Tuesday, May 11, 2021

Majlis Khatam al-Quran

Ada apa dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Majlis Khatam Al-Quran memiliki Fadhilat yang sangat banyak dan kelebihannya tersendiri. Antaranya ialah diturunkan rahmat dan dimustajabkan doa ketika majlis tersebut.

Athar daripada Anas bin Malik RA :

كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ، جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهْلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ

Maksudnya: “Adapun Anas apabila beliau mengkhatamkan al-Quran, beliau akan menghimpunkan anaknya serta ahli keluarganya lalu berdoa bersama mereka.”

وروى باسانيده الصحيحة عن الحكم بن عتيبة قال: ارسل الى ما جهد وعبده بن لبابة فقالا: «انا ارسلنا اليك لانا اردنا ان نختم القرآن والدعاء يستجاب عند ختم القرآن» وفي بعض الروايات: وانه كان يقال: ان الرحمة تنزل عند خاتمة القرآن».
وروى باسناده الصحيح عن مجاهد قال: كانوا يجتمعون عند ختم القرآن، يقولون: تنزل الرحمة

Maksudnya : daripada al-Hakam bin 'Utaibah, katanya :
Mujahid dan 'Abdah bin Lubabah telah diutuskan kepadaku dan mereka berdua berkata " Kami diutuskan kepadamu kerana kami ingin mengkhatamkan al-Quran. Doa benar-benar mustajab ketika khatam al-Quran".
Dalam riwayat yang lain : Sesungguhnya rahmat turun ketika khatam al-Quran.
Sanad yang sahih dari Mujahid : Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran dan berkata Rahmat sedang turun".

Abdullah bin Mubarak apabila beliau mengkhatamkan Al-Quran, beliau akan memperbanyakkan doa kepada kaum muslimin

Imam al-Nawawi mengatakan sunat muakkad hukumnya menghadiri majlis khatam al-Quran.

Itu baru hadir majlis khatam al-Quran. Belum lagi cerita mereka yang melazimi membaca al-Quran sehingga khatam.

#PermaiMenulis #Khatam #alquran

No comments: