Wednesday, August 30, 2017

#MekahMadinahDiHati : Catatan ke empat - Check in Kapal

#MekahMadinahDiHati
Catatan ke empat

Rombongan jemaah haji kami dikenali dengan nama Haji PMRAM. Seramai 30 orang ahli rombongan. 18 orang dari shoubra, 9 orang dari kuliah, 2 orang perempuan dan seorang pakcik dari Singapura yang belajar bahasa arab di sini.

27/12/2005 (Selasa) : Setelah selesai bersarapan. Kami berkumpul di dataran H10. Selain ahli rombongan, para sahabat turut sama memeriahkan suasana.

Jam 8.15 pagi rombongan kami bertolak dengan sebuah bas yang disewa khas menuju  ke Port Suez.
Saya mengambil kesempatan untuk melelapkan mata, tambahan pula semalam tidur lewat dan bangun awal. Sedak amat dapat tido. Fuh..

Jam 11.45 pagi bas kami tiba di Port Suez.  Barang-barang yang kami bawa diperiksa (scan). Mana tau ada yang bawa bom ke. Haha.

Kami perlu mengisi borang maklumat diri, pemeriksaan pasport & tiket di Minaa’. Alhamdulillah urusan berjalan lancar dan tiada siapa yang tersangkut.

 Kapal yang membawa kami ke Jeddah



Jam 12.30 tengahari kami Check-in ke dalam kapal.
Pintu masuk di tingkat bawah. Kami akan melalui ruangan barang-barang sebelum menaiki ke tingkat atas.
Kapal penuh dengan barang-barang yang hendak dibawa ke Mekah. Saya tertarik dengan beratus karung bawang yang dipenuhkan di bahagian barang.

Pasport diserah kepada staf. Semua jemaah Haji PMRAM  duduk di bilik Second Class.
Sebilik 4 orang. Bilik kami lengkap dengan katil dan yang paling penting ada tandas dalam bilik.
First Class saya agak sebilik seorang atau dua orang.
Bagi Kelas ketiga, hanya ada tempat duduk macam dalam bas sahaja. Bayangkan tiga hari nak kena duduk terpaku kat kerusi. Fuh. Namun ramai je geng arab yang duduk di kelas ketiga.
Tandas pun kena berkongsi macam tandas awam. Inilah ujian dan kesabaran yang perlu ditempuh untuk menjadi tetamu Allah.
Ini pun dah jauh lebih baik berbanding zaman dahulu. Allahu.

Jam 4.30 petang setelah semua urusan selesai,  Kapal pun mula bergerak meninggalkan pelabuhan. Lama betul selepas check in dalam kapal baru nak bergerak.
Kalau tidur dah bangun semula dengan segar. Tetapi tak kan saya nak tidur. Merayau la ibarat rusa masuk kampung. Pengalaman pertama naik kapal weh. Terbayang kapal Titanic pulak..haha.


#PermaiMenulis
#MekahMadinahDiHati
#Haji
#SeputarMemoriSilam

No comments: