hadir majlis khatam al-Quran. Belum lagi cerita mereka yang melazimi membaca al-Quran sehingga khatam.
#PermaiMenulis #Khatam #alquran






