Friday, May 21, 2021

Pendakwah dan pemimpin kena belajar situasi setempat

Pemimpin mahupun pendakwah perlu memahirkan diri dengan Waqi' setempat.
Ilmu yang dipelajari di Universiti, kelas dan kursus belum tentu menjamin seseorang itu dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan.
Melainkan ilmu teori tersebut mesti disesuaikan dengan kawasan setempat untuk dipraktikalkan.

Jika hari hujan sediakan payung. Bukan berbicara mengenai musim panas dan memakai kaca mata hitam.
Jika musim banjir, bicaranya tentang bot, paling "koman" nak cari kasut getah. Bukannya bercerita tentang suasana musim kemarau. Suruh petani menyiram pokok.
Jumpa pekebun durian otai awak cerita projek tanam getah, siap nasihat suruh tebang lagi pokok durian.
Pergi ke Kawasan yang tiada liputan internet. Bicaranya jangan tentang henpon 5G yang terbaru. Itu namanya menganjing.
Pergi ke warung nasi lemak, jangan oder Sushi.
Ziarah orang meninggal dunia, jangan bawak hadiah kek hari jadi.

Kalau belajar sejarah Imam mazhab, perbezaan pandangan dan hukum antara mazhab ada yang disebabkan kerana zaman yang berbeza, penduduk yang majoriti Islam dengan masyarakat majmuk dan suasana kampung dan kota yang maju.

Jika tidak tahu, bertanyalah kepada ahlinya. Jangan tersilap tanya kepada orang yang lurus atau mereka yang nak mengampu.
Supaya kita tak nampak "paner" dan pelik di mata orang setempat.


#PermaiMenulis #daie #waqi' #pemimpin

No comments: