Thursday, October 26, 2017

Alih dari Channel Radio Ikim

Petang-petang apabila saya dalam perjalanan ke Masjid atau Surau untuk membaca kitab dalam program yang sinonim dengan nama Kuliah Maghrib. Waktu itu kesempatan digunakan untuk mendengar radio sambil memandu.
Cuma saya terpaksa untuk tidak memilih channel radio Ikim. Maafkan saya. Kerana biasanya pada waktu tersebut tengah bersiaran program tajaan. Macam-macam jenis produk mahupun perkhidmatan ada. Sekali sekala tangan nakal mengalih sebentar ke channel radio Ikim, terdengar tetamu yang menaja  mahupun Dj sedang menyebut senarai nombor-nombor telefon ajen mereka yang boleh dihubungi. Tobat serta merta alih ke channel lain.
Petang hampir ke maghrib  terdapat beberapa siaran radio seperti Pahang FM dan Nasional FM yang menyiarkan rancangan keagamaan seperti belajar mengaji dan ceramah agama. Saya biasanya menyinggah ke siaran tersebut sementara nak sampai ke destinasi tujuan.
Pandangan saya, waktu petang senjakala lebih elok kita mendengar bacaan al-Quran dan tazkirah keagamaan.
Kalau orang dulu-dulu, waktu senja ni tak bagi dah merayap keluar rumah. Pintu dan tingkap pun dan ditutup.
Namun kita faham, zaman kini waktu tersebut antara waktu rating pendengar radio agak tinggi kerana masing-masing masih bersesak di dalam kenderaan di jalan raya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. 
Berada dalam kenderaan merupakan tempat utama untuk mendengar radio. Sudah pasti usahawan perniagaan mahu merebut peluang memasarkan produk mereka pada waktu kemuncak tersebut. Sang Dj sama ada suka atau tidak perlu lah melayan kerenah penaja. Demi kewangan dan masa depan kerjaya serta syarikat.

Bagi yang tidak suka mendengar program dan iklan tajaan, tak perlu nak marah-marah. Buat macam saya. Tukar je ke channel yang lain. Channel siaran radio  sangat banyak. Tiada masalah.


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#radio
#CatatanImamKecil

No comments: