Tuesday, August 29, 2017

#MekahMadinahDiHati : Catatan ke tiga - Teksi di Mesir

#MekahMadinahDiHati
Catatan ke tiga

27 Disember 2005 (selasa) : Sebelum subuh dah keluar dari rumah. Naik teksi menuju ke H10 dari Shoubra.
Dekat rumah saya ini sangat mudah nak dapat teksi. Tak perlu nak beria call. Hampir setiap waktu sama ada pagi, siang, malam, tengah malam ada sahaja teksi-teksi berkeliaran mencari penumpang.
Gambar hiasan : Teksi di Mesir

Hendak bayang bagaimana rupanya teksi di Mesir, saya syorkan tengok filem Ketika Cinta Bertasbih II. Ada babak Mas Azzam (Kholidi) menaiki teksi bersama Anna (Oki Setiana Dewi). Kepakaran driver yang mengkagumkan dan mencemaskan. 

Untuk lihat Filem penuh : https://youtu.be/ggTyao5gcBM



Rakan serumah saya, Ustaz Azizuddin menemani saya ke H10.
H10 adalah singkatan dari Hayyu ‘Asyir. Lebih kurang seksyen 10 di tempat kita la gamaknya.

Di H10 terletaknya kompleks (apartmen) rumah melayu. Ada Kompleks untuk orang negeri Pahang, Selangor, Terengganu dan Kedah. Pahang sahaja ada tiga bangunan di situ.

Azan subuh berkumandang ketika kami sampai H10.
Kami solat subuh berjemaah di surau Rumah Pahang. Kemudian mencari sarapan sementara menunggu hari cerah.


Terdapat sebuah Mat’am (kedai makan) di rumah Pahang. Saya sering berkunjung ke situ jika berada di H10. Menu di Mat’am Pahang semestinya masakan melayu. Nasi lemak, mee goreng, teh tarik..fuhh. Menggiurkan.


#PermaiMenulis
#MekahMadinahDiHati
#SeputarMemoriSilam

No comments: